BAB 35

Romance Completed 33954

"Am, sejak balik dari asrama ni, mata kamu tu tak pernah lari dari telefon . Kamu ni sakit ke?" Tanya Mak Tini. Pelik melihat tingkah laku Amir yang tidak pernah terlalu asyik dengan telefonnya. " Eh, apa kene mengena dengan sakit pulak ni Mak TIni, tak adalah Am ok jer." Balas Am sambil menyenduk nasi goreng ke dalam pinggan. " Mak Tini risau tengok kamu. Kalau tengok buku hari-hari pon Mak Tini tak pelik, tapi ni telefon. Kamu ni mesti ada apa-apa ni kan?" Tembak Mak Tini. " Eh Mak Tini ni, zaman dah moden, sekarang dah boleh membaca guna telefon." Jawab Am ringkas. Mak Tini hanya tersenyum. ' Zaman dah banyak dah berubah. Aku dah tua.' Kata Mak Tini dalam hati. Banyak benda yang berubah. Semasa dia masih kecil, tiada gajet yang mampu memberi keseronokkan, hanya bermain dengan kawan-kawanlah merupakan satu-satunya keseronokkan pada masa itu.

"Am kamu ni waktu macam ni pon kamu nak main telefon tu. Tak lama lagi kan nak exam SPM, kamu ingat dengan tengok benda tu hari-hari boleh buat kamu bijak ke?" Tanya Tengku Ibrahim dengan nada berbaur amarah. Terus Tengku Amirul meletakkan gajet canggih itu ke tepi sambil memberi senyuman sumbing kepada bapanya.

____________________________

2 Tahun kemudian...

"Hai Rina, lama tak jumpa, you macam mana sekarang?" Tanya Amir. " I okay jerr. You apa khabar? Rindu I tak?" Kata Rina berbasi-basi. Tidak sangka lelaki itu masih lagi mengingatinya. Sudah dua tahun mereka berpisah sejak tamat persekolahan dulu dan hubugan mereka sudah terputus tanpa sedar. " Mestilah I rindu. " Balas Amir. Sejak berpisah, wanita itu saja yang sering muncul dibenaknya. Kini, wanita dihadapannya kelihatan lebih menawan dan bertambah cantik. Skirt pendek paras lutut dengan baju sendat, itu yang kau kata cantik? Memang cinta itu buta.

" Rin apa kata You join I pergi minum banyak benda yang I nak bualkan dengan you." Ajak Amirul. Kalau boleh dia mahu menyambung semula hubugan dia dengan wanita itu yang sudah terputus dua tahun lalu.

________________________

Benar mimpi itu boleh menjadi realiti. Impian itu boleh dikecapi, hubungan yang dahulunya terputus akhinya disambung kembali.

"Sorry la Am, hari ni I ada banyak sangat assignment yang I nak siapkah. Kita jumpa esok ya, sayang." Kata Zarina di dalam talian. Wajah Am bertukar sdikit keruh. " Takpe lah sayang." Balas jejaka itu ringkas. ' Adakah dia lupa hari ni hari apa?' Kata hati Tengku Amirul.

" Hoi, kenapa muka kau macam limau kasturi ni?" Tanya

Tengku Qairi yang baru sahaja turun bagi menjamu selera. "

Tak ada apalah." Jawab Tengku Amirul. " Ye ke tak de apa-

apa? Kau nak nasihat dari aku ke?" Tengku Amirul mengangkat keningnya tanda bertanya 'apakah nasihat yang adiknya boleh beri kepadanya.'

"Apa kata kau buat surprise untuk dia." Kata Tengku Qairi. Wajah Tengku Amirul kembali senyum. ' Bagus jugak, mana tau dia ingat hari ini hari apa.' Kata hatinya. "Thanks bro, sayang kau." Kata Tengku Amirul lalu hampir memeluk kembarnya itu. " Ehhhhh apa kau nak buat ni? Jangan peluk aku, aku geli." Tengku Qairi dengan pantas menepis pelukan itu.

'Apa yang gembira sangat dengan Tengku Amirul ni pun aku tak tau lah. Aku cuma bagi nasihat pakai tembak jer pun. Aku pun tak tau apa masalah dia. Hai lah labu, nasib baik apa yang kau tembak tu terkena juga.' Detik hati Tengku Qairi sambil tersenyum.

__________________

" Kita berpisah!!!!" Jerit Tengku Amirul. Semua pelajar Universiti Teknologi Mara Shah Alam menjadi saksi letusan kemarahan Tengku Amirul. Wajah wanita di hadapannya yang dahulunya dicintai, kini menjadi punca keretakkan cinta yang bertahta dihati.

Tidak terdetik sedikit pun rasa takut dalam diri Zarina apabila melihat amarah Tengku Amirul, malah amarah itu telah mendorong dirinya untuk menambahkan lagi api kemarahan jejaka yang mencintainya separuh mati itu. " You ingat I tak muak ke tengok muka you. Hari-hari keluar

dengan you, you ingat I tak bosan. Masa dua tahun kita terpisah I ingat you dah lupa yang kita pernah ada hubungan dulu. Lagipun you yang minta kita sambung semula hubugan kita. Terpaksalah I setuju. Lagipun ada ke you tanya dekat I, samada I dah ada yang punya ke belum?" Jawab wanita itu, seakan sengaja menambah minyak kepada api yang sedang membara.

" You..." Tangan Tengku Amirul hampir menampar pipi wanita itu, sayangnya tamparan itu ditepis oleh jejaka yang sejak tadi mendampingi wanita kesayangannya itu. " Kau jangan jadi lelaki yang tak guna lah. Dia dah kata yang dia dah muak dengan kau. Kau jangan ingat cinta monyet kau tu boleh bawa kau ke jinjang pelamin lah bro. Dalam mimpi!" Balas jejaka itu.

--------------(10 minit sebelum)-------------

" Hari ni biar aku yang lawat dia dekat kolej." Kata Tengku Amirul lalu keluar daripada kereta BMW, yang merupakan hadiah hari jadinya yang ke-17 dahulu. Tangannya memengang sejambak bunga yang diselitkan cincin mutara bersamanya. Rancangannya ialah mahu bertunang dengan Zarina sebelum dia menyambung pelajarannya ke luar negara. Dan hari ini merupakan hari yang sesuai kerana hari ini ialah hari anniversary mereka yang ke 5 tahun sejak mereka mula menjadi pasangan kekasih.

Sayangnya, baru beberapa tapak menaiki anak tangga, matanya tertacap akan satu figura yang sedang bermesraan bersama seorang jejaka. Figura itu sangat dikenalinya dan merupakan cintanya dan bakal menjadi tunangnya. Langkahnya semakin laju menghampiri pasangan itu,

"Sayang, jom teman I shopping. " Kata wanita itu. " Tapi tadi I dengar you cakap dengan boyfriend you, you nak buat assignment kan?" Kata jejaka itu dengan nada memerli lalu merangkul lembut pinggang Zarina. "You pon tau kan boyfriend I tu tak mampu kalahkan you yang bergelar lebih dari boyfriend."

Perbualan itu sampai ke pendengaran Tengku Amirul dan api kemarahan jejaka itu mula menyala.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience