BAB 32

Romance Completed 33954

"Awak....awak!" Panggil Qairi sambil berlari-lari anak mengejar sang gadis yang pantas berjalan.'Benci betul lah dia ni....'Alya semakin pantas berjalan."Alya Athirah! Wahai sang puteri yang cantik jelita."Panggil Qairi lagi. Kali ini wanita itu berhenti.

"Apa awak ni?" Tanya Alya. Sebenarnya dia pun tak tahu apa sebab dia berhenti, tapi dia suka bila Tengku Qairi panggil dia sebegitu. 'Alamak...termengaku lah pulak, kenapalah hati ni mudah cair dengan ayat manis playboy terhandal ni.' Hatinya mengeluh.

"Jom dinner." Ajak Qairi tanpa berselindung. "A...apa?"Kata Alya, tidak percaya barangkali. Apa taknya, pagi tadi lelaki itu ajak bersarapan bersama, lunch pun sama, and now dineer. 'Dia ingat aku ni hari- hari nak ngadap muka dia jerr ke?' Walau bagaimanapum dia tetap mengangguk. Tak sanggup pula nak menolak pelawaan Qairi yang nampak bergitu 'ikhlas'.

"Orait, cantik. Jom pergi sekarang." Kata Qairi yang sudah memasuki keretanya. Alya tercengang. 'GILER apa mamat ni, aku belum mandi lagi, dah nak ajak dinner, dengan badan yang berlekitlekitnya. Hish rasa macam nak ketuk-ketuk aja mamat sengal ini.' Alya mula bengang. Tapi satu aja masalah wanita itu, maki hamun dalam hati pandai, tapi nak luah dengan mulut tu susah tahap level 100.

-------------

"Aik...asal macam rumah saya jerr Tengku?" Tanya wanita itu. "Awak ingat saya tak tahu yang awak ni penat, sehari kerja, mestilah nak rehat kejap, mandi and solat." Kata Tengku Qairi selamba. Nampak sangat dia ni dah expert sangat pasal perempuan.

Tengku Qiari memandang wanita yang sudah berlalu pergi. Bibirnya mengutum senyum. "This mission will be sucess." Dia mengambil sesuatu di dalam dashboard keretanya. Kakinya melangkah ke rumah kampung yang tersegam indah di hadapanya.

"Assalamualaikum." Ucap Qairi sambil mengetuk pintu rumah tersebut. "Waalaikumussalam." Seorang lelaki tua menyambut salam yang di hulurkan oleh Tengku Qairi. "Maafkan pak cik, anak ni siapa." Tanya lelaki yang berumur dalam lingkungan 50-an. "Saya Qairi, saya cuma nak mintak izin nak parking kereta kat sini sekejap. Saya nak pergi masjid depan tu." Jawab Qairi sambil tersenyum.

"Laaa kenapa tak parking depan masjid jerr?" Tanya lelaki tua itu. "Saya suka berjalan kalau nak pergi masjid." Balasnya lagi. "Oh macam tu ke, kalau gitu kita pergi sama lah, pak cik pun nak ke masjid." Qairi tersenyum. First Mission done.

----------------

" Anak dah nak balik dah ke?" Tanya Pak cik Burhan. "Rasanya macam tu lah kot." Balas Tengku Qairi. "Kalau anak tak ada nak pergi mana lepas ni, marilah makan dekat rumah pakcik." Pelawa lelaki itu. Qairi tersenyum. "Menyusahkan pakcik aja." Kata Qairi.

Tapi dalam hati....

"Tak ada menyusahkannya." Qairi hanya mengikut langakah, Pak Cik Burhan. Kalau dah rezeki takkan nak tolak kot.

"Assalamualaikum." selepas mengucap salam Qairi dan Pak Cik Brhan memasuki rumah kayu tersebut. "Waalaikumussalam." Seorang wanita keluar daripada dapur.

" Siapa ni bang?" Tanya wanita itu, pelik melihat kedatangan jejaka muda itu. "Oh, ini Qairi. Dialah yang tumpang letak kereta depan rumah tadi." Jelas lelaki itu. Wanita itu tersenyum. Tahu benar dia akan suaminya itu, kalau boleh satu kampung nak diajaknya bertandang ke rumah. Tapi yang peliknya sebab suaminya membawa balik lelaki muda ke rumah mereka. Bukan apa, suaminya tidak gemar membawa jejaka muda datang ke rumah mereka kerana dia takut anak perempuannya yang sorang tu diambil orang.

"Kejap ya Qai, Pak Cik nak ke dapur kejap." Pamit lelaki tua itu. "

Abang, kenapa abang bawak balik budak lelaki tu kerumah?" Tanya

Mak Cik Sofiah. " Apa jenis soalan yang awak tanya ni?" Pa Cik Burhan membalas dengan soalan juga. " Bukan apa, abangkan takut anak kesanyangan abang kene ambik dek orang, sebab tu abang jarang bawak orang muda macam apa namanya Khai...Qai macam tu lah datang rumah." Tanya Mak Cik Sofiah. Tangannya masih ralit menyedok lauk ke dalam pinggan.

"Entahlah, mungkin saya patut lepasan anak kita, lagipun umurnya dah menigkat." Jawap Pak Cik Burhan sekadar gurauan. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia menjemput jejaka itu ke rumahnya, tetapi dia sangat tertarik untuk mengenali anak muda itu.

--------------

"Alya turun makan." Panggil Mak Cik Sofiah. " Tak palah ma, Alya nak keluar dengan kawan ni." Kata Alya, tergesa-gesa. Tadi dia dapt mesej daripada Tengku Qairi yang menyuruhnya cepat bersiap, sebab jejaka itu sudah lama menunggunya.

" Lahhh kamu ni..." Belum sempat ibunya menghabiskan bicaranya, Alya terus mencapai tangan wanita itu dan mengucupnya. Alya menyarungkan kasutnya. Baru saja menuruni anak tangga yang pertama, langkahnya sudah terhenti. Matanya tertacap akan sepasang kasut yang sangat familiar di matanya.

'Lantaklah, tanduk dua serupa kot.' Fikir wanita itu, lalu menuruni anak-anak tangga itu. "Eh eh...apasal kereta ada kat sini tapi orangnya tak ada?" Alya sudah tercengang. Jangan-jangan....

Dia berlari naik ke atas rumah tersebut, kakinya terus diatur ke ruang makan. "Ha Alya tadi tergesa-gesa sangat nak keluar. Ada barang tertinggal ke?" Tanya Mak Cik Sofia. Alya tergamam. Lelaki itu sekarang tengah menjamu selera di rumahnya. "Alya!" Panggil ibunya lagi. Sedar yang dia sedang melamun, Alya terus mengalihkan pandangannya kepada Mak Cik Sofiah.

"Tak jadi ibu~."Katanya lalu memandang tajam ke arah Tegku Qairi yang turut memandangnya sambil melemparkan senyuman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience