BAB 37

Romance Completed 33954

Banyak perkara yang berlaku di dunia ini tak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Kadang-kadang kegembiraan itu akan diduga dengan pelbagai perkara bagi merapatkan lagi hubungan sesama insan. Malang tanpa rasa sabar dan keegoan kebahagian itu mampu retak dengan sendirinya.

____________

" Abang ni fail untuk projek dengan Setia Enterprise." Husna menghulurkan fail itu kepada suaminya. 'Tok...tok...tok' pintu pejabat Tengku Amirul dikuak daripada luar. Husna terkedu. " Yes, Zarina. Kenapa you datang pejabat I ni?" Tengku Amirul kini sudah mampu menerima wanita itu. Husna masih lagi berdiri dan memikirkan adakah wanita di hadapannya ini merupakan orang yang sama yang berada di dalam mindanya kini?

" Sayang, abang nak kenalkan, ini Zarina. Dialah pengurus syarikat Setia Enterprise." Zarina menghulurkan tangan. Husna masih lagi mematung di situ. " Sayang." Panggilan kedua buat sang isteri menyentak Husna lalu memaksanya untuk membalas huluran salam daripada Zarina. " Oh dialah isteri you ya. Lawa isteri you." Zarina memberikan senyuman buat Husna dan Husna juga begitu.

' Betullah kata orang, jangan disebut nama orang yang dibenci nanti dia muncul depan mata.' Husna mula berdialog di dalam hati. Entah dari mana datangnya kata-kata sebegitu rupa. Tidak pernah di dengar. " Abang Husna keluar dulu ya?" Pamit Husna apabila melihat suaminya sudah mulai sibuk membincangkan hal syarikat dengan tetamunya. Tengku Amirul hanya menggangguk tanpa memandang wajah Husna.

" Adakah kakak masih ingat aku? Bagaimanakah kehidupan kakak dengan ummi sekarang? Ya Allah aku betul-betul merindui ummi."

______________________

"Assalamualaikum." Salam diberi dan lonceng pintu mula bebunyi. Mak Jah yang pada mulanya sedang memasak di dapur segera membuka pintu. Seraya membuka pintu, dia menerima pelukan dan kecupan rindu oleh seseorang yang sangat dirinduinya. Air mata menjadi penyambut kedatangan tetamu itu.

" Una..." Itulah gelaran bagi insan yang sering dirindui oleh wanita tua ini. " Mak Jah, Una rindu dengan Mak Jah." Husna benar-benar tidak mampu menahan sebak apabila melihat wajah wanita yang pernah menjaganya bagai menatang minyak yang penuh. " Ummi masih di pejabat ke?" Tanya Husna. " Macam biasalah Husna, marilah masuk, kita makan sekali ya sementara puan tak ballik lagi." Husna mengangguk kecil. Rindu ingin merasa air tangan Mak Jah.

"Mak Jah ada dengar yang Una dah kahwin. Betul ke?" Tanya wanita itu. " Alhamdulillah Mak Jah. Dah setahun Una bergelar isteri." Lagi sekali air mata Mak Jah mengalir di pipi tuanya. Rasa besyukur pabila mendengar bahawa gadis di hadapannya ini sudah mempunya imam yang mampu membimbing dan menjaganya.

Husna mengesat air mata wanita itu. " Mak Jah, janganlah menangis. Husna sekarang dah bahagia. Sama macam Mak Jah mahukan." Kata Husna memujuk.

" Mak Jah bukan apa, Mak Jah bersyukur sangat sebab sekarang kamu dah tak menderita macam dulu." Terukir senyuman yang turut terasa bahagia yang kini menjadi milik gadis di hadapannya itu.

____________

" Sayang ke mana? Malam baru nak balik?" Husna sedikit terkejut mendengar suara yang tetiba muncul menegurnya daripada bahagian belakangnya. " Maaflah abang, Una pergi jumpa kawan tadi." Husna masih lagi mahu merahsiakan perjumpaannya dengan Mak Jah. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia perlu merahsiakan hal itu. Tapi kalau dah takut memang semua ayat bohong keluarlah daripada mulut. Betul tak? " Kenapa tak bagitahu abang?" Tanya Tengku Amirul. Sebenarnya dia risau apabila isteri kesayangannya ini pulang pada waktu malam sebegitu. Pelbagai andaian buruk yang berlegar-legar di kepalanya apabila isterinya masih tidak balik.

" Abangkan tengah mesyuarat. Una tak nak ganggu abang. Lagipun mesyuarat tu kan penting." Husna mengerlipkan matanya tanda meminta kemaafan. Akhirnya tengku Amirul sendiri yang cair melihat kecomelah isterinya itu. Tak jadi rancangannya untuk berpura-pura mahu memarahi isterinya yang dirancang sebelum Husna pulang ke rumah.

----------------------

"Hello..." Tengku Amirul mejawab lemah. Suaranya masih serak kerana baru sahaja terbangun daripada lenanya. " Am...Am you kena tolong I am. I takut sangat Am. Tolong I!!!" Suara di telefon yang cukup cemas itu membuatkan mata Tengku Amirul tebuka luas. Tanpa berfikir panjang dia bersiap untuk berjumpa dengan pemilik suara itu.

.....................................

" Rina...rina you ok tak ni. Rin?" Pipi wanita itu di tampar lembut. Sesampainya dia di tempat yang diberitahu oleh Zarina sewaktu berbual di telefon, dia melihat sekelujur tubuh yang tebaring di tepi jalan raya. " Rin?" Wanita itu masih tidak menunjukkan sebarang reaksi menyebabkan Tengku Amirul semakin risau. Akhirnya, dia membuat keputusan untuk menghantar Zarina ke hospital.

Luluh hatinya melihat wanita yang pernah bertahta di hatinya terlantar di hospital. Zarina mengalami lebam-lebam di tangan dan terdapat kesan hentakan di bahagian kepalanya. Syukurlah bahawa keadaannya stabil dan kecederaan itu tidak parah. Entah mengapa air matanya jatuh tanpa diduga.

Adakah Tengku Amirul menyimpan perasaan terhadp pemilik hatinya pada suatu masa dahulu? Adakah dia mulai bersa kesal mengahwini wanita yang sudah bergelar isteri sejak setahun yang lalu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience