BAB 48

Romance Completed 33954

Husna memeluk warkah terakhir ayahnya itu. Dia beralih pula kepada gambar arwah ibu kandungnya. Wanita ini yang telah besusah-payah melahirkannya walaupun tidak sempat menyusuinya. " Ibu... kalaulah Una tahu semua ini lebih awal. Una tak pernah salahkan papa dengan ibu, cuma Una terkilan sebab sampai ke akhir hanyat papa, Una tak pernah membuatkan dia bangga dengan Una. Una terkilan kerana Una tak pernah jejakkan kaki di kubur ibu walaupun kubur itu terletak di sebelah kubur papa. Maafkan Una." Rintihnya. Buku yang pernah diberikan sebagai hadiah daripada papanya diambil lalu di masukkan ke dalam beg pakaian.

"Husna, jom." Panggil Tengku Ibrahim. Dia juga tidak melepaskan peluang menghantar menantunya ke hospital pada malam itu. Begasi kecil itu diangakat dengan kudrat yang ada dalam tubuh lelaki yang semakin tua itu. "Husna papa mintak maaf bagi pihak Am. Maafkan dia ya?" Pinta Tengku Ibrahim sambil menolak kerusi roda yang diduduki oleh Husna. Puas dia menegur Tengku Amirul, tetapi anak lelakinya itu masih lagi berdegil. Dia jatuh kasihan melihat Husna yang menjadi mangsa tuduhan kejam yang dilemparkan oleh Tengku Amirul. 'Tabahkanlah hatimu sayangku. Kau pasti akan bahagia suatu hari nanti.' Detik hati Tengku Ibrahim.

_________________________

Malam semakin melabuhkan tirainya. Matahari semakin menjelma,

Husna bangun dan berusaha menggunakan tenaganya untuk duduk di atas kerusi roda. Dia memakai kain telekung dan menghala ke arah kiblat. Takbir diangkat sejurus selepas berniat.

" Ya Allah, Yang Maha Permurah, Lagi Maha Penyayang. Kau ampunilah dosa suamiku, kedua ibu bapaku serta ummiku. Kau Ampunilah dosa seluruh umat islam di dunia ini. Ya Allah, Kau bukakanlah hati suamiku, untuk memafkanku. Kau bukakanlah hati kakakku, untuk memaafkanku. Ya Allah, sesungguhnya aku hanyalah hamba yang lemah. Kau berkatilah keluargaku dunia dan akhirat. Agar mereka dapat hidup bahagia. Amin." Doa dipanjatkan kepada Sang Pencipta selepas memberi salam. Selepas itu Husna mengambil Al-Quran lalu dibacanya. Alunan ayat-ayat suci yang sungguh syahdu daripada seorang wanita bagi mengubati hatinya yang lara.

*****************

" Alya, simpan buku ni untuk Husna ya." Pinta Husna. Buku yang dipenuhi bait-bait puisi itu berpindah tangan kepada Alya. Tinggal beberapa minit sahaja sebelum dia memasuki ruangan pembedahan. Tangannya menggeggam tangan Mak Jah, wajah senyumnya kini menghiasi segenap ruang.

Buat kali terakhir matanya melilau mencari suaminya, tetapi sayang Tengku Amirul tidak muncul jua. Saat-saat terakhir sebelum proses pembedahan, senyuman daripada bibir wanita itu tidak pernah hilang daripada menghiasi wajahnya. Tampak tenang dan manis sekali. Bayangan suaminya muncul di dalam benaknya dan selepas itu segalanya menjadi kelam.

*************

"Doktor bagaimana dengan keadaan mereka?" Tanya Tengku Ibrahim. Sudah hampir lapan jam dia menunggu di ruangan menunggu bersama-sama anak dan bakal menantunya. " Alhamdulillah segalanya berjalan lancar." Mendengar sahaja katakata yang keluar daripada bibir doktor itu, seluruh manusia yang tadinya menunggu dengan kerisauan memanjatkan syukur kepada Yang Maha Kuasa.

" Boleh saya jumpa Husna doktor?" Tanya Ashyraf. " Boleh tetapi jangan terlalu ramai ya." Balasnya lalu beredar daripada situ. " Biar aku masuk dulu." Sampuk Qai. " Qai bagilah abang dia masuk dulu. Dia lebih berhak." Nasihat Tengku Ibrahim. Qai akhirnya akur.

"Terima kasih Una. Terima kasih." Ucap Ashyraf. Air mata kegembiraan mengalir tanpa sedar, dia tidak pernah menyangka adiknya itu sanggup membantunya sedangkan dia selalu mengabaikan wanita itu. " Abang janji akan bahagiakan Una. Abang akan buat Una tersenyum. Abang janji."

________________________

" Tengku...ada orang nak jum..." Belum sempat Salina menghabiskan bicaranya. Pintu bilik lelaki itu dirempuh. " Hei kau, aku ada benda nak selesaikan dengan kau." Lelaki itu terus menunding jarinya kepada Tengku Amirul. " Tengku..." Panggil Salina. " Tak apa, awak keluar dulu." Kata Tengku Amirul seakan paham dengan apa yang ingin diperkatakan oleh pembantunya itu.

" Apa urusan encik ke sini?" Tengku Amirul berdiri lalu membutangkan blazernya. " Aku nak bincang dengan kau pasal seseorang." Kata lelaki itu, lalu dia mencampakkan gambar ke atas meja Tengku Amirul. " Oh, kau ke yang diupah untuk mengambil gambar kenangan mereka?" Soal Tengku Amirul sinis. Lelakinya hanya berdiam diri. Sampul surat berwarna putih pula dihulurkan kepadanya.

Riak wajah Tengku Amirul bertukar terkejut. " Apa yang kau cuba nak sampaikan?" Tanya Tengku Amirul. " Apa yang aku nak sampaikan ada kau adalah kau seorang lelaki bodoh." Balas lelaki itu lalu tersenyum. " BERANI KAU..." Tengku Amirul naik berang. Permainan apakah ini? " Aku datang sini bukan nak bergaduh tapi aku nak sampaikan sebuah kebenaran. Kebenaran yang kau terlalu bodoh Tengku Amirul." Balas lelaki itu dengan tenang. " SIAPA KAU HAH?" Suara jejaka itu semakin meninggi. " Aku abang kepada isteri kau, Husna. Dan merupakan abang kepada Zarina. Ashyraf." Jawapan jejaka itu sungguh mengejutkan. Tengku Amirul tahu Zarina mempunyai abang tetepi tidak buat Husna. Ahhhhhh dia bingung. Jikalau Zarina itu kakak kepada Husna pasti abangnya adalah abang kepada Husna. Kepalanya semakin berserabut memikirkan perkara yang semakin berputar-belit ini.

" Kau terlalu bodoh Tengku Amirul. Aku tak sangka kau letak kepercayaaan begitu rapuh kepada isteri kau sehinggakan gambar photoshop pun kau tak boleh nak bezakan. " Perlinya. Ya, sampul surat berwarna putih yang diberinya kepada Tengku Amirul mengandungi gambar-gambar yang sebenar sebelum di ubah. " KENAPA AKU PERLU PERCAYA KEPADA KAU?" Marah Tengku

Amirul.

" Sebab aku abang kepada mereka berdua. Aku tahu mana intan dan mana kaca. Zarina itu kaca yang sudah pecah yang mampu mencederakan hati sesiapa. Zarina itu mampu menyakitkan manusia yang menghampirinya tetapi tidak buat Husna." Katanya. Kakinya melangkah merapati Tengku Amirul.

" Aku tak sanggup melihat intan itu dibuang seakan tiada harga. Husna itu terlalu bernilai untuk diabaikan." Dia memegang bahu Tengku Amirul yang tampak kusut itu.

" TAK...TAK MUNGKIN." Tengku Amirul menepis tangan Ashyraf. "

BERHENTI IKUT EGO KAU TENGKU AMIRUL. DISEBABKAN

KAU TERLALU ANGKUH MENYANJUNGI EGO, KAU SUDAH MENYAKITI WANITA YANG BERGELAR ISTERI. SEDARLAH." Suara Ashyraf semakin meninggi.

" Hai sayang~" Kini Zarina pula memasuki ruangan itu. "Abang?" Zarina terkejut melihat keadaan ruangan itu. Seakan peperangam baru sahaja tercetus. " Rin...KAU TERANGKAN APA SEMUA NI?" Lalu gambar yang terdapat di dalam sampul putih dicampakkan tepat mengenai wajah Zarina. " Percayalah Am, Rin tak buat semua ni. Abang apa yang abang cuba buat ni? Abang nak rosakkan kebahagiaan Rin ke?" Zarina masih cuba meneggakkan benang yang basah. Dia tidak mahu fikir bagaiman abangnya dapat gambar-gambar itu kerana dia pasti lelaki itu sudah menggeledah seluruh pelusuk biliknya. " Rin cuba cakap dengan abang, kebahagiaan apa yang Rin dapat dengan merampas hak orang lain? Dengan merosakkan rumah tangga orang lain? Kebahagiaan apa? Cuba Rin bagitahu abang." Zarina masih lagi tidak mahu mengalah. Baginya Tengku Amirul itu hanya miliknya seorang sahaja tiada yang mampu memisahkan dia dengan kesayangannya itu.

" Tok...tok...tok." Pintu pejabat Tengku Amirul terbuka dan wajah

Salina mula terpancul. " Tengku, pihak polis datang." Beritahu

Salina lalu dia berlalu pergi. Dia gusar melihat keadaan di dalam ruangan yang sudah berubah menjadi kawasan pentempuran itu. Malahan, dengan kehadiran polis tanpa sebab ke pejabat itu menambahkan lagi bahangnya.

" Maaf sebab mengganggu." Kata salah seorang daripada pihak polis itu. " Eh, apa ni? Kau nak buat apa pada aku ni?" Jerit Zarina. Tangannya sudah digari. " Kejap Tuan, apa yang terjadi sebenanya?" Tanya Ashyraf. Dia terkejut apabila melihat pegawai polis itu terus menghampiri adiknya lalu menggari kedua-dua belah tangan wanita itu. " Cik Zarina ditahan kerana didakwa menjadi dalang dalam rompakan yang telah berlaku di rumah Tengku Amirul sehingga menyebabkan seorang wanita cedera parah." Terang pegawai polis itu. " Rumah saya?" Tanya Tengku Amirul. Dia tidak tahu- menahu akan perkara itu. " Ya Tengku. Maaf kami terpaksa beredar." Pamit pegawai polis itu. Zarina sudah tidak keliruan apabila segala rancangannya sudah musnah. " AM, TOLONG RIN. RIN TAK BUAT SEMUA TU!!" Jeritnya.

Tengku Amrul terduduk. Benarkah apa yang terjadi sebentar tadi. Penyebab isterinya lumpuh adalah Zarina. Zarina yang membunuh bayi mereka. ZARINA YANG MERUPAKAN DALANGNYA.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience