BAB 30

Romance Completed 33954

"Dah sampai..." Kata jejaka itu lantas keluar daripada kereta lexus ct200h yang disewanya. "Awak...awak!"Panggil Husna. "Apa dia?" Tanya jejaka itu. "Saya nak pergi Effile Tower, tapi kenapa awak bawak saya pergi dekat sini?" Husna sudah memuncungkan bibirnya.

"Bukan perempuan suka shopping ke?" Tanya Tengku Amirul lagi. Kali ini dia sudah mencapai pergelangan tangan isterinya. "Tapi bukan sayalah~Awak jom lah pergi tempat lain." Pinta Husna sambil menarik-narik lengan baju suaminya. Persis seorang kanak-kanak perempuan yang mahukan gula-gula.

"Kejap lagi ya sayang~ Saya nak pergi jumpa kawan lama sekejap." Lelaki itu terus menarik lengan isterinya. 'kawan lama?gf ke?atau bakal madu aku?' Pelbagai soalan pelik dan merepek mula muncul di benak wanita itu.

******

"Assalamualaikum bro. Apa khabar?" Ucap Tengku Amirul lalu menghulurkan salam kepada seseorang. 'Siapa pulak mamat ni?' Husna sudah mula tertanya-tanya. "Perkenalkan ini isteri aku." Kata Tengku Amirul lalu menarik bahu isterinya. Jejaka perancis itu menghadiahkan senyuman buat sang gadis,dan Husna turut membalasnya. 'Orang perancis cakap melayu...okay~paham.' Hatinya sudah mula berdialog.

"Lama aku tak jumpa kau. Kahwin pun tak jemput,sampai hati." Kata jejaka itu sambil mencebikkan bibirnya tanda merajuk. Husna kebingungan. Persoalan dibenaknya masih lagi tidak terjawab. "Can you stop talking for a awhile? My Mr.husband who is this francis guy?" Sedang enak dua manusia itu berbual, tiba-tiba datang orang ketiga yang mengganggu jejak kasih mereka.

"Opss sorry, ini Carl. Dia kawan baik saya masa saya belajar dekat London dulu. Dia orang perancis dan dia seorang mualaf. Dia belajar bahasa melayu dengan saya dan Qai masa dekat U dulu. Sekarang...dah terjawab semua persolan awak, my lovely wife?" Macam tahu-tahu aja Tengku Amirul, apa soalan yang semakin memenuhi minda isterinya. Mungkin ini dinamakan six sense untuk pasangan baru kahwin kot.

_____________________

"Cik Alya,awak sibuk tak hari ni?" Tanya Tengku Qairi yang muncul entah dari mana. Alya sudah mengurut dadanya. Kalau diikutkan hati, mahu saja di pukul jejaka ulat bulu dihadapanya itu.

"Saya sibuk kot hari ni." Dalih Alya. "Kot? Kot tu bagi saya maksud nya free tak pun sudi. Bagi saya lah. So, jom pergi dating!" Tengku Qairi sudah tersengih-sengih."

"Tengku saya tak mahu ikut boleh?" Pinta Alya. Segan pula mahu keluar dengan lelaki sekacak ini. 'Kacak?What kacak? Oh tidak hati aku dah membelot.' Omel hati gadis itu. "Cik Alya...kalau tak sudi jangan lah cakap depan-depan macam tu, jatuh repotasi saya tau." Jejaka itu mengahadiahkan sebuah senyuman paling indah buat gadis itu. Bukan senang nak tengok aset kekacakan yang tersembunyi dalam diri Tengku Qairi.

Sekali aset kekacakannya ditunjukkan, perempuan yang garang macam singa, yang keras hati macam batu semua cair. Kalau tak takkanlah dia dapat gelaran buaya emas hahahahaha.

Alya sudah terpaku. 'Aduhai hati~ cair jugak kau rupanya...' Hatinya mula berdialog. "So, jom teman saya pergi makan." Tengku Qairi menarik lengan wanita itu.

Tiba-tiba, dia berhenti dan melepaskan pergelangan tangan wanita tersebut. Sesedap spegeti dia aja, nak pegang-pegang anak dara orang. Alya juga mula sedar atas kelalaiannya membiarkan seorang lelaki memegang tangannya. Dia mula beristighfar.

"Maaf ya." Pinta Tengku Qairi. Apa? Ingat playboy terhandal macam dia tak tahu halal haram ke? Dia cuma tukar kekasih jerr. Belum pernah lagi dia buat kerja terkutuk yang di larang oleh agama. Lagi satu seplayboy-playboy dia pun, dia takkan pernah pegang tangan perempuan walaupun perempuan itu izinkan. Macam yang dikatakan, dia cuma bertukar kekasih, sebab tu dia di panggil playboy.

_________________

_________________

Husna mebelek-belek baju yang tergantung di hadapannya itu. Sesekali matanya menejeling ke arah suaminya yang sedang berbual-bual dengan temannya di restoran yang bertentangan dengan butik berkenaan. 'Ni lah lelaki, kalau dah jumpa kawan, lupa isteri. Sampai hati dia tak kisahkan aku.' Husna mengembungkan pipinya tanda marah.

Tanpa disengajakan dia terlanggar seseorang sewaktu berjalan menuju ke tempat pembayaran. " Ohhhhh Shi*. What are you looking at ha? Are you blind or you put your eyes at your knee?" Sinis sekali ayat yang disemburkan oleh wanita itu. Husna mahu membalas kata0kata kesat yang di ucapkan oleh mulut wanita yang tiada insurant itu. ( Sorry broken english)

Baru sahaja dia mengangkat muka, dia sudah terihat suatu figura yang sangat dikenalinya. 'Asal minah ni ada dekat sini. Punyalah banyak negara dekat dunia ni, asal lah aku jumpa dia dekat sini?' Husna menundukkan wajahnya. "I'm sorry." Setelah itu, Husna terus berlalu keluar dari butik iu. Mujur wanita tadi tidak melihat wajahnya. Kalau tidak memang meletus perang dunia ketiga.

Tak pasal-pasal baju yang mahu dibelinya di tinggalkan berteraburan di lantai macam tu aja. 'Maaf lah bukan tak mahu kemas baik. Tapi situasi aku sekarang tengah darurat.' Kata Husna separuh berbisik. Memang patut lah mata-mata semua pekerja tertacap kearahnya semasa dia tergesa-gesa keluar dari butik itu. Conferm lepas ni dia kena halau kalau masuk butik tu lagi. 'Haih lah nasib...' Keluh gadis itu lalu melangkah masuk ke restoran semula. Akhirnya kembali ke suami juga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience