BAB 18

Romance Completed 33954

"Wow,ini rumah Tengku ke?"Tanya Husna sambil menarik begasinya,barang selebihnya Tengku Amirul yang bawa."Yes.But,aku tak duduk dekat sini.Aku duduk dekat rumah papa.Ni hadiah birthday aku dripada papa.Tapi sekarang aku masih tak rasa nak duduk sendirian."Jawab Tengku Amirul jujur.Memang betul pun,sudah lama dia tidak jejakkan kaki ke kondominium itu.Husna mengangguk tanda paham.Sekurang-kurangnya dia ada tempat berteduh.

_______________

Husna memandang lelaki itu pelik.'Ke mana dia nak bawak barangbarang aku tu?"Tanya Husna dengan dirinya sendiri.Tengku Amirul sibuk menarik begasi-begasi yang berteraburan di hadapan rumah banglo 2 tingkat itu.Setelah selesai memasukkan barang-barangan itu ke dalam keretanya.Dia menuju ke arah wanita yang masih terduduk di hadapan pintu rumah itu. "Dah jom ikut aku."Kata Tengku Amirul."Nak ikut ke mana?"Tanya Husna ingin tahu.Takkan lah nak ikut orang yang dia tidak kenalikan.'eh tak kenali macam tak sesuai untuk mamat ni,ermm orang yang tidak diketahui niat sebenarya,mungkin lagi baik untuk boss aku ni.'Bicara hati gadis itu."Dah ikut aja.Awak nak duduk dekat sini sampai besok ke?Dah kene halau buat cara kene halau."Jawab Tengku Amirul lalu dia menarik lengan gadis itu.Bukan apa hanya nak membantu gadis itu bangun.Dia sedar akan darah yang sudah membasahi kain balutan di kaki PAnya itu.Husna membuat muka.'Suka sangat sakitkan hati aku."Bebel Husna.

______________

"Thanks you so much Tengku."Ucap Husna lalu dia melemparkan senyuman yang paling manis kepada Tengku Amirul.Tengku Amirul yang melihat senyuman itu sudah menelan air liur.'Comel'Detik hati Tengku Amirul.Bib...bib,satu mesej telah diterima oleh Tengku

Amirul.(Indah tak mahu lagi cakap dengan abang)Tersentak Tengku Amirul melihat mesej yang dihantar oleh adik perempuannya.Dia memandang jam tangannya,sudah jam 10:00 malam."OKlah,buatlah macam rumah sendiri.Assalamualaikum."Kata Tengku Amirul lalu terus memecut ke arah pintu keluar."Waalaikumussalam."Jawab Husna.'Agaknya kenapalah harimau jadian tu terkocoh-kocoh macam tu?Maybe dah lambat nak jumpa makwe kot.'Bicara Husna sendirian.DIa melihat rumah itu.Cantik simple but elegant.Ada quotes yang ditulis dengan tanga di salah satu dinding rumah,Selain itu banyak jugak hiasan yang sungguh artistik yang menjadi penyeri perabot dan juga meja hiasan.

"Orang yang hias rumah ni macam tahu jerr taste aku macam mana"Kata Husna.Badannya di jatuhkan ke atas katil empuk bersaiz queen.Lama kelamaan matanya mula kabur dan akhirnya dia tertidur.Lupa sebentar akan peristiwa yang baru sahaja menimpanya petang tadi.

*********

"Indah,maafkanlah abang,abang tak sengaja.Abang ada hal penting tadi."Pinta Tengku Amirul.Adiknya sudah naik berang.Mana taknya,selalu kalau adik dia balik,mesti mereka akan raikan kepulangan gadia itu bersama."Adik tak nak cakap dengan abang."Terus kaki Indah Lyana mendaki anak tangga menuju kebiliknya."Apa aku nak buat ni?"Tengku Amirul menggaru kepalanya.Susah sungguh mahu memujuk adiknya itu.Marajuknya boleh berminggu-minggu."Sabar ah bro,nanti adik tu ok lah."Kata Tengku Qairi sambil mengurut belakang abangnya.Bukan apa supaya abangnya bertenang."Kenapa kau balik lambat?"Tanya Tengku Qairi lalu dia melabohkan punggung di sebelah kembarnya."Aku tolong Husna."Jawab Tengku Amirul lemah.Penat sugguh dia.Tadi kena angkat barang yang beratnya beratus killogram dan sekarang kene boikot dengan adik sendiri."Ha...kenapa dengan Husna?"Tengku Qairi mulai cemas.Malangnya pertanyaanya tidak dijawab.Dia menoleh ke kiri,dan melihat abangnya sudah terlelap.'Kenapa pulak dengan Husna.Sakit kah dia?Ke dia kene rompak?'Pelbagai spekulasi yang mula memunuhi segenap ruang mindanya.

########

"Alamak aku dah lambat nak pergi office ni!"Jerit Husna."Ni semua sebab kau cik katil!Asal kau ni empuk sangat?Disebabkan kau tu empuk untuk berbaring menyebabkan aku tertidur mati!"Sempat lagi Husna membebel.Katil pulak yang disalahkan.Apabila kakinya mencecah lantai jubin bilik mandi..."Aaaaaaaaaaaa!!!!!!!!"Jerit Husna nyaring.Sakit pinggangnya akibat jatuh terlentang dalam tandas.Husna pantas memandang kakinya,nasib baik tak berdarah.Bila tengok kakinya dia teringat akan peristiwa malam semalam yang betul betul membuat hatinya berdegup bagaikan kereta lumpa F1.

"Awak ok tak?"Tanya jejaka itu sebaik sahaja meletakkan begasi serta berangan-barangan Husna di suatu sudut"Okay.Why anything wrong?"Tanya Husna sambil mengangkat kening kanannya."Mesti awak terlupa sesuatu ni."Tengku Amirul mula melangkah mendekati Husna.Husna kaku memandang tubuh Tengku Amirul yang kini berhampiran dengannya.Husna menelan air liurnya."A..a..apa yang Tengku nak buat ni?"Tanya Husna.Seram sejuk dia memerhatikan lelaki itu yang semakin mengahampirinya.Tiba-tiba Tengku Amirul mencangkung.Husna sudah kaku.Tidak tahu apa yang hendak dilakukan Tengku Amirul terhadapnya.Semua cara2 mempertahankan diri yang dia pelajari dahulu sudah hilang sekelip mata."Aaaaaaaa!!!"Jerit Husna kesakitan.Kakinya diangkat oleh Tengku Amirul lalu diletakkan dia atas kerusi kecil."Apa ni Tengku?"Tanya Husna lagi.Perasaan takutnya sudah bertukar kepada perasaan pelik."Kaki awak berdarah lagi."Jawab Tengku Amirul lembut.Dibukanya balutan itu lalu diambil first aid dan dibersihkan darah yang keluar dari kesan luka di kaki gadis itu.Selepas itu dia menyapukan ubat antibacteria supaya kesan luka itu tidak semakin teruk kerana dijangkiti bakteria.Husna mengerang,bukan apa kakinya rasa pedih apabila diletakkan ubat itu.Setelah selesai Tengku Amirul mengemas semula barangbarang tersebut.Husna hanya menjadi pemerhati."Terima Kasih Tengku."Ucap Husna."Jaga diri baik-baik.Jangan buka pintu kalau ada orang yang tidak dikenali datang,ok?"Husna hanya tersenyum mendengar kata-kata majikannya.'Macam bapak2 pulak'Kata Husna di dalam hati.

Itu lah peristiwa yang berlaku sebelum Tengku Amirul pulang ke rumahnya.Memang tergesa-gesa tetapi mamat tu masih lagi ingat akan Husna yang tecedera.Sweetkan?Hahaha.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience