BAB 21

Romance Completed 33954

Husna memukul-mukul kepalanya.Panjang benar dia berangan,agak2nya kalau pencuri masuk pun tak sedar.Dia bangun dari pembaringan lalu berlalu ke bilik mandi.Mahu membersihkan diri dan menunaikan solat.

*******

"Kau ni kacau daun lah,aku baru nak buat Husna cemburu.Habis hancur plan aku."Marah Tengku Qairi."Mana aku tau.Tulah pandai buat plan sendiri,lepas tu tak reti nak bagitahu aku.Memang padanlah dengan muka kau."Jawab Tengku Amirul.Semasa di kafe tersebut,dia cukup2 rimas dengan wanita2 yang cuba mendekati atau lebih baik dikatakan menggedik dengannya."Kau jangan kata dekat aku yang kau suka dekat Cik Puteri aku."Balas Tengku Qairi.Didalam hatinya,dia sungguh berharap agar jawapannya tidak.Susah nak berasaing dengan abangnya itu.'Dah lah handsome,comel bila marah and yang paling penting dia penyayang'Tengku Qairi pelik dengan kata hatinya.'Kau ni memang erkkk hati,suka sangat belot dengan aku'Balas jejaka itu.Agaknya hatinya sudah jatuh cinta dengan abangnya.Jangan salah faham,'hatinya'bukan dia.

Tengku Amirul hanya menjongketkan bahunya tanda tidak tahu.Sukar untuk mentafsirkan apa yang dia rasakan apabila bertemu dengan wanita itu.Nak kata cinta,cintanya hanya untuk Zarina.Wanita itulah yang menjadi pemilik hatinya sehingga kini."kau jangan cuba2 kacau Puteri aku."Tengku Qairi membei amaran tidak rasmi kepada abangnya.Saja mahu bergurau,takkan mereka nak gaduh pasal perempuan pulak kan.

"Apa abang bising2 ni?"Marah Indah yang baru turun daripada biliknya.Kedua-dua abangnyaa itu mengalh pandangan mereka kepada Indah,atau lebih tepat Tengku Indah Lyana Insyirah."Biarlah kitorang nak bising yang Lyn sebok kenapa?"Balas Tengku Qairi.Tergeleng-geleng kepalanya melihat adiknya yang baru bangun tido.Dah hampir masuk Asar baru nak bangun.Memang tak layak dibuat isteri adiknya ini."Indah baru bangun tido ke?"Tanya Tengku Amirul mahu melihat sama ada adiknya merajuk dengannya lagi atau tidak."Yang abang sebok buat apa?"Jawab Indah kasar.Hatinya masih lagi terluka akibat perbuatan abangnya itu.Benci betul dia dengan orang yang tak tepati janji ni.

"Indah merajuk dengan abang lagi ke?Ala abang bukan sengaja abang ada kerja.Tak caya tanya Abang Qai."Pujuk Amir.Tengku Qairi mengangguk.Menunjukkan bahawa kata-kata Amir itu benar."Ya la Lyn.Baru sekali abang Am lambat, tu pun bersebab.Janganlah merajuk lagi ya.Hari ni kita pergi candle light dinner sama2 ok.Kita date bertiga.Hanya abang Qai,abang Am dan Lyn.Okay?Tambah Qairi pula,dia tidak suka mereka adik-beadik bergaduh.Tak aman keluarga mereka nanti.

"Okay,janji?"Tanya Indah.Hilang rajuknya bila ditawar oleh Qairi untuk pergi candle light dinner."Janji~"Jawab pasangan kembar itu serentak.Sekarang Amir boleh melepaskan nafas lega apabila adiknya sudah tidak merajuk lagi.Ni semua berkat pertolongan

Qairi,si mulut manis.Kadang2 buaya darat ni ada gunanya jugak ya. ***********

Kakinya melangkah ke rumah banglo dua tingkat yang kelihatan suram itu.Dia menekan loceng beberapa kali."Ya Allah,bukakanlah hati ummi untuk terima aku."Doa Husna.Pada masa yang sama pintu itu terbuka."Assalamualaikum."Ucap Husna.Hatinya sudah berdegup kencang apabila melihat wajah seorang wanita yang sangat dirinduinya."APA KAU BUAT DEKAT SINI!!!"Herdik wanita yang dipanggil dengan panggilan 'Ummi'oleh Husna."Ummi,Una rindu ummi.'Gadis itu terus mendakap erat ibunya."PERGI DARI SINI."Kata Puan Raudah tegas.Dia menolak gadis itu jauh darinya.

"Ummi ampunkan Husna.Una salah ummi,una salah."Rintih Husna.Terasa diri ini sunyi tanpa kehadiran umminya.Selama ini,dia tidak pernah terasa sepi walaupun dia sering berseorangan di rumah banglo peninggalan papanya buat Puan Raudah kerana dia masih dapat merasakan aura wanita itu di segenap ruang di dalam rumah itu.Aura seorang ibu.Aura kasih sayang,aura kelembutan dan belaian seorang ibu.

"Ummi izinkanlah Una menatap wajah ummi buat seketika.Tolonglah Una rindu dengan ummi.Rindu ~ sangat."Rintih Husna.Kali ini air mata yang cuba ditahannya sejak sekian lama sudah mengalir laju membasahi wajahnya.Dia tidak mampu beriak gembira apabila berjauhan dengan ibunya.Dahulu mungkin kerinduan itu boleh disembunyikan tapi bukan kini.Hatinya sudah dipenuhi dengan perasaan rindu.Rindu untuk menghidu wangian yang sering menyinggah salah satu panca inderanya.Wangian yang dihasilkan oleh perfume berjenama Jessica Mcclintock.

"AKU DAH KATA JANGAN PERNAH DATANG KE SINI

LAGI!!KENAPA KAU SU...SAH SANGAT NAK DENGAR CAKAP

AKU.PERGI KAU DARI SINI,AKU DAH MUAK TENGOK MUKA

KAU.KALAU DIIKUTKAN HATI AKU,NAK SAJA HANTAR KAU

DEKAT RUMAH ANAK YATIM SEBAB AKU TAK MAHU TENGOK

MUKA KAU DAN KERANA AKU BENCI DENGAN

KAU!!SEKARANG PERGI DAN JANGAN PERNAH DATANG KE

SINI LAGI!!!!!!"Jeritan wanita itu semakin kuat.Perasaan benci telah menyular ke seluruh tubuhnya selari dengan perasaan dendam yang sudah lama bersarang di dalam dirinya.

Husna menghampiri wanita itu lalu diranggkul tangan ibunya.Dia mencium tangan wanita itu lembut.Kemudian,dia berlalu pergi membawa hati yang duka,hati yang penuh dengan kerinduan.Buat kali terakhir dia berhenti seketika di hadapan rumah itu dan memandang wajah ibunya buat kali yang terakhir.

Pergilah rindu.Bukan kerana aku menghalau kau tetapi kerana tiada yang mahu menerima perasaan ini.Pergilah jangan engkau kembali,takut kau akan terus menjadi penghuni kepada hati yang lara ini.Pergilah~.Sesungguhnya itulah yang dapat menghilangkan rasa kesakitan yang teramat sangat ini.Husna memegang dadanya yang terasa sakit,sakit memendam segala rasa sehingga menyebabkan dia tidak mampu meluahkannya dengan kata2.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience