BAB 28

Romance Completed 33954

"Husna bangunlah."Kata tengku Amirul sambil meggoncang tubuh wanita itu."Husna...hello~bangunlah cepat sayangku,intah payung permata emas perak yang tersayang."Mendengar sahaja ayat yang terkeluar daripada mulut Tengku Amirul,terus Husna bangun dari lenanya.Ayat sayang itu sungguh menyeramkan.

_________

Selesai solat berjamaah bersama,Husna terus melabuhkan tubuhnya di atas katil.Rasa malas sudah menguasai diri.Bagi dia 3 jam aja untuk tidur,lepastu dia akan bangun dengan tenaga yang maksima.Dia tahu rezeki takkan masuk kalau tidur lepas subuh.

Ni bukanlah kehendak dia,kalau diikutkan,memang dia mahu membuat sarapan,tapi semalam Tengku Amirul memaksanya untuk menonton movie

bersama hingga ke pagi.Bila matanya mula tertutup,lelaki itu akan terus menggeleteknya.Dahlah dia seorang yang penggeli.Akhirnya terpaksalah dia berjaga untuk menemani suaminya.

"Sayang,sayang....bagunlah.Saya nak sarapanlah."Tengku Amirul menggoncang tubuh wanita itu yang baru sahaja terlena."Sayang...Sayang!!!"Jeritan jejaka itu membuatkan Husna tersentak dan terus terduduk."Awak nak apa ni?"Tanya

Husna yang masih lagi mamai."Saya nak sarapan."Kata Tengku Amirul."Ala Mak Tinikan ada.Mesti dia dah masakan sarapan."Kata Husna lalu membaringkan tubuhnya semua.

'Eh minah ni,sesedap ikan masin dia aja.'Marah Tengku Amirul.Nak.rasa air tangan isteri pun susah."Awak masakan lah untuk saya.Kalau tak...."Tengku Amirul mula mengugut."Kalau tak apa?"Tanya Husna seakan mencabar jejaka itu."Kalau tak saya panggil awak sayang."Ugut jejaka itu.Bibirnya sudah memgukir senyuman jahat.

"Panggilah.Ingat saya kesah.Setakat panggil sayang..."Chuppp,Tengku Amirul terus mencium bibir gadis itu.Terbutang mata Husna yang pada mulanya dalam keadaan mamai."Panggilan 'sayang' saya lain tau"Kata jejaka itu.Bibirnya sudah tersenyum puas apabila dapat mengenakan gadis itu tadi.Padahal dia sendiri pun tak sangka yang dia akan melakukan perkara sedemikian rupa

Husna dapat merasakan mukanya sudah membahang.Dia memegang bibirnya,tak sangka yang jejaka itu senekat itu.Lepas ni,panggilan 'sayang' yang dikeluarkan oleh Tengku Amirul menjadi satu2nya perkara yang dia paling takutinya.

___________

"Ala dah sampai ke?Malasnya nak turun." Kata Husna sambil menguap.Buruk benor perangainya. Nasib baiklah depan cik suami,kalau depan orang lain,dah kene rejek nak buat bini.

"Habis tu,awak nak suruh saya angkat awak?" Tanya Tengku

Amirul yang sedang mengemaskan kemejanya. Cermin mata hitamnya yang disangkut di kolar baju di pakainya. Kali ini Husna mula terpegun.'Aku macam kenal aja lelaki yang sama macam laki aku bila pakai spek.'Kata Husna dalam hati."Tanduk dua serupa kot."Katanya sambil berjalan ke pintu keluar kapal terbang itu."Pelanduk dua serupalah!Haish kau ni,harap aja orang melayu peribahasa pun tunggang langgang.Tengok macam aku ni,lahir dekat london pon tahu peribahasa."Kata Tengku Amirul.Dia tidak sengaja mendengar omelan isterinya sebentar tadi.'Tanduk dua serupa?Apa-apa ajalah minah senget ni.'Kata hati jejaka itu."Eleh lahir dekat london apa kebendenya.Jangan nak merepek sangat."Perli Husna.Semahu-mahunya dia menutup malu yang semakin membelenggu dirinya.

"Hihihihi...gurau pun tak boleh ke sayang~?"Tengku Amirul mula merangkul pinggang gadis itu.Comel sungguh wajah isterinya bila malu.Ni rasa macam nak jatuh cintan ni.

*******

Setibanya di bilik hotel,Husna terus melompat ke atas katil empuk.Habis bunga ros yang ditaburkan di atas katil."Habis dah katil ni.Dah tak macam rupa katil dah."Tegur Tengku Amirul sambik menarik dua begasi di kedua-dua belah tangannya.

Ni semua pasal minah senget tu,tak pasal-pasal dia kene angkut sendiri barang-barang berat tu."Kenapanya.Alah awak saya ngantuk sangat lah. Thanks sebab angkut beg tu.Nah hadiah."Husna memberi flying kiss buat suami tercinta.Tergamam Tengku Amirul seketika,mukanya sudah mula membahang.'Ni lah sebab aku suka sangat kat dia ni'Detik hati kecilnya.

********

Husna mengalihkan tubuhnya ke sebelah kanan.Tiba-tiba nafasnya terasa sesak dan tubuhnya terasa berat.Dia mula memusingkan badanya ke kiri semula,tetapi kali ini badanya pula rasa dihimpit.

Matanya mula terbuka,kalau diikutkan hati,malas dia nak bukak mata,dah lama tak jadi burung hantu."Aaaaaaaaaaaaaa!!!!!"Husna menjerit nyaring.Tengku Amirul yang nyeyak diulik mimpi mula tersentak."Apa awak ni?"Kata Tengku Amirul dan mula mengemaskan pelukkannya."Lepaslah."Marah Husna.

"Untung saya peluk awak,kalau saya mintak benda lain baru tahu."Balas Tengku Amirul selamba.Husna mula diam.'Teruk jugak kalau dia mintak benda bukan-bukan.'Fikirnya."Awak lepaskanlah~"Rayu Husna.Tengku Amirul membalas dengan gelengan.

Husna hampir putus asa.'Ni yang aku tak suka ni.Cik Suami aku ni dah kene virus gatal lah tu.Hai lah nasib...orang bercuti nak berseronok,tapi sekarang aku tersangkut dalam pelukan hangat jejaka bertuah ni.'Omelnya sendirian.'Eh sekejap,Apa?Pelukan Hangat?Jejaka Handsome?Oh tidak apa dah jadi dengan aku ni!!!'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience