BAB 49

Romance Completed 33954

"Papa." Panggil Tengku Amirul. Tengku Ibrahim memandang wajah anak terunanya itu. " Am." Sahutnya. Dia tidak menyangka Tengku Amirul datang di saat-saat terakhir ini. "Pa...maafkan Am. Maafkan

Am. Qai." Air mata kekesalan mula menitis membasahi wajahnya. " Qairi mengghampiri tubuh abangnya lalu pelukan hangat diberikan. " Aku minta maaf juga." Pinta Qairi ikhlas.

" Kenapa semua nampak sedih jer?" Tanya Ashyraf. Wajah Farhan dan maknya tampak sunggul sekali. Begitu juga dengan tunang Qairi. " Husna." Balas Farhan. " Kenapa dengan Husna?" Tengku Amirul mula gusar mendengar nama isterinya meniti di bibir Farhan. " Husna tenat." Sambung Qairi. " Ya Allah." Tengku Amirul sekali lagi terduduk. Lututnya begitu lemah untuk terus berdiri.

_________________________

" Ash." Panggi Puan Raudah lemah. " Alhamdulillah ummi dah sedar." Kata Ashyraf lalu mengenggam tangan tua itu. Wajahnya masih dibasahi air mata. " Ummi dah okey lah. Jangan menangis ya." Tangan tua itu diangkat lalu mengesat air mata anaknya . " Terima kasih sebab selamatkan ummi." Katanya. Ashyraf bingung. " Ummi bukan Ash yang derma buah pinggang Ash buat ummi. Buah pinggang Ash tak sesuai dengan ummi." Beritahunya ikhlas. Dia sungguh bersyukur pabila jururawat memberitahu bahawa umminya sudah sedar. " Kalau bukan Ash. Mesti Zarina kan?" Tanyanya. Baik sungguh hati anak perempuannya itu. Sedegil-degil Zarina, dia masih sanggup berkorban buatnya. " Ummi bukan Rin yang demakan buah pinggang buat ummi." Ashyraf kini hanya mahu menyampaikan suatu kebenaran yang sepatutnya umminya tahu. Anak yang di benci oleh umminya itulah yang sanggup berkorban buat ibu yang bukan melahirkannya. " Habis tu?" Puan Raudah mulai pelik. Dia tidak mempunyai anak lain selain Zarina dan Ashyraf. Siapakah manusia yang berhati mulia itu?

" Una ummi. Husna." Bait nama itu terpancul jua daripada bibirnya. " Husna. Budak tak sedar diri tu?" Ashyraf terkejut mendengar katakata yang keluar daripada mulut umminya. " Ummi, ummi tahu tak, budak yang ummi cakap tak sedar diri tu adalah orang yang sanggup mendermakan buah pinggangnya buat ummi. Budak yang ummi gelar anak haram tu adalah orang yang sanggup memberikan sesuatu yang berharga buat umminya. Buat orang yang bukan melahirkannya, orang yang tidak pernah menghargainya dan buat orang yang menolak kehadirannya di bumi ini. Sedarlah ummi, banyak Husna telah gadaikan buat kita. Rin yang ummi banggakan tu, dah lama masuk lokap sebab membunuh. Anak macam tu yang ummi mahu banggakan? Anak yang sikit pun tidak ambil peduli akan ibunya yang terlantar sakit. Anak macam tu ke yang ummi banggakan sepanjang hayat ummi?" Ashyraf tidak berniat mahu meninggikan suaranya kepada wanita tua itu tetapi ibunya mesti sedar akan kesalahannya sendiri.

"Ash." Titisan-titisan air mata mula membasahi wajah tua itu. "

Macam mana dengan Husna?" Sesungguhnya dia berasa sungguh bersalah dengan apa yang telah dia lakukan dengan gadis itu. Segala kesalahan yang pernah dilakukan mula muncul di fikirannya. Kejam sungguh apa yang telah dilakukannya dahulu. Dia seksa hati gadis itu. ' Ya Allah, kau maafkanlah dosa aku kepada anakku itu.' Pohonya di dalam hati.

" Husna tenat ummi." Berat sekali mulutnya untuk memberitahu hal tersebut kepada umminya. " Tenat?" Kata Puan Raudah. " Ya Allah, apa yang telah aku lakukan. Ash ummi nak jumpa Husna. Ash bawa ummi. Ummi mesti mintak ampun ada dia. Ummi seksa dia sepanjang hidup dia, ummi halau dia, ummi buang dia macam sampah. Ya Allah, kau ampunilah aku! Betapa besarnya dosa ummi pada dia, Ash." Raungnya. Sungguh dia rasa berdosa memperlakukan sedemikian rupa kepada gadis itu. Dia tidak menyangka sampah yang dibuang dahulu merupakan intah yang sungguh berharga. Yang tidak mampu dibeli dengan wang ringgit, hanya ada satu dalam sejuta.

__________________________

" Sayang...bangunlah sayang." Tangis Tengku Amirul. " Abang datang ni sayang. Una, Una tak nak tengok muka abang ke? Maafkan abang Una. Maafkan abang!" Raung Tengku Amirul. Kesedihannya kini tidak dapat dibendung lagi. Betapa besarnya dosanya yang sanggup menuduh isterinya sendiri melakukan zina. Dia tak mampu hidup dengan menanggung dosa itu.

" Una." Nama isterinya yang diseru oleh seseorang, menyebabkan

Tengku Amirul berkalih. Begitu juga dengan yang lainnya. " Ni ummi Husna kan?" Tanya Qairi. Petanyaan itu di balas dengan anggukan oleh Ashyraf.

" Una banggunlah nak, bangunlah. Ummi datang ni." Kata Puan Raudah. Pilu hatinya melihat keadaan anaknya kini. " Bagunlah sayang, ummi datang sayang." Kini Tengk Amirul pula yang cuba untuk mengejutkan isterinya yang terbaring kaku dengan mata yang terpenjam rapat.

" Maafkan ummi, Una. Ummi bersalah. Ummi seksa Una, Ummi buang Una ummi minta maaf." Katanya lagi. Sungguh hatinya pilu melihat anaknya yang kaku tidak bergerak. Air jernih akhirnya jatuh membasahi wajah gadis itu. Puan Raudah yang sedar akan ada air jernih yang jatuh di atas tangannya memandang wajah mulus gadis itu. Dia dapat melihat titisan mutiara yang mula terbit di tubir mata Husna. Akhirnya tangan tua itu memegang jua wajah yang dahulunya dibencinya. Tangannya mengesat air mata yang jatuh sehingga hilang kesannya.

Kini alat pengesan degupan jantung tidak lagi menunjukkan menunjukkan denyutan jantung Husna malah hanya garisan panjang yang terpapar di skrin. Adakah ini kebahagiaan bagi seorang wanita yang selama ini berusaha mencarinya? Adakah segalanya telah berakhir? Akhirnya tiada lagi seorang insan yang mempunyai senyuman terindah di bumi ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience