Bab 39

Romance Series 36174

SAMPAI sahaja di pekarangan rumah, aku terus laju meninggalkan Izz. Lantak la dia nak cakap apa, hati aku ni masih sakit dengan layanan dia.

Aku mencapai tuala lalu memasuki kamar mandi untuk membersihkan diri. Keluar sahaja dari kamar mandi, kelihatan Izz sedang khusyuk menonton drama. Sedikitpun matanya tidak menatap aku. Bukan nak minta maaf ke apa, makin sakitkan hati aku adalah.

Aku mengambil bantal tidurku. Izz akhirnya bersuara. Ouh ada lagi suara ingat dah bisu.

“Awak nak bawa pergi mana bantal tu?” Soal Izz dengan suara yang mendatar sahaja.

“Kenapa tak bagi saya ambil bantal ni ke? Kalau tak bagi takpa saya pun taknak lah” jawabku lalu keluar dari bilik tidur.

‘Merajuk lagi ke bini aku ni?’ Gumam Izz.

“Awak kenapa nak tidur dekat sini? Nanti sakit badan awak tidur dekat sofa ni. Pergi la tidur dalam bilik” ujar Izz setelah mendapatkan aku di ruang tamu.

“Suka hati sayalah nak tidur dekat mana pun. “ jawabku ringkas sambil mata menatap phone ditangan aku. Malas aku nak tengok muka Izz.

“Awak merajuk ke?” Soal Izz lalu duduk disebelahku.

“Ish, saya malas la nak cakap dengan awak. Awak pergi la naik tidur.” Ujarku lalu terus meletakkan phone di meja berhampiran sofa. Aku terus memejamkan mata berura-ura tidur.

‘Tengok la bukan nak pujuk aku pun, nak sakitkan hati aku adalah’ Izz kembali mendaki anak tangga naik kebiliknya. Aku yang merajuk dengannya dibiarkan sahaja.

Aku hanya melelapkan mata dek kerana terlalu penat. Malas aku ank bertengkak malam-malam ni. Namun beberapa minit kemudian aku tersedar apabila terdengar seseorang menghampiri aku.

“Awak buat apa dekat sini?” Soalku apabila melihat Izz membawa dua biji bantal bersama selimut.

“Ni untuk awak ni untuk saya” ujar Izz lalu menghulurkan sebiji bantal pada aku manakala sebiji lagi ditetakkan di lantai. Selimut diberikan kepada aku. Izz terus membaringkan badanya di lantai sebelah sofa .

“Kenapa awak tidur sini? Pergi la tidur dalam bilik” Ujarku sambil menayang wajah menyampah.

“Kalau bini saya tidur kat sini macam mana saya nak lena tidur dekat atas sorang-sorang?” Soal Izz sambil memandang tepat biji mataku.

Aku memandang kearah lain lalu terus membelakangi Izz.

“Awak pergi la tidur dalam bilik. Biarkan saya dekat sini sorang-sorang” Ujarku dengan suara merajuk.

“Alahai sayang saya ni. Saya minta maaf. Saya tahu saya salah, saya cuma masih tak boleh terima apa yang mama saya buat dekat kita. Awak jangan la merajuk macam ni”. Izz duduk disebelahku. Dia sedaya upaya cuba memujukku.

“ Saya tahu la awak masih tak boleh terima apa yang mama awak buat dekat kita, tapi dia tetap mama awak. Takkan saya nak biarkan hubungan awak dan mama awak terus renggang. Saya tak nak awak jadi macam saya. Saya dah rasa peritnya kehilangan seorang ibu, saya tak nak awak jauh dari ibu awak”. Ujarku sambil menepuk-nepuk bantal. Aku ni sebenarnya dah mengantuk tapi terpaksa layan drama tengah-tengah malam.

“Saya cuba, tapi saya rasa saya tak mampu....” Izz memberhentikan kata-katanya. Dia tergelak kecil apabila melihat aku sudahpun nyenyak tidur disofa. Perlahan-lahan Izz mengusap pipiku. Aku yang baru sahaja lena tersedar.

“Sorry awak tertidur pula. Ermm, awak cakap awak nak tidur sini kan? Awak tidur la sini saya nak tidur dekat bilik. Tak selesa tidur dekat sofa ni , sakit badan saya. Okay la goodnight.” Ujarku lalu terus mendaki anak tangga sambil memeluk bantal.

‘Ya Allah bini aku ni, boleh dia tinggalkan aku dekat sini. Tadi bukan main nak tidur dekat sofa. Hurmm nasib kau la Izz’.

Izz terus mendaki anak tangga. Memang tak lah dia nak tidur di ruang tamu seorang diri.

SARAH tersedar dari mimpi buruknya. Peluh yang meritik diseganap wajah dilap. Dia sering bermimpi akan peristiwa datin Maria menolak nenek hingga meninggal.

‘Kenapa aku selalu mimpi benda yang sama?’

‘Patut ke aku berdiam diri sahaja? Kalau aku diam, bermakna aku juga dikira bersubahat? Habis apa yang aku perlu buat?’

‘ Datin pernah merancang untuk culik Naura, dan takkan aku juga perlu berdiam diri?’

Sarah mula buntu. Pelbagai persoalan mula bermain disegenap fikiran. Segala niat jahat datin Maria sudah diketahui.

‘Aku tekad, apa pun nak jadi aku tetap aku pastikan Izz dan Naura tahu perkara sebenar. Nenek yang mereka sayang mati punca dari datin Maria. Dan aku? Aku takkan jejak lagi kaki dirumah ni.’ Gumam Sarah lalu terus sahaja memasukkan semua pakaiannya kedalam beg galas. Dia tekad untuk melarikan diri .

IZZ menghampiri Naura yang sedang khusyuk memasak sarapan didapur. Dia mencapai teko lalu membuat kopi untuk bersarapan.

“Sayang, lepas breakfast pergi kemas pakaian ehh.” Ujar Izz yang sedang ralik membancuh kopi.

“Buat apa nak kemas pakaian? Awak nak halau saya dari rumah ni ke?” Tebak ku yang masih lagi khusyuk memasak.

“Ish awak ni, kesitu pula dia fikir. Kita nak pergi holiday la.. Kan saya dah cakap hari tu. Sebenarnya nak pergi esok tapi saya ada kerja nk kena buat minggu depan so terpaksa pergi awak sikit.” Terang Izz lalu meletakkan kopi yang dibancuhnya di atah meja.

“Okay, tapi awak kena tolong saya kemas pakaian. Saya penat tau, awak tahu la kan saya macam mana. Makin hari makin penat.” Ujar lalu menutup gas apabila selesai memasak.

“Iye saya tolong awak. Dah jom la makan saya lapar.” Ujar Izz sambil menayang wajah manjanya.

Ting Tong!

Izz dan Naura yang baru sahaja ingin bersarapan berpaling antara satu sama lain.

“Siapa yang datang pagi-pagi macam ni?” Soal Izz kepadaku.

“Entah. Kejap saya pergi buka pintu” ujarku lalu terus bangun dari meja.

“Sayang, takpa biar saya pergi. Bahaya” ujar Izz lalu terus membuka pintu utama.

“Sarah?” Izz terkedu melihat Sarah dihadapan pintu rumahnya sambil menggalas beg. Wajah Sarah saat itu amat mengusutkan.

“Sarah awak buat apa dekat sini?” Soalku setelah Izz membuka pagar rumah agar memberi Sarah masuk.

“Naura, Izz, Sarah sebenarnya... “ Sarah mengumpul semua kekuatan lalu menyambung kembali kata-katanya.

“Sebenarnya Sarah tahu banyak benda pasal Datin Maria. Ne..nenek meninggal sebab datin Maria” ujar Sarah yang cuba mengawal perasaan takutnya.

Telas terpapar riak terkejut pada wajah aku dan Izz. Adakah apa yang dikatakan Sarah itu benar?

“Sarah awak cakap apa ni? Saya tak faham?” Soal Izz yang masih mengawal perasaannya.

“Waktu Izz balik dari hospital, nenek dengan datin bergaduh ditangga. Waktu Datin tak tahan amarahnya pada nenek, datin terus tertolak nenek. Bila dia tahu yang Sarah nampak perbuatan datin, datin terus ugut Sarah. Dia cakap kalau Sarah bagitahu dekat orang lain dia akan bunuh Sarah. Sarah takut” sayu sahaja suara Sarah saat ini.

“ Terima Kasih Sarah sebab bagitahu saya. Awak jangan takut, saya dan Naura ada. Pasal kejadian tu saya tahu apa yang saya nak buat. Nenek dah pasang CCTV tanpa pengetahuan nenek. Jadi saya rasa kita akan ada bukti yang kukuh.” Terang Izz .

‘ Ada bukti kukuh? Dia nak saman mama dia ke?’

“Sarah masuk la dulu, kita breakfast sama-sama. Kitaorang pun baru je nak breakfast tadi” pelawaku.

“Terima Kasih” ucap Sarah.

LOCENG RUMAH ditekan berkali-kali. Datin Maria yang sedang mencari Sarah terus membuka pintu. Sangkaannya Sarah yang menekan loceng tersebut.

Terkedu datin Maria apabila melihat beberapa anggota polis sedang berada dihadapan rumahnya.

“Puan sila ikut kami kebalai” tegas sahaja salah seorang anggota polis itu memberi arahan.

“Kenapa saya kena pergi kebalai? Apa salah saya?” Datin Maria mula cuak.

“Gari dia” Arah polis itu lagi kepada anggota polis yang lain. Dua orang anggota polis terus mengari datin Maria.

“AWAK didakwa menolak ibu awak jatuh tangga sehingga ibu awak meninggal, betul atau tidak?” Soal seorang lelaki berpakaian segak namun wajahnya tampak bengis.

“Sa...sa..saya saya...”

“Saya tanya awak betul atau tidak!” Marah lelaki itu lalu menepuk kuat meja dihadapan datin Maria. Datin Maria terkejut lalu mengangguk.

“Jadi awak memang ada niat nak bunuh ibu awak?” Soal lelaki itu lagi.

“Tak, saya tak berniat nak bunuh dia. Kami gaduh ditangga dan saya tak sengaja menolak dia” jujur sahaja kata-kata datin Maria saat ini. Melihat wajah bengis lelaki dihadapannya sahaja mampu mengecutkan perutnya.

“ Okay kita pergi pada dakwaan kedua. Awak pernah upah orang untuk culik menantu awak, betul atau tidak?” Soal lelaki itu lagi.

Datin Maria mengangguk sambil menekur lantai.

“Apa motif awak buat semua tu?”

“Saya benci dia! Dia bukan menantu pilihan saya! Saya tak nak anak saya kahwin dengan dia!” Datin Maria mula mengamuk lalu menumbuk berkali-kali meja didepannya. Sakit tidak dirasainya saat ini memandangkan kemarahan menguasai diri.

“Tolong kawal emosi awak dekat sini!” Tegas lelagi itu bersuara.

Datin Maria tidak mempedulikan kata-kata lelaki dihadapannya, malah dia terus mengamuk sambil menendang kuat meja.

Lelaki yang berdiri dihadapannya itu terus memanggil polis yang bertugas untuk mengambil puan Maria. Soal siasatnya tidak boleh dijalannya apabila datin Maria mengamuk sebegitu.

“AWAK kenapa awak report dekat polis pasal mama awak?” Soalku .

“Habis nak biarkan sahaja mama saya ? Kita dah tahu mama saya salah so kenapa nak berdiam diri. Walaupun dia mama saya tapi tindakannya salah disisi undang-undang. Saya berharap mama saya akan insaf lepas ni” terang Izz yang sedang memasukkan beg-beg pakaian kedalam kereta.

“ Saya pun harap macam tu juga.” Ujarku lalu memberi segaris senyuman.

“Dah tak nak cakap pasal ni lagi. Kita nak happy-happy pergi bercuti. No more talk about this” beritahu Izz.

“Okay boss”

Izz memandu dengan penuh fokus. Datin Maria telah dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Tinggi. Datin Maria mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan (Akta 574) dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Mengikut pertuduhan, datin Maria didakwa menyebabkan kematian nenek dengan mengetahui bahawa perbuatan itu mungkin menyebabkan kematian nenek.

Pada mulanya sukar untuk aku terima hukuman datin kerana aku sudah menganggapnya sebagai seorang ibu aku walaupun dia sama sekali membenciku. Namun ada betulnya apa yang Izz cakap, Datin Maria tetap salah disisi undang-undang. Dia sewajarnya menerima hukuman. Dunia kena adil , right?.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience