BAB 42

Romance Completed 33954

" Assalamualaikum Qai. Ada apa telefon malam-malam ni." Kata

Husna di dalam talian. Dia baru sahaja pulang daripada kerja. " Waalaikumussalam. Puteri ni saya nak tanya pasal document project Riusa Holding tu." Kata Tengku Qairi. Dia perlu bersiap sedia untuk mesyuarat esok pagi. " Qai dekat mana sekarang. Nanti saya hantar." Kata Husna. " Qai ada dengan Royal

Restaurant. Puteri mesti tahu kat manakan? Qai tunggu sini dengan Alya ya." Balas Qairi. Husna tidak menjawab disebabkan dia terdengar bunyi nyaring yang datang daripada tingkat bawah rumahnya.

'Mungkin rumah sebelah kot.' Pikir Husna. " Puteri..." Panggil Qairi. " Dating dengan Alya ke?" Tanya Husna. Dia dapat mendengar gelakkan Tengku Qairi dari dalam telefon. Tiba-tiba........

Mulutnya ditekup daripada belakang. Husna cuba melepaskan diri dengan menggigit tangan makhluk yang menekupnya itu.

"TOLONG!!!!" Husna menjerit sekuat hati. "Hello... Puteri...Puteri!!!"

Qairi yang mendengar jeritan itu semakin panik. " Kenapa ni Qai?" Tanya Alya yang perasan akan perubahan mendadak tunangnya daripada ketawa terbahak-bahak kepada reaksi risau dan terkejut itu.

" Jom, kita pergi rumah Puteri. Dia dalam bahaya." Itulah apa yang dirasai oleh perasaanya kini. Alya yang mendengar kata-kata Tengku Qairi turut berkongsi perasaan yang sama.

__________________

Husna sedang bergelut dengan dua orang manusia yang bertopeng . Dia menghantukkan kepalanya kepada muka manusia yang memegangnya itu. Husna yang mempunyai latar belakang seni pertahankan diri serba sedikit tahu akan cara mempertahankan dirinya. Syukurlah dia dapat mengawal sedikit rasa gerunnya dan nasibnya juga baik kerana dia memakai seluar pada hari itu.

Husna sedar akan bahaya yang akan dihadapinya cuma itu sahaja yang mampu dia lakukan. "Kau nak lawan aku ke perempuan?" Tanya salah seorang daripada lelaki yang bertopeng itu. Lelaki bertopeng yang berada di sebelah rakannya tadi telah mula menghampiri Husna.

Dia cuba menumbuk badan wanita itu tetapi Husna sempat mengelak serangan itu. Lalu dia membalas dengan tumbukan dan tendangan tepat ke arah bahagian abdomen lelaki yang cuba menyerangnya tadi. " Celaka kau perempuan!!" Seorang lagi lelaki yang pada mulanya menyaksikan pertarungan rakannya dengan Husna kini mula menyerang wanita itu. Husna berjaya mengelak tetapi sayang lelaki itu sempat menarik tudungnya dan menyebabkan dia jatuh ke lantai.

"Cantik juga engkau ni." Kata kedua-dua lelaki itu. Mereka mula dikuasai oleh nafsu serakah. Badan Husna mula menggigil. Dia cuba mengumpul kekuatan yang ada bagi melindungi maruahnya. Dua jejaka itu sudah menghampirinya dan pergerakkannya sudah dikunci oleh mereka. Husna ketakutan. ' Ya Allah, kau lindungilah aku.' Pintanya di dalam hati.

Dengan kudrat yang ada Husna menendang salah satu daripada lelaki yang bertopeng itu. Serangannya tadi telah berjaya mematahkan pertahanan yang dibuat oleh kedua-dua lelaki tersebut. Husna bangkit dengan tenaga yang ada, cuba mengantur langkah untuk melarikan diri.

Seorang lagi penjenayah tadi memegang tanganya dengan kuat dan Husna melepaskan dirinya dengan tendangan padu tepat mengenai muka manusia yang bergelar lelaki itu. " Kurang AJAR KAU!!!!!" Jeritnya. Husna mengambil peluang berlari keluar daripada biliknya.

Sayangnya, lelaki-lelaki itu berjaya menangkapnya sewaktu dia menuruni anak tangga. " AKU TAK KISAH KALAU AKU TAK

DAPAT MERASA KAU TETAPI SEKURANG-KURANGNYA AKU

AKAN PASTIKAN KAU MATI PEREMPUAN!!!!!!!!!!" Jerkah lelaki itu. Sungguh dia bengang apabila seorang perempuan berjaya meninggalkan kesakitan kepada tubuhnya. Kewibawaannya sebagai lelaki sudah tercalar dek kerana pukulan seorang wanita. Amarahnya sudah sampai ke tahap yang tinggi sehingga mampu mengalahkan nafsunya. Apa yang dia tahu wanita di depannya kini harus MATI.

Lelaki yang menangkap Husna mencapakkan tubuh genit itu ke lantai menyebabkan Husna merintih kesakitan. Selapas itu, kepalanya ditarik ke dinding lalu dihantukkan dengan kuat beberapa kali. " Allahuakbar." Itulah laungan yang dikeluarkan daripada mulut seorang wanita yang disakiti oleh manusia yang bergelar haiwan.

" KAU JERIT MACAM MANA PUN, BUKANNYA TUHAN KAU

MAMPU TOLONG KAU PON." Kata salah seorang lelaki itu dengan angkuhnya. Kini badan genit itu ditendang berkali-kali. 'Aku tak boleh mengalah.' Kata Husna di dalam hati. Dia cuba berdiri dalam keadaan yang cedera parah.

Kali ini, lelaki itu menampar wajah Husna apabila dia perasan bahawa wanita di depannya cuba untuk bangun. " ALLAHU AKBAR!!!" Laung Husna dengan kuat lalu menolak tubuh lelaki itu sedaya yang boleh. " KAU MEMANG NAK MAMPUS SANGAT KAN?" Akhirnya badan Husna di tolak dengan kuat sehingga menyebabkan tubuh Husna terdorong ke belakang dan akhirnya terguling-guling menuruni anak-anak tangga. Tidak cukup dengan itu dua lelaki itu menumbuk perutnya dan menendang tubuhnya sehingga mereka puas.

Kali ini dia sudah tidak berdaya. Segala tubuhnya sudah tidak mampu digerakkan.

************************************

Kesakitan itu bukan dapat dirasai daripada fizikal sahaja tetapi hati dan perasaan juga mampu merasainya. Sesungguhnya kesakitan itu pasti ada ubatnya. Tabahkanlah hati dan percayalah kesakitan itu juga pasti diganti dengan kebahagiaan pada penghujungnya. Ingatlah jangan putus asa untuk terus berdoa. Kerana Allah itu Maha Mendengar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience