BAB 25

Romance Completed 33954

"Aku terima nikahnya Puteri Nuraisyah Husna binti Abdul Khairil dengan mas kahwinnya RM 25.00 tunai." Akhirnya lafaz keramat itu telah dilafaz oleh seorang jejaka yang kini telah menjadikan Husna sebagai isterinya secara sah. Husna menadah tangannya untuk berdoa. 'Alhamdulillah' Itulah lafaz yang pertama terkeluar daripada bibir gadis itu.

"Awak, saya tahu saya tak sempat propose awak, tapi sekarang kita dah halal. So,sudikah awak jadi bidadari saya, makmum saya dan cinta saya?" Tengku Amirul akhirnya mengatakan bait ayat yang dahulunya dia ingin lafazkan kepada Zarina. Husna tergamam. 'Ni kan waktu untuk majlis pembatalan air sembahyang, asal mamat ni propose aku pulak?'Kata hatinya.

"Ermmmm,ermmm." Husna sudah gelisah.' Nak cakap ke tak ni eaaarrrrrkkk?' Soal Husna dengan hatinya. "Sa..sa..saya sudi" jawabnya. Tiba-tiba dia terasa dahinya dihinggapi sesuatu yang hangat. Perasaannya semakin berdegup kencang. Mukanya sudah membahang, apabila mengetahui 'sesuatu yang hangat' itu adalah bibir milik Tengku Amirul. Husna sudah kaku .Perasaannya sudah bercelaru.

"Wei, Husna salam lah suami kau." bisik Kak Asrina. Husna menyambut huluran Tengku Amirul dan mencium tangan jejaka itu penuh ikhlas. 'Ya Allah,biarlah dia menjadi yang terakhir buatku; doa Husna. Hatinya jadi sebak.

**********

"Awak, ermmm....ermmm nak pinjam phone boleh?" pinta Husna. Lelaki itu memandang Husna pelik. "Nak buat apa?" tanyanya sambil menyisir rambut. Malam itu adalah malam resepsi buat mereka. "Saya nak call mama, cakap kita lambat turun sikit." kata Husna sambil melihat pantulan dirinya di dalam cermin buat kali terakhir. Tengku Amirul mengangkat keningnya. Tanda tidak paham.

"Ya lah,awak tu lambat sangat bersiap." perli Husna."Eh, mana ada.Saya dah siap lah. Dah, jom turun." ajaknya. Lelaki itu menuju ke pintu bilik."Asal awak tak keluar lagi?" tanyanya pula. "Tadi kata orang lambat sekarang dia yang lambat" omel jejaka itu.

"Awak tak siap lagi" Kata Husna sambil menunjuk akan sampin yang tergantung di dalam almari. Husna mengambil sampin itu dan mula mendekati suaminya. "Dah, meh sini saya pakaikan" kata Husna. "Tak apa saya boleh pakai sendiri" Tengku Amirul mula berdalih. Sebenarnya dia malu diperlakukan bergitu.

"Apa gunanya ada isteri kalau bukan untuk tolong suami?" sambung Husna pula. Tengku Amirul pula sudah kelu kata-kata kerana terlalu malu. Wangian yang dipakai oleh Husna mula membawa Tengku Amirul hilang dari realiti buat seketika. Wangian Maybe Baby yang dicipta oleh Benefit cukup membuatkan Tengku Amirul berasa tidak keruan dengan situasi tersebut.

"Dah siap!" kata Husna. Disebabkan jeritan Husna, akhirnya Tengku Amirul tersedar dari halusinasi tersebut ."Awak pakai perfume apa?" tanyanya. "Apa?" tanya Husna pula. Manalah tahu yang dia salah dengar. "Perfume apa yang kau pakai?" soal Tengku Amirul buat kali kedua. "Oh saya pakai Maybe Baby." balas Husna.

Dia sudah mencapai tombol pintu dan bersedia untuk keluar dari bilik hotel itu.

"Wangi." bisik Tengku Amirul di cuping telinga Husna. Husna tercengang. 'Betul ke apa yang aku dengar ni?' bicaranya di dalam hati. Bisikan itu seakan tiupan bayu lembut yang menyapa telinga. Cukup lembut dan menyenangkan.

**********

Busana pengantin yang bertemakan simple and elegant cukup membuatkan mata-mata para jemputan tertacap pada gadis yang betubuh kecil itu. Tidak terlalu ketat dan tidak terlampau sarat dengan manik-manik, menunjukkan lagi personaliti si pemakainya.

Mata Tengku Qairi juga tidak lepas pandang untuk melihat keayuan isteri kepada kembarnya itu. Malangnya, wanita itu bukan miliknya.

Andai waktu berputar kembali, pasti dia akan menerima gadis itu. Tidak akan melepaskannya dan sentiasa mencintainya.

'Asal ramai sangat yang pandang si Husna ni? Aku tahu la isteri aku cantik' omel Tengku Amirul di dalam hati. Memang tidak disangkal, isterinya memang cantik dengan busana arwah ibunya. Mungkin busana itu tidaklah 100% sama dengan rupa yang sebenar kerana telah diubah suai oleh Sarah. Tapi, ia tetap milik ibunya.

**********

"Okay, keluarga kedua-dua mempelai diminta untuk ke jinjang pelamin bagi sesi bergambar" kata Nawwar, pengacara jemputan bagi majlis resepsi itu. Tengku Ibrahim dan Tengku Qairi perlahanlahan melangkah ke pelamin. "Bro, mana Indah? Tadi, macam nampak dia" bisik Tengku Amirul di telinga adik kembarnya. "Aku pon tak tahu. Dari tadi dia buat muncung itik dia. Naik boring aku tengok.

Agaknya ni mesti pasal hari itu" balas Tengku Qairi. Mana tak bosan bila dengar adik perempuannya membebel bagai nak rak. Itu tak kena, ini tak kena. "Eh kalau bukan adik aku, dah lama aku cabai-cabai mulut dia" Tengku Qairi mula mengepal penumbuknya. Geram sungguh dia dengan siap Indah yang asyik hendak memberontak.

"Okay, 1 2 3 cheese" kata mamat dua alam yang entah dari mana datangnya. 'Tiba-tiba menjerit bagai nak rak,menjerit cheese sana, cheese sini. kau nak goreng pisang goreng cheese ke?' kutuk Husna dalam hati. Entah mengapa lelaki yang tidak berdosa ini menjadi mangsa kutukannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience