BAB 46

Romance Completed 33954

" Husna berehatlah dulu." Tengku Qairi menolak kerusi roda ke bilik tidur yang di sediakan buat Husna. " Qai...terima kasih." Kata Husna lembut. Tengku Qairi hanya mengangguk. Husna kini sudah keluar daripada hospital setelah dua minggu di rawat.

Kelopak matanya mula dipejam. Tetapi setiap kali matanya dipejam, pasti dia teringat akan kata-kata Tengku Amirul semasa melawatnya tempoh hari. Ianya sungguh memeritkan. Walaupun dalam keadaan separuh sedar, dia masih mampu menangkap baitbait perkataan yang tepancul daripada bibir suaminya.

*****

Sukar untuk menerima takdir yang telah tersurat buatnya. Kini nikmat yang dipinjamkan oleh Allah di ambil semula. " Aku redha Ya Allah. Aku redha." Itu lah apa yang sering meniti di bibir seorang gadis bernama Husna. Dia kehilangan seorang bayi yang bergelar anak dan dia sendiri tidak sedar akan kehadiran seorang insan di dalam tubuhnya. Saat-saat anaknya pergi, tangan seorang ibu tidak mampu mendokongnya walaupun ianya belum bernyawa. Pilu apabila kehilangan anugerah terindah itu cukup dirasai Husna, tetapi Allah lebih menyayangi zuriatnya.

__________________

" Am... kenapa kau jadi macam ni Am. Husna tak curang. Kenapa kau buat dia sampai macam tu sekali?" Dua minggu dia menjaga Husna di hospital bersama Alya. Malangnya batang hidung abangnya tidak pernah muncul melawat isterinya yang terlantar. Kini, apabila wanita itu pulang, Tengku Amirul sedikit pun tidak memandang mahupun mendekati Husna. Adakah ego dan amarah jejaka itu begitu meninggi sehingga mampu mengalahkan rasa cinta kepada seorang isteri?

"Kau tak tau apa-apa Qai. Kau janganlah nak tegakkan benang yang basah." Kata Tengku Amirul lemah. Dia baru sahaja pulang daripada membeli-belah bersama Zarina dan apabila pulang dia terpaksa mendengar leteran Qairi pula. Bertambah serabut kepalanya ini. " Am, kau ni dah kena ubat guna-guna dengan orang ke sampai jadi orang tak ada otak." Qairi sudah mula hilang sabar.

" Aku tak ada otak? DUA MINGGU AKU TAK ADA DEKAT RUMAH,

DUA MINGGU DIA CURANG DENGAN AKU, KAU TAU APA? AKU

CAKAP NI BUKAN CAKAP KOSONGLAH. AKU ADA BUKTI YANG

NYATA!!" Tengking Tengku Amirul. " Hei Am, Husna tu sakit, SAKIT. Seminggu dia terlantar dekat hosital masa kau tak ada. Apa yang tak kena dengan kau ni abang." Tengku Qairi masih lagi cuba untuk bertenang. " Dia terlantar dekat hospital tu seminggu jerr.

KAU TAU KE SEMINGGU SEBELUMNYA DIA BUAT APA? KAU

TAU KE? YANG KAU NAK PERTAHANKAN PEREMPUAN TU KENAPA? KAU TU MESTI INGAT, KAU DAH BERTUNANG!!!" Jari telunjuk Tengku Amirul tepat menunjuk ke a wajah adiknya. " KE

SEBAB HUSNA TU BEKAS KEKASIH KAU? KE KAU PERNAH

MERASA DIA JUGA? SEBAB TU KAU PERTAHANKAN DIA

MACAM NAK MATI!!!!!!!" Pedih, itulah yang dirasai oleh seseorang kini. Mendengar tuduhan berunsur fitnah itu menyebabkan hatinya berderai menjadi debu.

" SEDAR LAH TENGKU AMIRUL!" Jerit Tengku Qairi. Dia benarbenar hilang sabar. " Hei, apa yang bising-bising ni?" WajahTengku Ibrahim dan Mak Tini mula terpancul di muka pintu. " AKU BETULBETUL HILANG SABAR DENGAN KAU." Akhirnya satu tumbukan mengenai wajah Tengku Amirul. Di sebabkan tumbukan yang padu itu, amarah Tengku Amirul semakin marak. Dia mengenggam penumbuknya lalu membalas serangan adiknya tadi.

