BAB 33

Romance Completed 33954

Alya menarik kerusi di sebelah ibunya. Matanya tertacap akan figura di hadapan yang kini benar-benar mencabar kesabarannya. 'Benci betullah' Jeritnya di dalam hati.

Tengku Qairi yang melihat pandangan Sang Harimau di hadapannya, terkedu. 'Matilah aku kali ni.' Tanpa sedar, dia berusaha menutup gentar di hati. Mana taknya, manusia di hadapanya sudah siap sedia untuk menerkamnya.

Angkat aja muka, mata Tengku Qairi mesti bertemu dengan jelingan sang gadis. Bukan sekali, dua tiga kali jugak matanya terserempak dengan jelingan maut Si Alya. Tak sangka garang betul gadis di hadapannya. Tapi dan namanya 'cinta' semua benda jadi indah.

________________

"Awak kata nak ajak Dinner, sekarang ni yang Tengku pergu datang rumah saya ni kenapa?" Tanya Alya yang cuba menahan amarahnya. Kalau di ikutkan hati, sekarang jugak dia cekik-cekik lelaki dihadapannya itu.

"Ni kan dinner jugakkan...Janganlah serious sangat." Kata Si Jejaka sambil melemparkan senyuman. "Dinnerlah sangat. Benci betullah dengan awak ni. Lain kali cakaplah!" Semburnya lagi, kini suaranya semakin meninggi.

"Ini lah dinnernya sayang. Inilah apa yang saya nak bagitahu."

Jawabnya lagi. Tak makan saman betul mamat ni. "Tak cakap pun.

Abah saya jarang ajak lelaki datang rumah." Kata Alya sambil memegang dagunya, gaya detektif. 'Comel betul.' Detik hati Qairi.

"Mungkin saya insan terpilih kot~" Katanya, lalu mengerdipkan mata kanannya. "Awak guna-gunakan ayah saya eaaa?" Tanya Alya. "Awak ingat saya ni apa? Nak jumpa Tok Bomoh bagai. Zaman dah moden lah cik adik oii. Lagipun buat apa lah saya pergi masjid, kalau saya pakai ubat guna-guna. Conferm tak mujarab." Amboi Qairi...memandai betul kau ni. Kalau ada bomoh yang dengar, tak memasal kau yang dibomohkannya.

________________________

Setelah seminggu menetap di negara orang, kini tibalah masanya mereka pulang ke tanah air. "Ahhhhhhh penatnya." Keluh Husna sebaik saja menjejakkan kaki ke rumah mereka.

"Aikk asal macam tak ada orang aja ni? Baru seminggu pergi, takkan dah lupa kat aku kot?" Bebel Husna. Enth kenapa sejak pulang dari percutiannya, dia menjadi orang yang banyak mulut a.k.a kuat membebel.

"Papa tak ada outstation, Qai pulak...emmm kemanalah budak tu pergi ya?" Husna sedikit tersentak apabila suaminya tiba-tiba muncul di belakangnya.

"Awak, nak tanya boleh?" Kata Husna sambil mengeluarkan pakaian-pakaian kotor daripada begasii mereka. Penat-penat jugak, keje tetap kene buat. "Apa dia." Balas Tengku Amirul separuh sedar. Matanya mula terasa berat. "Qairi tu sama umur dengan awakkan? Dia cousin awak ke? Kenapa dia duduk dekat sini, tak duduk dengan keluarga dia?" Husna menghampiri lelaki itu lalu melabuhkan tubuhnya di atas katil empuk milik suaminya.

Tengku Amirul menepuk-nepuk lengannya. Husna memandang suaminya lalu meletakkan kepalanya dia atas lengan suaminya. "Awak ni bebal betullah." Kata Tengku Amirul sambil ketawa. Husna tidak puas hati dengan panggilan 'bebal' yang diberikan oleh suaminya. "Okay-okay jangan marah. Sorry okay."

"Qai tu kembar sayalah." 4 patah perkataan itu sudah cukup membuatkan Husna terbangun daripada pembaringannya. "Awak biar betul?" Husna seakan tidak percaya dengan apa yang baru sahaja didengarnya.

"Takkan saya nak tipu awak? Eh papa tak bagi tau awak lagi ke?" Tanya Tengku Amirul. Pelik, takkanlah isterinya itu tidak tahu pasal hal tersebut, dah tinggal serumah takkan lah tak dapat cam lagi. "Manalah saya tahu,Lagipun awak berdua berbeza , bagai buaya dengan harimau, bagai helang dengan arnab dan bagai langit dengan bumi.' Kata Husna selmab. Husna-husna, kau ni kalau tak guna peribahasa yang bukan-bukan memang tak sah. Kalau cikgu BM kau dengar, tak pasal-pasal kau kene belajar balik dari tadika. BM hancur.

" Awak samakan saya dengan binatang?" Suara Amirul sedikit meninggi. "Bukan macam tu, kan perumpamaan jer." Kata Husna selamba, tanpa sedar kata-katanya telah menyebabkan mata SI Helang tetacap kepadanya.

Husna memandang suaminya. "Ah sudah...Aku tersalah calkap ke? Kau ni mulut, suka sangat cakap main lepas.; Marah Husna. Dia sedar yang mata helang milik lelaki itu menandakan lelaki itu tidak suka dengan jawapannya. "Awak...awak janganlah marah saya, saya tak sengaja. Sayang oooooo sayang." Panggil Husna dengan suara yang sengaja dilembutkan tanda memujuk. Tengku Amirul masih membisu dah berpura-pura tidur.

"Sayang...."Panggil Husna buat kali kedua. "Sayang......"

Panggilnya buat kali ketiga. Husna semakin hilang sabar." Sayang,sayang,sayang,sayang,sayang,sayang,sayang,sayang....." Husna menggoncang tubuh suaminya. Tengku Amirul mengalah. Kalau dibiarkan, mahunya tergolek ke bawah katil. Cium lantai lah jawabnya.

Amirul terus menukar posisinya lalu memandang wajah isteri tercinta. Husna sudah mengembungkan pipinya tanda marah." Sayang abang ni merajuk pulak..." Pujuk Tengku Amirul. Geram sungguh melihat pipi isterinya itu. Di sebabkan terlalu geram dengan isterinya, akhirnya Tengku Amirul mencubit pipi gebu Sang

Isteri.

"Auchhhhh" Jerit Husna kesakitan. Diusap pipinya yang semakin memerah. "Buat lagi pipi macam tu. Nasib baik saya cubit, kalau saya cium baru tau." Kata Tengku Amirul sekan mengugut. "Cium lah kalau berani...cium,cium,cium,ci........"Husna Terkaku. Berani lagi mencabar, kan sudah menyesal tak sudah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience