BAB 23

Romance Completed 33954

"Tapi pa~"Pohon Tengku Amirul.Sesekali matanya menjeling gadis yang masih kaku disebelahnya."No!!Am,dengarlah cakap papa kali ni.Jangan membantah.Kamu dah buat anak gadis orang macam tu,kamu tak nak bertanggungjawab."Kata Tengku Ibrahim tegas dan cukup menandakan yang dia tidak main-main kali ni."Tapi Tengku,itu hanya salah faham."Kata Husna setelah lama mendiamkan diri.

"Hello..a ya saya akan gerak ke sana sekarang.Thanks

Asrina."Kata Tengku Ibrahim di talian telefon."Kamu berdua nikah minggu depan.No excuse!Titik!"Kata Tengku Ibrahim lalu melangkah keluar daripada apartment tersebut.Husna memandang Tengku Amirul,begitu juga jejaka itu.

"Awak macam mana ni?"Tanya Husna.Risau.Dia tidak mahu kahwin di usia muda,ekonominya tak kukuh lagi,masak?entahlah,mungkinboleh,mungkin sebaliknya."Entahlah,kalau papa dah cakap macam tu,semua alasan pon dah tak laku."Balas lelaki itu.Dia sungguh rungsing dikala ini.Niatnya ke rumah wanita itu,untuk pulangkan handphone yang sudah lama dia simpan.

"Yang awak datang rumah saya pepagi ni kenapa?Kan tak pasalpasal kita kena kahwin."Marah Husna,suaranya sudah bertukar agak tinggi.Tengku Amirul mengeluarkan Iphone wanita itu dari poket seluarnya."Saya nak pulangkan ni."Katanya lalu mehulurkan gajet tersebut.Husna menyambut huluran jejaka itu."Macam mana ada pada awak?"Tanya Husna lagi.Nasib baik hp dia tak apa2.'Cik Iphone,kau okay?.'Husna membelek hpnya takut2 ada calar atau sebarang kecacatan."Awak tertinggal dalam kereta saya,masa kita pergi minum petang hari tu."

"Now,macam mana sekarang."Tanya Tengku Amirul pula.Kalau boleh dia mahu selesaian hal ini secepat mungkin."Macam mana apa?"Tanya Husna pula.Minah ni kalau dah dapat barang yang dicari,semua benda di lupa."Kita nak buat apa sekarang?Awak nak kahwin dengan saya ke?""Nak buat macam mana?"Kata Husna seakan pasrah.'Apa salahnya kahwin dengan mamat sengal macam dia.Handsome pun handsome.Kaya pon kaya.'Husna mula bermonolog.Sebenarnya dia malas mahu berfikir panjang.Otaknya dah cukup serabut,dia tidak mahu menyerabutkannya lagi.

Jika memang itu takdirnya,dia tak boleh tolak.Lagipun,mungkin semua kejadian ni ada hikmahnya.(Positif gilerrr minah ni)"Awak jangan kata awak nak kahwin dengan saya?"Teka Tengku Amirul.Gadis itu membalasnya dengan anggukan."Tapi bukan sebab saya nak harta awak atau nak balas dendam ke apa.Cuma saya malas nak besarkan masalah ni.Jadi jangan buat cerita ni macam cerita novel.Ada kontrak,ada sesi masam muka lepas kawin,seksa menyeksa,dan paling penting saya tak hingin dengan harta awak."Kata Husna.

Terlopong Tengku Amirul mendengarnya.Memang persoalan itu lah yang muncul di benaknya."Ha satu lagi,Insyaallah saya akan pupuk perasaan sayang terhadap awak.Jangan tanya saya kenapa saya pasrah sangat."Sambung gadis itu lagi.Dan itulah soalan yang ingin diajukan oleh Tengku Amirul sesaat tadi.'Perempuan ni ada kuasa telipati ke?'Soal hatinya.

"Okay.Saya terima,kita usaha pupuk perasaan tu ya."Tengku Amirul juga ikut pasrah.Tiada istilah kebetulan dalam dunia ni.Itu semua takdir dan mungkin ini takdir yang harus dia terima."Okay."Jawab Husna,matanya sudah kembali layu."Awak,bailiklah.Saya nak tido ni."Kata Husna dia menolak tubuh lelaki itu dengan bantal."Dah tengah hari lah,buat apa tido.Lagipun ni rumah saya."Tengku Amirul sudah memulakan sesi sakat menyakat.Nak pupuk kasih sayang~.

"Baik awak pergi,tadi dah kena tangkap dengan papa awak.Sekarang awak nak kena tangkap dengan Jabatan Agama Islam pulak."Kata Husna selamba,Dia cukup2 mengantuk,seinggakan dia sendiri pun dah tak tahu apa yang dia cakap.Dengar perkataan JAI,Tengku Amirul cepat2 berlalu keluar dari rumah itu.Karang datang betu2l,habis muka handsomenya masuk newspaper.

**************

"APA?BIAR BETUL!!!!"Tengku Qairi dan Indah seakan tidak percaya dengan berita yang mereka dapat tahu daripada mulut papa mereka sendiri."Pa~Una tu crush Qailah.Mana boleh dia kawin dengan Am.Pa~batalkanlah."Pohon Qairi.Hancur luluh hatinya apabila mendengar berita tersebut."Pa~entah2 perempuan tu nak perangkap abang kot."Teka Indah pula.Hatinya cukup panas kali ini.Entah apa yang wanita itu rancangkan.

"Am,kau cakaplah dengan papa yang Puteri tu crush aku.Ala ~aku baru plan nak lamar dia esok.'Terselah perangai kebudakbudakkannya.Tapi,di sebalik semua itu,hatinya sakit dan tidak mampu menerima kenyataan yang Puteri akan menjadi kakak iparnya."Am cakaplah,kau takkan kawin dengan dia kan?'Paksa Qairi lagi."Maafkan aku Qai"Kata Amir.

Dia tidak mampu melakukan apa2 kali ini.Papanya sudah nekad."Dah Qai,jangan nak berdramaking dekat sini.papa tahu kamu tu suka sangat2 main2.kalau tak ada si Puteri kamu tu pun, kamu boleh cari 'puteri' lain."Habis rosak plan Qai."Qairi mula memuncungkan mulutnya tanda merajuk.

**********

"Am, aku tahu kau bukan orang yang dengar kata lagi2 dengan papa."kata Qairi.Dia membaringkan tubuhya di atas katil di dalam bilik abangnya."Kalau ikutkan hati aku nak tolak,tapi aku dapat rasa papa takkan terima punya alasan aku."kali ini Tengku Amirul pula yang melabuhkan tubunya diatas katil empuk miliknya.

"Puteri pulak macam mana?Takkan dia terima macam tu jerr?"Tanyanya lagi.Mungkin hatinya akan jadi lebih lega bila tahu jawapan wanita itu."Dia pasrah.Dia siap kata,dia nak cuba belajar pupuk kasih sayang terhadap aku lagi."Jawab Am pula.

Sob....sob..sob

Amir memalingkan kepalanya.Dia memandang wajah kembarnya.'Dah kenapa dengan mamat ni'.Qai menutup wajahnya.Hatinya kini sangat2 sakit.Patutnya,dari dulu lagi dia patut berterus terang.Sekarang dia mula menyesali kesalahannya.Ia seakan keasalahan yang paling besar yang dia pernah lakukan. "Maafkan aku."Pinta Amir.Perasaan bersalah semakin membelenggu dirinya."Tak payah mintak maaf.Kau cuma perlu janji dengan aku yang kau akan jaga Puteri aku.Sayang dan cintakan dia lebih daripada aku."Kata Qairi sambil mengesat air matanya.Biarlah orang nak kata dia kememeh ke apa.Dah dia nak nangis suka hati dialah.

Bagi Amir pula ni bukanlah perkara pelik baginya apabila melihat adiknya yang berusia 25 tahun itu menangis.Lagipun,kembarnya itu masih lagi menagis masa umurnya 16 tahun disebabkan fobianya terhadap darah.Tapi sekarang fobia itu dah hilang,mungkin ditelan usia.

"Lagi satu,kalau kau pukul dia atau gantung dia tak bertali macam cerita novel or drama aku tak teragak-agak rampas dia dari kau."Qairi suah memberi amaran.Amir hanya membalas dengan anggukan.'Macam ayat Husna aja'Omel Amir.Dia takkan berani lakukan begitu kerana dia tahu yang kembarnya itu memang akan lakukan sama seperti yang dia katakan.Dia boleh lihat perasaan kasih dan cinta Qairi terhadap Husna,kalaulah dia boleh membantah habis-habisan.

Tapi dirinya sendiri tidak tahu kenapa dia tidak menolak pemintaan a.k.a arahan papanya.Hati ini juga seakan sudah pasrah.Kalau dahulu dia sering membantah tapi kenapa tidak kini?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience