Bab 33

Romance Series 36174

"Kat sini rupanya kau." ujar datin Maria lalu duduk bersama Raisha semeja dengan aku yang berseorangan makan di sebuah restoran.

"Datin nak apa lagi? Naura rasa Naura dah tak ganggu hidup datin." Soalku acuh tak acuh sahaja.

"What! Tak ganggu hidup aku? Kau dah lupa ke janji kau? Kenapa kau berani munculkan diri kau depan anak aku?" soal Datin Maria dengan penuh amarah.

"Dia suami Naura jadi apa salahnya? Bukan ke tempat seorang isteri itu disisi suaminya walau apa pun keadaan. Dan Naura yakin datin lebih tahu tentang tu." jawabku sambil menghirup jus yang diberikan oleh pelayan. Boleh kering tekak aku berdebat dengan dua orang ni.

"Eh perempuan, kau kena ingat Izz tu bakal suami aku. Kitaorang bakal kahwin lagi berapa hari je lagi dan Izz akan ceraikan kau. So better kau berambus dari hidup Izz!" ujar Raisha dengan penuh kebencian.

"Oh yeke? Tahniah la kalau macam tu? Nanti majlis kau nak aku datang ke? Ke nak aku jadi pengapit kau pun boleh juga. Ouh lagi satu , nanti majlis kau tu buat besar-besar biar satu dunia tahu baru gempak." perliku lalu terus bangun dari meja yang penuh dengan keserabukan.

" Kau sebenarnya cemburu kan dengan aku!" marah Raisha sambil berdiri sekali setelah aku berdiri. Semua mata dalam restoran terarah kepada aku dan Raisha begitu juga datin Maria.

"Buat apa aku nak cemburu kalau aku dah ada lebih dari kau. Aku rasa kau yang cemburu sebab tengok aku lebih bahagia daripada kau!" perliku lagi.

"Kau ni memang biadap la!" marah Raisha lalu mengangkat tangan cuba menamparku. Namun dia segera membatalkan niatnya apabila semua mata sudah memandang kearahnya.

"Kenapa tak tampar aku ? Takut ke? Kau ni memang spesies gatal tangan nak tampar orang je ke?" soalku dengan wajah menyampah.

Pang!

Satu tamparan terus melekat dipipi aku. Aku memegang pipi dek kerana tamparan kuat dari datin Maria yang hanya mendiamkan diri dari tadi.

"Kau ingat aku tak berani nak tampar kau depan orang ramai? Aku akan pastikan hidup kau musnah!" tengkin datin Maria.

"Mama!"

Datin Maria dan Raisha terus gelabah apabila melihat Izz datang kearah mereka dengan wajah yang bengis sekali.

" Naura, jom" ujar Izz lalu terus menarik tangan aku keluar dari restoran tersebut. Izz membawa aku masuk kedalam perut keretanya meninggalkan Raisha dan Datin Maria .

Sepanjang aku dan Izz berada di dalam pancuan empat roda tersebut, Izz hanya mendiamkan diri. Aku turut diam apabila melihat wajah bengis Izz. Dalam beberapa minit, Izz memberhentikan keretanya di sebuah taman rekreasi.

"Keluar" arah Izz lalu terus berjalan kearah bangku yang berdekatan.

Aku hanya menurut arahan Izz. Kecut perut aku apabila melihat sahaja muka Izz yang tegang.

"Duduk sini dulu" arah Izz lagi. Aku hanya akur sambil membawa pandangan kearah Izz yang kembali kearah keretanya.

Izz mengambil peti first aid yang disediakan didalam keretanya.

" Pandang sini" arah Izz lagi. Aku hanya turut . Perlahan-lahan Izz menyapu ubat dibahagian pipiku.

"Arghh sakit" adu aku kesakitan apabila terasa pedih ubah tersebut.

"Sorry," ujar Izz lantas sebelah lagi tangannya memegang wajahku sambil sebelah lagi tanganya menyapu ubat pada wajahku. Aku hanya membiarkan Izz menyapu ubat, sungguh aku akan rindu saat bersama Izz.

"Saya minta maaf dengan apa yang mama saya dah buat" ujar Izz setelah selesai menyapu ubat pada pipi aku.

"Takpa, saya tak kisah" jawabku.

"Naura, jujur dengan saya siapa awak sebenarnya? " soal Izz dengan penuh kesayuan.

"Sa..saya..." Teruskan Naura, Ingat Izz lebih terseksa kalau dia gagal kenal diri dia.

"Saya.."

"Naura!" panggil Danial dari arah belakang.

"Danial, awak buat apa dekat sini?" soalku setelah Danial makin hampir dengan aku dan Izz.

" So...Sofia. Sofia demam panas. Tadi dia cakap dia cuba call Naura tapi tak angkat. Sekarang dia dekat hospital." ujar Danial dengan nada yang cemas.

"Ya Allah Naura tak perasan la pula. Jom la kita pergi hospital sekarang. Izz awak nak ikut tak?" soalku kepada Izz.

"Awak pergi la dengan Danial, saya ada kerja . Maaf" jawab Izz.

"Okay , jom la Danial" ujarku lalu terus laju membuka langkah mengikuti langkah Danial.

******

"Puas hati mama? Puas hati mama lepas tengok kehancuran rumah tangga anak sendiri? Sepanjang Izz lupa ingatan senang je mama ambil kesempatan bodohkan Izz. And yes Izz rasa terbodoh sangat. Sanggup mama pisahkah Izz dan Naura. Apa lagi yang mama nak dalam hidup mama!? Nak tengok Izz mati dulu baru nak menyesal macam tu?" luah Izz dengan penuh kekecewaan.

"Izz mama cuma nak Izz ikut kehendak mama , salah ke? Apa kurangnya Raisha? Mama hanya nak anak mama ikut arahan mama. Izz tahu kan Naura tu bukan pilihan mama!" jawab Datin Maria yang cuba mengawal kemarahannya.

"Naura memang bukan pilihan mama tapi dia pilihan Izz. Yang nak kahwin dengan dia Izz yang nak hidup dengan dia Izz. Izz selayaknya pilih pasangan hidup Izz bukan mama. Dan apa lebihnya Raisha di mata mama? Sopan ? jauh Naura lebih sopan. Hormat, pandai tutup aurat, setia? Semua tu jauh lebih Naura. Izz tak faham apa yang menarik sangat Raisha tu." jawab Izz dengan nada yang agak tinggi.

" Suka hati kamu la Izz, yang penting kamu tetap jadi suami Raisha! Nak atau tak nak kamu kena terima. Kalau Izz rasa Izz anak mama Izz tetap perlu teruskan perkahwinan ni.!" tegas datin Maria bersuara.

" Okay Izz teruskan. Pasal perkahwinan tu mama jangan bimbang Izz akan teruskan. Cuma Izz nak mama tahu, binatang pun tahu sayang anak!" ujar Izz lalu terus keluar dari rumah datin Maria.

*****

"Sofia awak okay tak ni?" soalku setelah mendapatkan Sofia diwardnya.

"Saya okay, maaflah menyusahkan awak" jawab Sofia.

"Takda menyusahnya. Waktu saya susah awak tolong saya. Bagi saya duduk rumah awak, saya rasa bersyukur sangat dapat kenal awak." ujarku sambil memegang tangan Sofia.

"Awak dah bagitahu Izz perkara sebenar?" soal Sofia.

"Belum, insyaallah nanti saya bagitahu" jawabku ringkas.

"Jangan lambat-lambat, nanti tak pasal-pasal menyesal" ujar Sofia sambil menggosok perlahan tanganku.

"Baik Boss. Danial kenapa tak diam je? Tak nak menyampuk ke?" soalku setelah melihat Danial hanya mendiamkan diri.

"Orang cakap kalau perempuan bercakap jangan kacau nanti tak pasal-pasal kena marah" jawab Danial. Aku dan Sofia masing-masing ketawa dengan ayat Danial.

"Sofia nak tahu tak, orang tu kan dia bukan maim gelabah bila tahu Sofia masuk hospital. Dia bawa kereta pergi hospital macam naik jet laju gila" usikku . Kebelakangan ini aku sedar yang Danial mula sukakan Sofia.

"Mana ada. Ishh Naura ni suka reka cerita" jawan Danial, merah padan muka dia begitu juga Sofia.

"Tak nak mengaku pula, orang cakap kalau dah bimbang tu tak ke namanya sayang?" usikku lagi. Seronok boleh usik orang ni.

"Ishh mengada" ujar Sofia lalu mencubit bahuku.

"Sakitlah. Demam-demam pun boleh cubit orang jugak. Tangan dia mengalahkan ketam. " ujarku sambil menggosok bahuku.

Danial dan Sofia ketawa serentak. Aku rasa aku tak buat lawak pun, oh maklumlah kalau orang dilamun cinta ni semua benda nampak lawak nampak happy.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience