BAB 45

Romance Completed 33954

Amarah itu merupakan ego yang mampu mendatangkan keburukkan. Kawallah amarah itu sebaiknya. Jadilah orang penyabar kerana kesabaran itu pasti akan ada hikmah disebaliknya.

________________________

Seminggu kemudian...

" Qai... Husna dah sedar?" Tanya Tengku Ibrahim. Sejak seminggu lepas soalan itulah yang sering muncul di bibirnya. Tengku Qairi menggeleng. Wajahnya tampak sungul dan terserlah kepenatan di wajahnya. " Pa...abang balik hari ni kan?" Tanya Tengku Qairi setelah mengingati hari kepulangan Tengku Amirul. " Aah ya la tu. Papa pun dah terlupa." Kata papanya sambil menggaru kepala yang tidak gatal.

" Nanti sekejap Qai." Panggil Tengku Ibrahim. Langkah anak muda itu terhenti seketika. Tengku Qairi menoleh. " Macam mana kita nak beritahu Am tentang hal ini?" Lelaki berusia itu semakin risau. Dengan keadaan menantunya, sungguh dia tidak mampu memikirkan penyelesaian akan hal tersebut.

" Tak apa lah pa. Qai tau lah macam mana nak buat." Kata Qairi lemah. " Kamu dah tau ke nak buat macam mana?" Tanya Tengku Ibrahim. Pertanyaannya di balas dengan gelengan sekali lagi. "

Bertuah punya budak. Ingatkan dan plan dari awal lagi. Cakap macam dah ada plan." Kata Tengku Ibrahim dengan nada sedikit rendah. Tengku Qairi tersenyum. Kelakar pula melihat gelagat bapanya itu.

_______________________

Sinar mentari seakan cahaya yang terlalu menyinar sehingga mampu membakar retina mata. Tangan diangkat bagi melindungi sepasang mata yang kesakitan. Semakin lama sepasang anugerah daripada Tuhan itu mula menyesuaikan diri dengan keadaan sekitarnya.

Asing benar kawasan itu. ' Adakah alam ini merupakan alam yang membezakan hidup dan mati sesuatu makhluk? Adakah aku mendiami suatu alam yang seluruhnya di huni oleh jasad yang tidak bernyawa? Adakah aku...?"

Pada mulanya ia kelam tapi bila difikirkan dek akal. Tiada apa yang asing segalanya dihiasi dengan warna putih yang serba sedikit memberi ketenangan di jiwa. " Aku di hospital." Katanya sambil tersenyum. Rasa geli hati datang menyapa.

*****

Tiba-tiba satu figura menyapanya. " Nurse." Katanya pendek. Kalau tak tahu siapa gerangan wanita berbaju biru memang sah dia gila. Dah dekat hospital tetapi tak tahu itu dah terlalu pelik. Dalam erti kata lain bengap.

" Puan dah sedar. Baguslah." Nurse yang memakai tag nama Lyna. Husna membalasnya dengan senyuman manis. Baik benar moodnya hari ini.

Jangan di sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Kegembiraan itu sering disusuli dengan dugaan. Kadangkala ianya memeritkan dan memenatkan. " Husna." Namanya diseru. Husna mengalih pandangannya. Titisan demi titisan membasahi pipi seorang insan yang ikhlas menyayangi seorang manusia.

Husna hanya tersenyum. 'Kalaulah itu Tengku Amirul." Bisiknya di dalam hati. " Alhamdulillah." Ucapan terindah itu muncul di bibir seorang Putera. " Hai Qai." Husna mengangkat tangannya.

Perasaan Tengku Qairi tidak mampu diluahkan dengan kata-kata.

Penantian selama seminggu yang memeritkan itu sudah berakhir. Sungguh dia gembira dapat melihat gadis itu tersenyum semula.

__________________________

" Assalamualaikum." Ucap Tengku Amirul lalu melangkah masuk ke rumahnya. Matanya melilau mencari figura yang cukup dibencinya kini. " HUSNA!!!!!" Jeritnya lantang. Malangnya panggilan itu tidak bersahut. Sungguh dia bengang. Hatinya kini sungguh sakit memikirkan kecurangan yang dilakukan oleh sang isteri.

Walaupun seminggu sudah berlalu, tetapi pana dihati tidak mampu dipadamkan. Ianya akan kekal membara membakar hati yang sungguh lara dan kecewa. Tali leher serta bagasi dicampak entah ke mana. Jejak sahaja di rumahnya yang dahulunya indah membuatkan hatinya lagi membara. Mengingati kisah dua muka yang berlaku di dalam rumah yang kononnya terbina dengan kasih sayang. Ianya rumah yang dihuni sang pembunuh kejam. Lamakelamaan mata yang kepenatan itu pun terpejam rapat. Sungguh letih memikirkan kekejaman seorang manusia.

_______________________

"Una tengok Qai diam jerr dari tadi. Una tak rasa Qai orangnya macam ni." Tanya Husna. Dia cuma terbaring kaku. Badannya masih tidak mampu menampung keadaannya yang masih lagi mempunyai kesan luka dan lebam-lebam itu. " Tak ada apalah Puteri." Qairi menjawab lembut. Sungguh dia buntu. Dia sungguh bingung memikirkan kata-kata tunangnya. Alya menyuruhnya untuk menceritakan segalanya kepada Husna apabila dia sedar.

Husna cuba untuk bangun. Walaupun badannya masih lagi terasa sengal dan sakit-sakit. Dia cuba menggerakkan kakinya untuk bangun. Tetapi malangnya urat sarafnya tidak mampu melakukan sedemikian rupa. Husna sedikit terkejut. " Qai." Husna memanggil Tengku Qairi yang sudah termenung jauh.

" Qai." Husna sudah mula teresak-esak. "Qaiiii~" Lirih sekali bunyinya. Qairi tersedar daripada lamunan panjangnya terkejut melihat Husna yang sudah menangis. " Qaii... Una....Una tak boleh gerakkan kaki Una." Husna mula meraung. Sungguh jerit menerima semua ni. Tengku Qairi kaku, dia cuba menenangkan wanita itu. Husna memaksa kakinya untuk bergerak, tetapi kini perutnya mula terasa sakit.

" Qai... baik Qai bagi tau. Apa yang jadi dekat Husna. " Husna mendesak lalu memegang lengan jejaka itu. Sakit di bahagian perutnya di tahan juga. " Qai!!!" Husna menjerit. Tengku Qairi yang sejak tadi terdiam tersentak. "Bagitahu aku apa yang berlaku." Husna mengganas.

"Una lumpuh." Kata Qairi. Husna sudah tentu arah. " Aku lumpuh...lumpuh." Jeritan Husna membuatkan dua orang jururawat masuk ke dalam wad itu. " Puan Husna tak boleh bergerak. Puan baru sahaja mengalami keguguran." Husna kelu, kaku. " Sa..saya...kegu..gu...ran?" Husna sudah tidak mampu menahan rasa pilu di hati. " Keguguran. Aku mengandung. Ya Allah, apakah yang telah aku lakukan." Husna meraung sekuat hati. Dia mula menjerit tidak tentu arah. Sunggu dia tidak mampu menerima hakikat yang memeritkan ini.

______________________

_____________________

" Hello." Kata Tengku Amirul di talian. " Am datang hospital sekarang." Kata Tengku Qairi di dalam talian. " Buat apa, aku baru jerr balik. Penatlah." Keluhnya. Suaranya sudah cukup menandakan yang dia baru sahaja tersedar daripada lenanya. " Datang cepat." Suara Tengku Qairi cukup tegas, membuatkan abangnya itu turuti juga kehendaknya.

*******

" Kau nak apa suruh aku datang tempat macam ni?" Tanya Tengku Amirul. " Masuk." Arah Tengku Qairi lalu membuka pintu bilik itu. "Husna." Bicara Tengku Amirul. Dia melihat salah seorang daripada jururawat wanita itu sedang memberi suntikan kepada Husna yang sejak tadi menjerit tidak tentu arah. Lama-kelamaan gadis itu akhirnya terbaring lemah.

" Kenapa dengan dia?" Kata-kata yang terbit daripada bibir lelaki itu cukup membuatkan Qairi terkejut. " Itu Husna Am...Husna...Isteri kau." Tengku Qairi cuba menyedarkan kembarnya. " Isteri apa yang curang belakang suaminya?" Kata Tengku Amirul sinis lalu memusingkan tubuhya untuk keluar daripada ruangan neraka itu. " Apa kau cakap ni Am. Am itu isteri kau. Isteri yang kau cintai dan sayangi seumur hidup kau. Husna tak pernah curang Am." Tengku Qairi memegang kedua-dua belah bahu abangnya lalu digoyangkan. Biar abangnya sedar akan apa yang telah dikatakan olehnya sebentar tadi.

"Aku tak pernah salah dalam bicara aku. Aku tau dia terlantar dekat hospital. Aku nampak. Dan aku yakin inilah balasan kepada dia yang sanggup menduakan aku." Tengku Amirul menolak tubuh Qairi membuatkan tubuh sasa adiknya terdorong kebelakang. " Am Husna tak curang. Dia tak curang Am. Dia sakit." Terang Qairi.

"Dia sakit? Kau cakap dia sakit? Kau bagitahu aku apa penyakit dia yang macam nak mati sangat tu?" Sinis sungguh perkataan yang keluar daripada mulut lelaki yang bergelar suami itu. " Dia lumpuh Am." Nada Tengku Qairi yang tadinya meninggi mula berubah kepada sayu. " Lumpuh jerr pon. Bukannya nazak pon. " Qairi tidak menyangka perkataan kesat itu keluar daripada mulut abangnya. Saat itu langkah Tengku Amirul sudah berlalu meninggalkan tempat itu.

"Husna keguguran." Kata-kata itu sudah cukup membuatkah langkah Tengku Amirul terhenti. " Gugur?" Tanyanya. dia serba sedikit berasa sedih mendengarnya. Tetapi kerana ego yang tinggi mengalahkan Gunung Himalaya membuatkan hatinya beku sebeku bekunya. " Baguslah. Sekurang-kurangnya anak luar nikah itu sudah mati." Langkah yang terhenti tadi sudah mula melangkah pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience