BAB 3

Romance Completed 33954

"Eh, Ummi. Bila balik?" Tanya Husna yang baru turun dari biliknya. Malangnya, Puan Raudah langsung tidak mnjawab pertanyaan anaknya. Husna sedar akan hal itu, dia berusaha menahan rasa hati. "Mak Jah, sedapnya sandwich ni, Una suka, nanti Mak Jah buatkan lagi untuk Una ya!" Jerit Una dari meja makan. Saja dia lakukan begitu untuk memecahkan kesunyian yang mula memenuhi ruang makan. Lagi-lagi apabila abang serta kakaknya yang sudah turun ke meja makan dengan muka yang cemberut seperti baru makan asam sahaja lagaknya.

Mak Jah yang berada di dapur hanya tersenyum melihat gelagat Husna. Kalau tiada si anak bongsu majikannya, memang confirm sunyi sepi rumah itu walaupun berpenghuni. "Hei Husna!! Kamu ni tak reti diam ke? Bising tahu tak? naik stres aku dengar." Marah si Zarina, anak kedua dari keluarga itu. "Entah kamu ni Husna, kalau tak memekik telolong macam beruk tak sah. Baik kamu tak payah balik, menyusahkan orang sahaja!" Marah si abang pula. Husna pula terus diam dan menyambung suapannya. Sudah masak dengan perangai si Ashyraf dan Zarina yang tak boleh tengok dia gembira sikit, pasti ada sahaja yang tak kena.

*****

"Morning, pa" sapa Tengku Amir. "Ermmmm...morning. Ha, papa nak bincang sikit pasal personal assistant kamu, bila kamu nak cari Am? Kamu tahu tak susah nak siapkan kerja di pejabat kalau tiada orang yang nak tolong and one more, siapa yang nak arrangekan kamu punya meeting dengan client?" Tanya Tengku Ibrahim kepada anaknya.Tahu sajalah dia yang anak teruna yang seorang ini susah sangat nak bergaul dengan orang. Banyak juga dia dengar rungutan daripada pekerja di syarikatnya yang kurang selesa bekerja dibawah jagaan anaknya kerana anaknya itu kurang ramah dan suka mencari kesalahan staf-staf yang lain. Beza betul anaknya itu dengan kembar tidak seirasnya, Qairi yang lebih keanak-anakkan dan peramah. Tapi, anaknya yang sorang itu terlebih peramah sehingga ramai perempuan tangkap cintan dengannya dan Qairi juga jenis suka melayan. Tak kurang juga dengan si Am, dia pun menjadi idaman ramai gadis diluar sana.

“Hai anak-anakku, macam aku jugak 'like father, like sons' ”. Sebut pasal si Qairi, mana lah si teruna seorang ni? "Mak Tini tolong panggilkan Qai turun bawah" Kata Tengku Ibrahim.

******

"Qai! Qai!...Tengku panggil turun sarapan!" panggil Mak Tini sambil mengetuk pintu bilik Tengku Putera Qairi. "Ya Mak Tini...ada apa? Qai nak tidur lagi lah." kata Qairi dalam keadaan mamai sambil menenyeh matanya. "Papa kamu suruh turun sarapan." Kata Mak Tini. Mahu tergelak dia melihat Qai. Rambutnya macam penyapu lantai, berserabai sekali. Tapi tetap handsome dari pandangan mata tuanya. Memang tak pelik kalau Qairi ada perempuan keliling pinggang, dengan perangai telebih peramah memang melekat lah perempuan dengan dia. "Mak Tini masak apa pagi ni?" Tanya Qairi. "Mak Tini masak makanan kegermaran kamu.....NASI GORENG PEDAS MELETOP KEBABOOOOOMMMMMM!!" Jerit Mak Tini.

Ada ke patut si Qairi pergi cuit pinggang wanita tua itu disaat Mak Tini tengah menjawab pertanyaannya. Tahulah dia yang pembantu rumahnya merangkat ibu angkatnya itu mempunyai penyakit melatah. Saja dia menyakat wanita tua itu, boleh cuci mata di pagi hari. Ehhhh kejap cuci mata tu bukan ke orang selalu guna kalau jumpe perempuan cantik, seksi, comel, and many more? Lantaklah, kisah apa aku? Mak Tini cantik apa, dari pandangan matanyalah. "Mak Tini selalu masakkan makanan kegemaran Qai, ni yang buat Qai makin sayang dengan Mak Tini ni." Kata Qairi sambil menuruni anak tangga bersama Mak Tini. "Hai Qai, kamu sayang Mak Tini aje ke papa kamu, kamu tak sayang?" Kata Tengku Ibrahim. Bukan apa saja nak menyakat anaknya yang satu itu. "Qai sayang papa jugak!" Jerit Qai lalau memeluk dan mencium pipi papanya. Bayangkan lelaki yang berusia 25 tahun ini berperangai sebegitu. Pelik tapi benar. Am yang asyik menyuap makanan pun tersenyum melihat telatah kembarnya. Macam kanak-kanak 5 tahun sahaja lagaknya. "Abang sengih-sengih kenapa? Nak jugak Qai cium abang?" Kata Qai dan mula memuncungkan bibirnya sambil mendekati abangnya. "Apa kau ni Qai? gelilah aku." Kata Am lalu menolak muka adiknya yang sudah hampir dengannya. Geli betul dia dengan perangai Qairi. Bukan dia tak tahu kadang-kadang kembarnya ini nekad sangat. "Habis muka aku, kau tolak. Dah tak handsome lah aku nanti." Jawab Qai sambil memuncungkan mulutnya. "Biar muka kau tak handsome, biar aku jerr yang handsome dalam rumah ni." Kata Am dengan wajah yang serius. Tapi, itu cumalah gurauan. Kalau Qai tak handsome, masih ada papanya yang tidak boleh dia kalahkan kehandsomemannya. Ketawa meletus di meja makan itu. Seronok rasanya bila mereka dapat berkumpul bersama-sama dan bergelak ketawa. Lega Tengku Ibrahim apabila melihat kedua-dua anak terunanya itu. 'Harap keluarga ini akan tetap bahagia seperti ini' doa Tengku Ibrahim dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience