Bab 9

Romance Series 36174

Rumah dah kemas , breakfast dah siap sekarang ni mana si Izz ni. Dah pukul 10 tak turun lagi. Dia tak lapar ke?

Aku mula mendaki tangga menuju ke bilik Izz. Pintu bilik diketuk namun tiada sahutan. Aku mengetuknya lagi masih sama tiada sahutan.

"Izz saya dah siap masak jom la makan dah pukul 10 ni" masih tiada sahutan.

Akhirnya aku mengambil keputusan untuk membuka pintu bilik tersebut. Nasib pintu tersebut tidak dikunci.

Ya Allah tak bangun lagi! dah pukul 10 ni.

"Awak bangun dah pukul 10 ni " aku mula mengejutkan Izz namun masih tiada respon.

"Awak bangunla jom la kita makan saya dah lapar ni." aku mengejutkannya lagi. Akhirnya dia tersedar.

"Err dah pukul berapa ni? Aku sakit kepala la" ujar Izz sambil memegang kepalanya.

"Pukul 10 . Awak okay tak ni? " soalku pula.

"Entahlah aku sakit kepala ni. Rasa macam nak demam pun ada" jelas Izz.

"Boleh saya nak sentuh awak?" soalku lagi.

"Ish apa la kau ni. Aku tengah sakit ni kau nak ambil kesempatan pula." bebel Izz.

"Ish awak ni fikir ke situ pula. Saya nak sentuh tu dahi awak tu." bebelku pula lalu terus menyentuh dahi Izz.

"Auchh! panas sangat awak ni. Kita pergi klinik la macam ni." cadangku.

"Taknak la." tolak Izz.

"Kalu macam tu awak makan dulu then makan ubat okay?" soalku.

"Aku nak mandi dulu" jawab Izz.

"Kalau macam tu awak pergi la mandi dulu saya pergi sediakan makanan" jelasku pula.

"Habis kau nak biar aku mandi sorang-sorang? kalau aku rebah ke dalam toilet macam mana?"

"Habis saya nak buat apa?" tanya ku lagi.

"Mandikan aku la." Jelas Izz dengan penuh selamba.

"Mengada la awak ni. Dah pergi mandi." aku terus membuka langkah laju keluar dari bilik Izz.

"Mandikanlah aku!" laung Izz dari arah biliknya. Aku hanya membiarkannya lalu terus kearah dapur.

"Gelabah juga kau ni Naura. Baru sikit aku kenakan." gumam Izz sambil tersenyum riang.

****

"Orang pandang makanan boleh kenyang ke?" aku mula memerli Izz apabila dia hanya melihat sahaja makanan dihadapannya itu.

"Kalau makanan duduk depan mata tapi tak boleh nak makan boleh kenyang ke?" Izz perli aku pula.

"So makanlah" ujarku.

"So suaplah" balas Izz pula.

"Awak makan la sendiri. Tak ke macam budak suap-suap ni." ujarku.

"Ok fine. Aku taknak makan." balas Izz lalu terus membaringkan badannya .

"Hurmm... Ye la mengada betul la budak ni. Dah cepat makan lepas tu makan ubat." bebelku pula.

"Kalau tak ikhlas baik tak payah." balas Izz.

"Awak, jomla kita makan. Lepastu kita makan ubat ye. Nanti baru cepat sembuh . Nak sembuh kan" haa kan dah macam pujuk budak tadika tu.

"Ok fine aku makan." akhirnya Izz mengalah.

Suapan demi suapan mula memasuki mulut Izz.

"Awak, kalau saya nak tanya boleh?" soalku.

"Apa?" balas Izz.

"Kenapa awak tak suka perempuan? Saya selalu dengar nenek cakap yang awak tak suka perempuan." soalku lagi.

"Hurmm. Semua sebab Raisha. Kalau kau nak tahu dulu aku rasa akulah manusia yang paling bahagia dekat dunia ni sebab aku dapat memiliki hati perempuan yang aku sayang sepenuh hati" Izz mula menceritakan kisah hidupnya.

Raisha. Dah banyak kali aku dengar nama tu. Now baru aku tahu itu ex Izz.

"Apa yang dia nak aku bagi. Boleh kata 24 jam masa aku hanya untuk dia.Bukan seminggu bukan setahun kitaorang bercinta tapi 3 tahun. Aku sayang gila dekat dia." Izz mengeluh nafasnya. Wajahnya tampak sedih.