"SUDAH LAH!!!!!" Jeritan itu cukup untuk memberhentikan pergaduhan itu. " Abang~ Una tak sangka abang sanggup tuduh Una sebegitu rupa. Apa dosa Una pada abang?" Husna menolak kerusi rodanya lalu menggapai kaki sang suami. Pelukan kejap menyinggahi kaki Tengku Amirul seakan tidak mahu melepaskannya. " Pergilah engkau!!!" Tengku Amirul menepis membuatkan Husna terdorong ke belakang. Qairi yang bengang melihat tidakkan abangnya sudah menggenggam tangannya. " KAU MEMANG MELAMPAU!!!" Marah Qairi. Belum sempat satu lagi tumbukan singgah di wajah lelaki bergelar Amirul itu, Tengku Ibrahim telah menghalang. Dia memberi isyarat gelegan kepada Qairi tanda 'jangan masuk campur dengan urusan mereka'. Akhirnya lelaki itu mengalah.

"Abang, Husna tak pernah curang. Husna tetap sayangkan abang. Percayalan kata-kata Husna ini." Kali ini Husna memaut tangan sasa suaminya. Tengku Amirul sudah naik berang. " HEI, PEREMPUAN KEJI. TANGAN KAU YANG KOTOR TU TAK

SEPATUTNYA PEGANG TANGAN AKU. KAU MEMANG

MELAMPAU!!! AKU SAYANGKAN KAU MACAM NAK GILA, TAPI KAU? KAU CURANG DENGAN JANTAN LAIN. KAU TIDUR

DENGAN MEREKA, KAU MASIH LAGI NAK PERTAHANKAN DIRI

KAU YANG TAK SUCI INI?!!!" Tengking jejaka itu. Husna sudah menangis teresak-esak. "KAU MEMANG TAK GUNA!!AKU TANYA KAU MANA BUKTI HUSNA CURANG? MANA?" Tengku Qairi menyampuk. Sudah gila benar lelaki itu sampai sanggup melempar kata-kata kesat kepada isteri sendiri. Mak Tini dan Tengku Ibrahim tidak mampu berbuat apa-apa. Konflik di hadapan mereka ini sungguh besar.

" Kau nak bukti? Ini buktinya." Tengku Amirul menunjukkan gambargambar aksi yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang wanita begelar isteri. Tangan Husna menggigil melihat gambar-gambar tersebut. Begitu juga Tengku Qairi dan seluruh penghuni rumah itu.

" Abang itu fitnah!!!! FITNAH!!!!!" Husna menjerit. Dia memeluk tangan suaminya dengan kejap. " Benda depan mata kau nak kata fitnah?" Sinis sekali kata-kata suaminya. " Abang, mana kepercayaan abang pada Husna? Mana bang? Husna tak pernah tiduri mana-mana lelaki pun abang. Tak ada seorang pun.

Percayalah abang~" Rintih si isteri. " Oh, kalau kau tak pernah tiduri mana-mana lelaki, ABISTU ANAK YANG KAU GUGURKAN TU BUKAN ANAK HARAM KE?" Husna terperanjat mendengar bait kata yang meniti bibir si suami.

" Husna keguguran. Bukanya Husna yang minta kandungan itu digugurkan. Itu anak kita bang. ANAK KITA." Tangisan wanita itu semakin kuat. "KEGUGURAN? OH BAGUSLAH. SEKURANGKURANGNYA, ANAK HARAM TU MATI. DAN BAGUS JUGA SEBAB AKU SEDAR AKAN KECURANGAN KAU SELAMA NI.

KALAU TIDAK PASTI AKU BODOH-BODOH PERCAYA YANG ANAK HARAM TU ADALAH ANAK AKU. AKU BERSYUKUR SANGAT-SANGAT." Habis sahaja kata-kata yang dilemparkan olehnya, pipinya disinggahi satu tamparan kuat. Tamparan itu adalah daripada seorang bapa yang tidak percaya yang anaknya bergitu zalim sehingga sanggup menzalimi seorang isteri dengan menuduhnya melakuan kecurangan.

_____________________

"Hello abang." Bicara Zarina di dalam talian. "Ha? Biar betul ni abang? Ya, Rin ke sana sekarang." Zarina yang sedang sibuk berhibur di kelab sebentar tadi terus beredar pergi. Berita tentang umminya, membuatkan dia sungguh terperanjat.

*******

"Doktor, macam mana dengan keadaan ibu kami?" Tanya Ashyraf. " Puan Raudah mengalami kerosakkan buah pinggang. Buah pinggangnya di bahagian kiri tubuhnya telah rosak teruk dan perlu diganti dengan segera. Jikalau tidak, nyawanya mungkin..." Doktor itu tidak mampu menyambung kata-katanya. Zarina hanya beriak biasa, tetapi wajah Ashyraf sudah bertukar pucat. " Doktor cakap jerr berapa kos perubatan, saya akan bayar. Tapi tolonglah selamatkan ummi saya." Pohon Ashyraf. Dia sangat-sangat menyayangi ibunya itu. " Bukan itu masalahnya cik. Masalahnya ialah pihak hospital tidak mempunyai penderma buah pinggang." Terang doktor yang merawat Puan Raudah.

" Saya...saya boleh beri buah pinggang saya." Kata Ashyraf ikhlas.

Dia memandang wajah adiknya yang duduk disebelah. Wajahnya tampak bersahaja dan tidak menunjukkan riak sedih pun. Adakah dia datang ke hospital itu hanya untuk bersiar-siar dan menunjukkan wajah kepada umminya tanda dia menyanyangi wanita tua itu?

*************

Langkah Ashyraf mulai lemah. Lututnya tidak mampu menampung tubuhnya. " Rin..." Panggilnya lalu dia teduduk di kaki lima akibat kakinya tidak mampu menampung tubuhnya. " Kenapa ni abang?" Tanya Rina lalu menghampiri abangnya. "Apa doktor kata?" Tambah wanita itu lagi. " Buah pinggang abang tak sesuai buat ummi." Balas Ashyraf lemah. Dia buntu, dia tidak tahu bagaimana mahu membantu umminya yang tenat itu.

"Rin~" Dia memegang tangan satu-satunya adiknya. Zarina hanya mejengkitkan keningnya. " Rin tolong dermakan satu buah pinggang Rin untuk ummi ya." Pohon Ashyraf. " Tolong lah adik." Dia benar-benar tidak sanggup melihat penderitan yang dihadapi oleh ibunya itu. " Ha? Tak naklah Rin." Dalih Zarina. " Untuk ummi kita Rin...Tolonglah~" Pintanya. Zarina sudah berdiri. " Tak nak. RIN

LAGI SANGGUP TENGOK UMMI MATI DARIPADA BAGI BUAH PINGGANG RIN PADA UMMI." Kasar sekali bicara wanita itu.

" Rin, untuk ummi Rin. Abang sanggup beri Rin syer dalam syarikat abang pada Rin." Ashyraf masih lagi cuba untuk memujuk adiknya. " Baiklah. Abang janji dengan Rin, abang akan bagi seluruh syarikat abang ada Rin janji Rin sanggup mendermakan buah pinggang Rin pada ummi." Rintih Asyraf. "ABANG INGAT RIN NAK SANGAT KE DENGAN SYARIKAT ABANG TU. SYARIKAT TU PUN DAH

NAK BANKRUPT. ADA HATI NAK BAGI DEKAT RIN. RIN TAK PERLUKAN UMMI ATAUPUN SYARIKAT ABANG TU LAH. RIN

ADA ORANG YANG LAGI PENTING YANG BOLEH BAGI

KEKAYAAN YANG ABADI PADA RIN." Angkuh sungguh bicara wanita ini. "RIN!!!!" Jerit Ashyraf. Dia tidak mennyangka adiknya sanggup melemparkan kata-kata sebegitu rupa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience