Bab 36

Romance Series 36174

"Puan Naura Mikayla?" soal seorang pelayan hotel.

"Ye saya" jawabku.

"Ini kad bilik. Puan diminta masuk dahulu dalam bilik ni ye" ujar seorang pelayan tersebut.

"Okay terima kasih." ucapku lalu mengambil kad tersebut.

Selepas beberapa minit aku pergi muncul pula Iqmal di kaunter hotel.

"Encik Iqmal Hariss?" soal pelayan itu lagi.

"Ye saya," jawab Iqmal.

"Ini kad bilik Encik" ujar pelayan itu lalu menghulurkan sekeping kad.

"Terima Kasih" ucap Iqmal lalu terus ke bilik yang dinyatakan.

"So, diorang dah pergi, jadi kau tahu kan apa tugas kau? Aku nak kau buat aduan dengan cepat" arah Raisha kepada seorang lelaki upahannya.

*****

Apabila terdengar pintu dikuak dari luar, aku segera kearah pintu tersebut bagi menyambut Izz.

“Sempat ye awak buat....” aku terkejut dengan kehadiran lelaki dihadapanku ini.

“Kau buat apa dekat sini? Keluar!” Jerkahan kuat keluar dari mulut aku.

“Naura, tenang. Aku..aku.....”

Tok! Tok!

Aku terus membuka pintu apabila mendengar ketukan. Aku berharap orang yang mengetuk pintu itu dapat membantuku saat ini.

“Kami dari jabatan agama Islam, kami mendapat aduan bahawa kamu berdua duduk sebilik dengan bukan mahram.” Ujar salah seorang daripada tiga orang lelaki yang agak berumur.

“Tak, Encik . Semua ni perangkap. Percayalah dekat saya.” Rayuku dengan tangisan. Saat ini aku amat takut, apa pula nanti Izz fikir tentang aku.

“Ikut kami kebalai sekarang. Apa-apa kita selesaikan di balai” arah lelaki separuh abad itu lagi.

“Kalau apa-apa jadi aku tak akan maafkan kau!” Marahku sambil menunding jari kemuka Iqmal.

********

“Izz, tolong saya, saya takut.” Aku bersuara setelah talian disambung.

“Naura kenapa ni? Apa dah jadi?” Soal Izz dengan cemas.

“Sa..saya dekat balai. Sa...saya dan Iq..Iqmal kena tangkap khalwat.” Gugup sahaja suaraku saat ini.

“What! Tak,tak mungkin awak buat saya macam ni” Izz seakan-akan tidak dapat menerima apa yang didengarnya.

“Awak datang la sini. Sa..saya takut.” Jawabku dengan tangisan lalu mematikan talian.

‘Tak, tak mungkin Naura sanggup buat aku macam ni. Naura sayang aku . Dia tak akan buat aku macam ni’ gumam Izz lalu laju sahaja memandu pancuan empat roda untuk bertemu dengan aku.

“Izz” aku terus mendapatkan Izz sebalik sahaja melihat kelibat Izz dihadapanku.

“Naura apa dah jadi ni? Awak takkan buat saya macam ni kan? Macam mana awak boleh ada dekat hotel tu?” Soal Izz yang sudah sedia maklum akan maklumat dari pihak balai sebelum bertemu dengan aku.

“Izz, awak percayakan saya kan. Saya tak buat semua tu. Saya kena perangkap Izz. Percayalah saya. Saya takut Izz.” Aku menangis teresak-esak . Hanya Izz sahaja yang dapat membantu aku saat ini.

“Betul ni awak tak tipu saya?” Soal Izz dengan penuh harapan. Berharap apa yang aku katakan adalah benar.

“Ye saya tak tipu. Saya dapat bunga dari seseorang dia cakap awak yang bagi. Dan ada kad dekat situ cakap nak jumpa dekat bilik tu. Tapi yang masuk bilik tu orang lain bukan awak.” Aku menceritakan hal yang sebenar. Aku tidak mahu Izz terus bersangka buruk terhadapku.

Pang!
Satu tamparan kuat melekat di pipi aku.

“Kau memang perempuan murahan kan! Kau tak payah cakap yang semua ni perangkap la. Sebenarnya kau memang dah rancang semua ni. Suami pergi kerja kau sibuk nak layan jantan lain. Dan aku tak boleh terima bila lelaki tu suami aku sendiri!” Marah Raisha setelah memerhati aku dan Izz. Takut jika rahsianya terbongkar terus sahaja dia menfitnahku.

Pang!
Izz menampar kembali wajah Raisha.

“Kau jaga sikit mulut kau. Aku tahu semua ni kau yang rancang kan! Aku tak tahu la kenapa busuk sangat hati kau tu. Tak habis-habis dengki dengan kebahagiaan orang lain.” Suara Izz sangat garang waktu ini. Bengis sahaja suaranya yang mampu membuatkan sesiapa sahaja menunduk.

“Kau gila ke? Takkanlah aku nak perangkap suami aku sendiri. “ Raisha cuba membela dirinya. Dia ingin membalas dendam kepada Iqmal namun kini dia terpaksa membela Iqmal.

“Suami? Aku suami kau ke? Kau ingat mudah-mudah je kau nak bodohkan aku? Sudah la Raisha aku dah cukup dibodohkan oleh kau. Sekarang aku nak tengok kau pula yang bodoh. Izz, jaga bini kau elok-elok. BINI aku ni biar aku uruskan.” Ujar Iqmal yang dari tadi sahaja menjadi pemerhati.

“ Jom sayang kita balik. “ ujar Izz lalu terus meninggalkan Iqmal dan Raisha.

“Sayang baby ni, jom kita balik. Aku rasa tak sabar nak tengok kebodohan kau kali ni” ujar Iqmal lalu menarik kasar lengan Raisha.

*********

“Sayang , saya ada berita baik tau untuk awak”. Ujar Izz dengan penuh kegembiraan.

“Berita baik? Berita apa?” Soalku

“Ayah dah boleh jalan” ceria sahaja suara Izz saat ini.

“Serius la awak!. Awak jangan main-main.” Aku sangat gembira dengan berita yang didengarku ini.

“Ya Allah betul. Cuma awak tak boleh jalan laju-laju lagi la. “ jawab Izz.

“Alhamdulillah. Kan best kalau saya boleh tolong ayah masa ayah sakit. Tapi kenapa takdir saya macam ni? Saya sayang ayah tapi kenapa ayah benci saya? Sampai bila ayah nak benci saya?” Air mata muka memenuhi kelopak mata , tunggu masa sahaja ianya gugur.

“Alahai sayang, jangan la sedih macam ni. Takdir kita saya je ,walaupun saya ada ibu tapi ibu saya sendiri sanggup hancurkan kebahagiaan anak dia. Jadi saya tak nak la awak sedih macam ni. Happy okay .” Pujuk Izz sambil mengesat air mataku yang mula gugur.

“Awak janji jangan benci saya tau.”

“Tak, saya tak akan benci awak. Janganlah sedih je. Okay disebabkan awak sedih, saya nak masak untuk awak boleh?” Ujar Izz yang cuba untuk memujukku.

“Betul ni? Kalau macam tu saya nak makan tom yam seafood boleh? Bolehlah he, kesian baby dia nak makan tau” ujarku sambil menayang muka sepuluh sen.

“Boleh, no hal. Ni chef Izz Rayqal la. Setakak tom yam apa la sangat”

“Chef Izz Rayqal ye, make sure dapur tak terbakar la ye. Lagi satu garam gula jangan tertukar pula ye” pesanku sambil memerli.

“No hal madam. Tunggu sini saya masak. “ ujar Izz lalu terus kearah dapur.

p/s; maaf bab ni pendek sahaja. (-;

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience