Bab 28

Romance Series 36174

Setelah mundar-mandir disekitar kawasan perumahan , aku mengambil keputusan untuk tinggal di kampung bersama Mak Kiah memandangkan Mak Kiah hanya tinggal bersama suaminya sahaja kerana dari awal perkahwinan mereka tidak dikurniakan cahaya mata. Aku menyekat mana-mana teksi yang lalu disitu untuk ke perhentian bas.

Beberapa jam perjalanan akhirnya aku selamat sampai di rumah Mak Kiah.

"Bila Naura balik? Izz mana?" sapa Mak Kiah yang datang dari arah belakang rumahnya.

"Mak Kiah" aku lantas memeluk erat Mak Kiah lalu sambil menangis teresak-esak.

"Kenapa ni Naura? Kita masuk dulu ye." ujar Mak Kiah lalu membawaku masuk kedalam rumahnya.

Aku menceritakan segala yang berlaku atas diriku. Mak Kiah turut sebak atas nasib yang menimpa diriku.

"Naura rehat la dulu. Mesti penat berjam-jam dalam bas." ujar Mak Kiah yang kesian melihat keadaan aku.

"Terima kasih Mak Kiah." ucapku lalu beredar masuk kedalam bilik tidur yang disediakan.

Aku duduk dibirai katil, setitik demi setitik air mata keluar. Satu persatu kenangan bersama Izz bergelar diruangan fikiran. -:

" Wah ! Cantiknya pantai ni." aku terpegun dek kerana keindahan pantai Jungmun Seakdal .

"Tak cantik pun. Ha ni cantik" ujar Izz sambil memandangkan kearah aku.

"Mengada je lebih awak ni. Awak sini." ujar ku lalu menarik Izz agar bersebelahan dengan aku.

"Senyum," ujarku lagi sambil mengeluarkan telifon bimbit untuk menangkap gambar bersama Izz.

"Err awak ni bukan tangkap gambar, ni video la ." Tegur Izz apabila menyedari yang aku sedang merakam bukan menangkap gambar.

"Eh haah' la ni video, takpa la pandang sini saya nak rakam awak." ujarku sambil merakam wajah Izz.

" Hello saya Izz Rayqal , saya comel saya cute. I love you Naura." ujar Izz dengan memek muka yang buat-buat manja tapi sumpah comel.

" Ya Allah awak tengok muka awak ni, mengalahkan budak tadika." tersembur gelakku apabila melihat kembali video tersebut.

"Apa awak ni, comel la muka saya. Cute je mesti anak kita nanti cute macam saya kan. Dah la cute , comel tahap gaban pula" Izz memuji dirinya sendiri tanpa segan silu.

"Berlagak lebih la awak ni. Nanti anak kita akan ikut muka saya bukan muka awak. Nanti tak pasal-pasal berlagak macam awak." ujarku sambil menyimpan kembali telifon bimbit kedalam beg tanganku.

"Jadi awak tak kisah la kalau kita ada anak. Okay ni saya suka." ujar Izz sambil mendekatkan dirinya dengan aku sambil menayang wajah manjanya.

Lamunan aku terhenti. Makin sebak bila mengingatkan kembali kenangan bersama Izz.

"Izz, saya rindu awak. Saya rindu nak bergurau dengan awak , rindu nak gelak dengan awak. Nanti bila awak dah sedar, cari saya. Saya tak mampu nak ada disisi awak waktu awak sakit. Saya isteri tak guna kan. Betul kata awak , saya lemah saya mudah ditindas. Kenapa saya tak pertahankan hak saya untuk sentiasa disisi awak. Kenapa saya terlalu akur dengan mama awak. Saya kecewa dengan diri saya." air mata diseka. Aku membaringkan badan . Seketika kemudian, aku terlelap.

*******

"Aunty tak pergi melawat Izz ke?" soal Raisha yang kini berada di ruang tamu milik Datin Maria.

"Aunty penat la, tunggu pun dia bukan sedar. Nanti dia sedar pihak hospital call la aunty. Ala, Raisha jangan risau, nanti Izz sedar la tu" ujar datin Maria.

"Raisha cuma bimbang pasal nenek. Kalau dia tanya mana Naura aunty nak jawab apa?" soal Raisha.

"Tu la aunty fikirkan sekarang. Orang tua tu pun satu hal, yang nak back up sangat si Naura tu kenapa? Nanti kita cakap je la yang Izz dan ceraikan Naura." ujar Datin Mari dengan riak selambanya.

"Takpa la aunty, Raisha nak pergi melawat Izz. Dah 3 hari dia masih koma. Raisha kalau boleh nak dia sedar awal, nanti boleh la nak pergi fitting baju kahwin." ujar Raisha lalu berdiri dari duduknya. Dia bukan nak pergi melawat Izz pun tapi pergi berfoya-foya dekat club malam. Itulah perangai Raisha. Cakap je nak melawat Izz sebab nak tunjuk diri tu bagus.

Kring! Kring!

Telifon bimbit milik datin Maria berdering. Tentera nombor doktor yang ditugaskan untuk merawat Izz.

"Hello ada apa doktor call saya malam-malam ni?" soal datin Maria.

Raisha yang ingin keluar dari rumah itu membatalkan niatnya malah memasang telinga untuk mendengar perbualan datin Maria .

"Ouh yeke. Okay saya pergi kesana sekarang" ujar datin Maria lagi.

"Kenapa aunty?" soal Raisha yang berdiri disebelah datin Maria.

"Doktor bagitahu Izz dan sedar. Aunty kena pergi hospital sekarang" ujar Datin Maria lalu terus memasuki perut kereta.

"Aunty, tunggu! . Raisha pergi dengan aunty ye" ujar Raisha lalu memasuki perut kereta datin Maria.

Di hospital,

"Mak cik boleh...." baru sahaja doktor itu ingin bersuara datin Maria terus memotong.

"Mak Cik? I ni datin so panggil I datin. Hormat sikit orang." marah datin Maria.

"Baik, da..datin. Datin boleh melawat anak datin sekarang." ujar doktor tersebut.

Datin Maria berjalan meniggalkan doktor tersebut tanpa sepatah kata. Sombong betul tingkah lakunya.

"Dah aku tengok muka dia tua, aku panggil la Mak Cik. Dah la sombong, riak pula tu. Menyampah betul" gumam Doktor lelaki tersebut.

"Izz, Mama rindu Izz!" ujar datin Maria lalu terus memeluk anak bujangnya itu.

"Err..Mak Cik ni siapa?" soal Izz.

"Izz panggil mama Mak Cik? Izz ni mama la, hormat sikit" bentak datin Maria apabila anak sendiri memanggilnya mak cik.

"Mama? Awak ibu saya ke?" soal Izz lagi.
Terdiam datin Maria.

"Dia lupa ingatan ke? Yes, mudah kerja aku." gumam datin Maria.

"Izz, ni mama Izz. Izz tak kenal mama ke?" soal datin Maria yang berpura-pura menangis.

"Maaf, ma..mama. Izz tak ingat. Doktor cakap Izz mungkin hilang ingatan." ujar Izz.

"Baby, are you okay" suara gedik seseorang memecah keheningan.

"Awak ni siapa pula?" soal Izz lagi.

Raisha memandang datin Maria. Datin Maria bagai mempunyai akal untuk memeriahkan lagi rancangannya.

"Izz, ni Raisha, tunang Izz. Izz pun tak ingat Raisha?" soal datin Maria.

"Tunang? Izz dah bertunang. Arghhh kenapa Izz lupa semua tentang diri Izz. " ujar Izz sambil memegang kuat kepalanya.

"Izz tenang Izz. Izz rehat la dulu. Izz perlukan rehat yang cukup. Esok kita sambung borak ye. Lagipun dah malam ni" pujuk datin Maria agar Izz dapat menenangkan fikirannya. Beberapa minit kemudia Izz terlelap.

"Aunty terbaik la. Bijak juga aunty ni" puji Raisha dengan wajah tak lepas dengan senyuman.

" So, Raisha kena betul-betul tunjuk yang Raisha ni tunang Izz. Dan ingat pesan aunty, jangan pernah bawa Izz balik rumah dia atau jumpa orang yang dia kenal. Aunty takut ingatan dia makin pulih" ujar datin Maria. Rancangan jahat sering bermain difikiran datin Maria.

"Baik, Raisha akan ikut arahan aunty asalkan Raisha dapat kahwin dengan Izz" jawab Raisha keriangan.

Share this novel

izyanniknur
2020-12-27 01:55:11 

Izz hilang ingatan....oh noooo!!!!!


NovelPlus Premium

The best ads free experience