"Awak kalau awak tak mampu nak cerita takpa. Saya tak nak paksa awak." aku tahu ini bukan masa yang sesuai untuk Izz ceritakan semuanya.

"Takpa kau perlu tahu sebab aku tak nak orang salah faham kenapa aku benci perempuan. Bukan saja saja aku benci tapi kisah silam aku terlalu pahit untuk aku lalui" aku bagai dapat merasakan apa yang Izz rasa. Mesti hatinya sangat terluka.

"Dulu aku pernah kemalangan. Aku lumpuh separuh badan. Waktu tu aku rasa diri aku dah tak berguna lagi. Semua yang aku nak buat terbatas. Waktu tu satu je yang aku fikir . Raisha. Mampu ke dia bahagia dengan aku yang cacat? Tapi waktu tu aku rasa Allah dah ciptakan dia untuk aku. Dia sanggup terima aku waktu tu. Dia selalu jaga aku. Pernah banyak kali juga aku suruh dia tinggalkan aku cari kebahagiaan yang baru cari lelaki yang lebih layak untuk jaga dia sebab aku tahu aku dah tak mampu buat semua tu. Aku sanggup lihat dia bahagia walau aku tahu aku yang terluka." Mata Izz kelihatan merah. Aku tahu dia sedang menahan perasaan.

"Tapi dia tetap tolak. Dia kata akulah kebahagiaan dia. Tapi semua tu tak lama.Sebulan selepas tu aku dapat berita yang dia dah bertunang. Waktu tu aku aku rasa macam aku ni takda harga. Dia bagi aku harapan dalam masa yang sama dia merancang untuk hancurkan harapan tu.Bila aku tanya dia kenapa buat aku macam ni dia hina aku. Dia cakap aku tak sedar diri. Dah cacat ada hati nak dekat dia. Dia cakap aku cacat sampai mati pun aku cacat. Kau faham kan macam mana perasaan aku waktu tu. Aku cuba move on tapi tak boleh. Aku hanya duduk dalam bilik je . And sekarang dia dah ke oversea lepas bertunang. Maybe dah kahwin dah sekarang.Yang tu aku mampu sabar lagi. Tapi bila papa aku meninggal sebab perempuan tu aku benci dia sampai mati." Cerita Izz.

"Jadi papa awak meninggal sebab Raisha la?" aku bagai terkejut mendengar cerita Izz.

"Ye. Waktu tu papa aku jumpa Raisha. Dia sedih tengok keadaan aku. Tapi Raisha jerkah papa aku. Dia hina aku depan papa aku. Papa aku ada heart attack bila kena jerkah dengan perempuan tu papa aku terkejut terus sakit jantung. Esokkan tu papa disahkan meninggal. And aku lost everything. Aku hanya ada mama dan nenek je. Sebab tu aku sayang sangat dengan mama dan nenek. Semua yang mama aku cakap aku turut begitu juga nenek. Kalau tak takdalah aku kahwin dengan kau sekarang.Mama dan nenek selalu bagi aku semangat. And aku nekad nak sembuh aku taknak hidup aku sia sia disebabkan dia. And Alhamdulillah aku kembali normal lepas 1 tahun" jelas Izz.

"Awak patut bersyukur awak ada nenek ada mama. Saya ni, dah takda siapa siapa dah. Family sendiri buang saya. Hidup menumpang kebahagiaan orang lain je." Tanpa aku sedari air mataku mula mengalir .

"Maksud kau?" Izz pula mula bertanya.

Kringg..kringgg...

"Err jap nenek call." jelas tu lalu menjawab panggilan nenek.

Selepas 5 minit aku kembali pula pada Izz.

"Kenapa nenek call?" soal Izz.

"Nenek nak datang. Dia nak tidur sini lepas saya cakap awak tak sihat." jelasku.

"Macam tu la nenek. Kalau dia tahu aku tak sihat mula la nak gelisah. Padahal demam je. Aku ni anak jantan nampak sangat manja pula" bebel Izz sehingga terkeluar tawa aku.

"Awak patut bersyukur orang ambil berat.Ambil berat salah tak ambil berat pun salah. Dah la saya nak kemas bilik nenek jap. Awak rehat la dulu. Jangan lupa makan ubat tu pula." pesanku.

"Okay. Err Naura." panggil Izz.

"Apa?"

"Thanks" ujar Izz.

"Apa guna ada isteri kalau tak tolong suami sendiri" jawabku dengan senyuman lalu keluar dari bilik Izz.

"Isteri? Kenapa susah sangat aku nak terima dia sebagai isteri aku?" gumam Izz.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience