BAB 36

Romance Completed 33954

" Una, abang pergi kerja dulu ya." Kata Tengku Amirul lalu menghadiahkan sebuah kucupan kepada dahi dan kedua-dua belah pipi isterinya. Husna tersenyum lalu menyalami suaminya. Bergitulah rutin harian mereka. Hidup mereka semakin indah disulami bait-bait cinta yang tidak pernah menghilang. Lebih-lebih lagi sejak mereka berpindah ke rumah baharu yang dibeli oleh Tengku Amirul sempena anniversary perkahwinan mereka yang pertama. Ya, kini usia pekahwinan mereka sudah genap setahun. Pelbagai kenangan manis yang dicipta oleh dua insan ini sepanjang perjalanan kisah percintaan mereka.

________________________

"Rin?" Bait perkataan yang berbaur perasaan terkejut keluar daripada bibir Tengku Amirul. Tidak disangka tetamu yang di beritahu oleh pembantu barunya yang mengantikan tempat Husna buat sementara kerana keadaan Husna yang tidak sihat beberapa hari lalu merupakan wanita yang cukup dikenalinya.

"Hai, you apa khabar?" Tanya Zarina. " Khabar baik. You ke pengurus syarikat Setia Enterprise tu?" Kata Tengku Amirul selamba. Zarina mengetap giginya. 'Takkan dia dah tak ada hati dengan aku?' Bisiknya di dalam hati. " Aah, I lah CEO syarikat Setia Entetrprise." Jawabnya cukup selamba. Keadaan sunyi buat seketika, kedua-dua insan ini terasa janggal lebih-lebih lagi Tengku Amirul.

" Ermmm, I datang ni nak bincang pasal projek dekat Damansara." Kata Zarina. " Oh projek tu. Ada yang tak kena dengan projek tu ke?" Mereka sudah mula berbincang. Keadaan tidak lagi sejanggal semasa mula-mula mereka berjumpa.

"Thanks, sebab you sudi berbincang dengan I." Kata Zarina lembut. "Oh welcome. Kalau ada apa-apa masalah, you boleh call I."

Tengku Amirul menghulurkan kad perniagaannya kepada wanita itu. " You ada masa tak? I ada benda sikit nak bincang dengan you tapi bukan pasal kerja." Tengku Amirul terasa sedikit tertanya-tanya tentang masalah yang mahu dibincangkan oleh Zarina dengannya secara personal. "Sekarang pun dah masuk waktu lunch. Alangalang makan kita boleh bincang sekali." Kata Tenngku Amirul sambil mengerling jam tangannya.

____________________________

"Sebenarnya... I nak minta maaf pasal dulu. I betul-betul menyesal atas apa yang I buat pada you dulu." Kata Zarina. Titisan air mata mula membasahi pipinya. Tengku Amirul kelu. Dia tidak tahu bagaimana untuk menunjukkan respond tentang perkara yang sudah lama berlalu. " Macam ni Rina sebenarnya I dah lama maafkan you. Kalau boleh I nak lupakan apa yang berlaku dulu." Jawapan yang mamang boleh dijangka. Mudah sungguh jejaka di hadapannya ini memafkan kesalahannya.

" I rasa bersalah sangat Am." Balas wanita itu lagi. " I betul dah maafkan you." Kata Tengku Amirul penuh ikhlas. " Kita jadi kawan ya?" Rina memegang tangan jejaka itu. " Ya, kita jadi kawan." Kata Amir. Tangannya dilarikan dari pegangan sang wanita. Wajah Zarina sedikit bekerut tetapi dia mampu mengawalnya. ' Mungkin hari ni kau menolak, tapi aku yakin lepas ni kau takkan menolak.' Kata hatinya penuh bongkak.

_________________________

" Assalamualaikum." Tengku Amirul melangkah memasuki rumahnya. " Waalaikumussalam." Husna menyalami suaminya. " Abang nak makan. Nanti Una panaskan lauk." Kata Husna. Tengku Amirul hanya tersenyum. " Sayangkan tengah tak sihat. Susahsusah sangat masak tu kenapa?" Tanya Tengku Amirul lalu memeluk isterinya daripada belakang. " Dah tak demam dah. Esok dah boleh masuk kerja dah bang ." Husna sudah biasa dengan sikap Tengku Amirul yang suka benar mengganggunya di dapur. Tengku Amirul meletakkan tangan di dahi isterinya. " Dah sihat konon. Badan panas lagi ada hati nak pergi kerja. Tak payah cuti seminggu lagi duduk dekat rumah sampai badan tu betul-betul sihat." Kata jejaka itu tegas, tapi masih lagi di dalam bahasa yang lembut.

Perangai jejaka ini yang dahulunya panas baran akhirnya dapat dihilangkan dengan kehadiran sang gadis. Kepandaian Husna dalam proses melembutkan hati suaminya menjadikan hidup mereka lebih bahagia. Tapi adakah kebahagiaan mereka mampu bertahan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience