BAB 44

Romance Completed 33954

Kegelapan itu sebenarnya sedang menanti akan sinar yang bakal meneranginya. Jangan sesekali kau berputus asa kerana perasaan itulah yang menjadi duri dalam daging setiap manusia. Berusahalah untuk terus hidup di bumi yang nyata dan bukan khayalan. Khayalan yang datang dari sebuah imaginasi tanpa tindakan untuk merialisasikannya.

________________________________

" Maaf, I betul-betul mintak maaf pada you. I sedar I salah." Kata Zarina. Lembut benar suaranya. " You mintak maaf? I tak sangka akan dengar perkataan maaf tu dari mulut you." Bicara Tengku Amirul sinis. Kalau diikutkan hatinya, mahu saja dia pulang ke Malaysia kerana tidak betah tinggal bersama wanita itu.

" I'm so sorry. I cuma nak berterus-terang. I taknak sembunyi. Isteri you mesti lagi sakit hati bila dia tahu kita sorokkan hubungan kita. Jadi lebih baik kita berterus-terang bukan?" Balas Zarina lagi. " Kita tak pernah ada apa-apa hubungan. You sedar tak Rina yang you dah sakitkan hati isteri I." Tengku Amirul naik berang. Zarina tersenyum sinis.

" You ingat isteri you akan sedih ke tengok gambar romantik you dengan I?" Zarina cuba untuk menyemarakkan lagi api kemarahan Tengku Amirul. " Apa maksud you?" Tengku Amirul semakin geram mendengar kata-kata wanita dihadapnya itu. " Isteri you lagi suka bila you curang. Sebab lepas ni dia dah tak perlu risau untuk fikirkan perasaan you. Dan kini dia juga berasa tenang sebab bukan dia sahaja yang curang tetapi you juga melakukan perkara yang sama." Kata Zarina. Di dalam hati dia sudah tergelak sakan melihat riak wajah Tengku Amirul yang mula bertukar kemerah-merahan dan menampakkan urat-urat yang kehijauan di lehernya.

" You cuba nak fitnah isteri I?" Tengku Amirul mengertap giginya. Dia yakin Husna tidak akan lakukan perkara itu. Terlalu yakin!

" You kata I cuba nak fitnah Husna? Hahahahahaha...you sedar tak isteri you tu taklah sebaik mana. I kenal sangat dengan perempuan tu. Suka berfoya-foya, pandai berlakon dan bijak dalam berkatakata. Mesti you tertanya-tanyakan kenapa I cakap macam tu?" Zarina membalas kata-kata Tengku Amirul dengan pesoalan. Malangnya persoalannya itu tidak dijawab oleh jejaka itu.

" I know you pon sebenarnya tertanya-tanyakan? Biar I bagitahu you. Husna tu adik I." Ayat yang keluar daripada mulut wanita itu cukup membuatkan Tengku Amirul terkejut. " Una tu...adik you." Lelaki itu mula menyoal. Zarina hanya membalas dengan anggukan. "Kalau dia adik you, kenapa you burukkan nama dia? Kenapa you nak hancurkan kebahagian dia dengan I?" Soal Tengku Amirul lagi.

" I just cakap apa yang betul. You tu kenal dia tak sampai setahun and you terus kahwin dengan dia. You tak kenal dia Tengku Amirul.Perkahwinan you dengan Husna baru setahun, dan tak bermakna you kenal dia sepenuhnya. I kakak dia Am, i know her better than you. Sebab I tinggal dengan dia lebih daripada you tinggal dengan dia. Dan satu lagi, I bukan nak hancurkan hubungan you berdua tapi I nak you sedar bahawa dia bukanlah wanita yang sama seperti yang you bayangkan. Dia penuh dengan penipuan." Jawab Zarina panjang.

" You tak ada bukti dan sekarang YOU BERANI NAK BURUKKAN NAMA HUSNA DEPAN I!!!" Suara lelaki itu sudah meninggi. Kemarahannya sudah memuncak. Kalau yang dihadapanya ini bukan berjantina perempuan, rasanya dia bakal menerima penumbuk sulungnya itu.

" You nak tuduh I tak ada bukti?" Jawab Zarina bernada sinis. Langsung tiada perasaan gerun dalam dirinya. Lagipun suatu hari nanti lelaki yang bergelar Tengku Amirul pasti menjadi miliknya. " Ini bukan bukti ke Tengku Amirul, sayang~." Zarina menunjukkan gambar yang dihantar ke telefonnya melalui applikasi whatsapp.

Tengku Amirul kelu. 'Benarkah kata wanita itu? Aku tidak menyangka dia sanggup melakukan hal tersebut kepadaku.' Akhirnya Tengku Amirul termakan dengan hasutan Zarina. "

KURANG AJAR KAU PEREMPUAN!!! TAK SANGKA DI

BELAKANG AKU KAU MENYUNDAL DENGAN LELAKI LAIN!!!"

Berang. Itulah perkara yang boleh digambarkan kini. Akibat terlalu marah, telefon milik Zarina habis remuk menyembah lantai.

Zarina sedikit cuak apabila melihat Iphone 6 miliknya menyembah simen. Perasaan menyesal memberikan Tengku Amirul memegang telefonya serba sedikit mula timbul. Tapi dia tidaklah terlalu kecewa. Dia masih lagi boleh membeli telefon yang baru dengan wang tetapi hati jejaka itu tidak boleh dibeli. Jadi dia lebih rela melihat telefonnya bekecai daripada hatinya berkecai apabila melihat Tengku Amirul bahagia bersama adiknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience