BAB 31

Romance Completed 33954

"Asal awak ni? Macam nampak jembalang tanah aja?" Tegur Tengku Amirul lalu menghirup cappuccino yang dipesannya. Husna menarik nafas dalam-dalam. "Mana Carl?" Tanya Husna lalu mengambil tempat di hadapan suaminya."Dia dah balik,dia kata dia ada hal tadi. "Husna mengangguk.

Belum sempat Tengku Amirul menghirup air itu buat kali kedua,Husna terus mencapai cawan tersebut dan menghirup air bercaffine itu. "Sesedap awak aja ambik air orang,bagi balik!Suka sangat erkkk buat macam tu.Kalau saya kiss baru tahu. "Kata Amirul separuh mengugut.Husna hanya menjelirkan lidahnya.

"Minum~tak senonoh betul...malang betul siapa yang jadi suami awak. "Mata jejaka itu tidak lekang memandang bibir munggil milik isterinya. Comel betul. "Awak lah suami saya! Yang malangnya awak jugak!" Balas Husna, mukanya semakin mencuka.

Tiba-tiba bibirnya disentuh sesuatu. Jari Tengku Amirul sudah mula mengesat buih-buih yang sejak tadi menghias bibir wanita itu. Husna terus kaku tanpa sebarang kata. "Tu lah minum tu tak reti nak elok-elok. Nasib baik awak ada suami, kalau tak siapalah yang nak kesatkan mulut awak tu. Nasib baik dekat public kalau tak... "Tengku Amirul berhenti seketika." Kalau tak awak kiss saya?" Sambung Husna, mukanya sudah kembali cemberut. 'Beranilah buat macam tu, karang tak merasa nak berjalan dekat Paris ni.' Marah Husna dalam hati.

"Tahu pun~Macam nak aja?" Tanya Tengku Amirul, keningnya mula terangkat. Husna kembali mencebek.

_______

"Jom pergi." Ajak Tengku Amirul sambil menarik tangan isterinya.Husna yang meneguk air cappucino milik suaminya sehingga habis. "Nak kemana... Ala~ saya belum habis minum lagi." Kata Husna sambil memuncungkan bibirnya .Tengku Amirul menggeling ke arah cawan yang diminum oeh Husna ."Baru nak minum konon~ apa awak nak teguk dengan cawan tu sekali ke baru awak kata dah habis minum. "Perli Tengku Amirul.Husna tersengih.

"Awak nak pergi mana ni?" Tanya Husna sambil memandang suaminya yang sedang asyik memandu itu. "Nak pergi somewhere.." Jawab jejaka itu selamba. 'Ada aku makan lelaki ni nanti. 'Detik hati Husna, mukanya sudah mencuka.

__________

"Dah sampai!!!" Jerit Tengku Amirul lalu memandang isterinya. "Aik tidur pulak." Tengku Amirul menggoyang lembut bahu isterinya. Husna mengeliat kecil, setelah itu kembali terlena semula.

"Aik...tidur pulak. Tak boleh jadi ni. "Tengku Amirul membuka laci dashboard dan mengambil sebotol air. "Awak...awak hujan wak...hujan. Alamak!!!" erit Husna. Bergoyang kereta dibuatnya. Tengku Amirul sudah ketawa terbahak-bahak.Sakit perutnya melihat Husna yang sudah kelam-kabut itu.

"Apa awak buat ni? Jahatnya~" Husna mencubit lembut lengan suaminya. "Siapa suruh tidur. Padan muka.Hahahahahah!!" Tengku Amirul kembali ketawa. Husna mengembukkan pipinya buat kesekian kalinya, tanda protes.

"Awak nak saya cium awak ke?" Tanya Amir lalu mematikan enjin keretanya. Terus Husna membetulkan wajah membelonnya kepada wajah yang normal.

'Tahu takut.' Detik hati Amir. Keluar sahaja dari kereta, Husna terus tergamam kaku. "For second time, i wanna say... Puteri Nuraisyah Husna sudikah engkau menjadi suri di hati ini, menjadi insan yang dicintai oleh Tengku Amirul, dan menjadi seorang yang setia mencintai diri yang selama ini kosong tanpa kasih sayang." Tibatiba langit disenari dengan cahaya bunga api.

Husna kembali kaku. Air matanya sudah begenang di tubir mata. "Tengku Amirul Iskandar Shah, andai kata awaklah jodoh saya, tiada apa lagi yang saya mampu ucapkan. Kerana hati ini... hanya untuk adam yang berada dihadapan saya. Kerana cinta di hati ini sudah diabadikan buat awak. Sesungguhnya cinta Puteri Nuraisyah Husna hanya buatmu, Tengku Amirul. Terima kasih, kerana menerima wanita yang tidak sempurna ini." Husna kembali menangis.

Perasaan gembira dan bahagia mula menyapa dirinya. Kini sebuah kisah realiti setanding dengan kisah dongeng. Hatinya kini sudah dipenuhi dengan bebunga indah. 'Ya ALLAH kekalkanlah hubungan ini hingga ke Jannah.' Doa wanita itu. Sesungguhnya dia benarbenar dahagakan sebuah buah kebahagiaan selama ini.

"i have another surprise for you." Tengku Amirul berlari menuju ke arah menara yang tersegam indah itu. Husna hanya menanti sambil matanya memerhati keindahan Eiffel Tower yang bergelapan di hadapannya itu.

Selang beberapa minit, ada seorang kanak-kanak perempuan datang lalu menyerahkan sehelai kertas.

^^Folow me

Husna menyambut huluran kanak-kanak perempuan itu. Dan akhirnya, mereka sampai ke puncak menara itu. Husna agak keliru. 'Apalah yang suami aku nak tujuk ni.' Hatinya sudah tidak sabar menanti surprise yang dikatakan oleh suaminya.

TIba-tiba, lampu yang pada mulanya menyinari menara itu. Husna memandang kebahagian bawah, sedikit demi sedikit cahaya lilin dihidupkan membentuk sebuah ayat.

'I LOVE YOU'

Buat kesekian kalinya, air matanya mengalir membasahi pipi. "Terima Kasih kerana menerima saya sebagai suami awak. Betapa indahnya dunia ini apabila awak bersama saya. Terima kasih sayang." Tengku Amirul yang muncul tiba-tiba membuatkan Husna sedikit tersentak.

Walaubagaimanapun, air matanya kembali menitis kerana terlalu terharu. Tengku Amirul menghampiri wanita itu lalu menghadiahkan kucupan di dahinya. Nyaman sekali hatinya bila dia dapat merasakan keikhlasan lelaki itu. Terasa bahagia bila diri ini dihargai.

Kucupan itu benar-benar mendamaikan hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience