Bab 31

Romance Series 36174

"Baby, you beli la dulu barang yang aunty pesan, I nak pergi toilet kejap." ujar Raisha lalu terus ke toilet .

Izz menolak trolinya sambil membeli barangan dapur yang dipesan oleh Datin Maria.

"Puan," Aku menoleh apabila seseorang menyapaku.

"Izz,tak payah panggil puan panggil Naura je. Awak sorang ke?" soalku sambil menyembunyikan perasaan rindu yang amat terhadap lelaki yang berdiri dihadapanku.

"Naura? macam pernah dengar je nama tu. Oh by the way saya tak datang sorang saya datang dengan tunang saya." jawab Izz.

Kalaulah saat ini dia tahu yang aku isteri dia nak je aku peluk dia sekarang juga lepaskan semua kerinduan yang terpendam dalam hati.

"Awak datang beli susu eh. Mesti awak happy kan. Ye la tak lama lagi nak ada baby mesti riuh je rumah bunyi baby nangis. Saya suka sangat dengan budak-budak ." ujar Izz lagi apabila melihat dua kotak susu untuk ibu hamil ditanganku.

Izz, baby ni pun anak awak Izz. Kalau dulu mesti awak akan happy bila tahu saya pregnant. Tapi sekarang semuanya dah berubah.

"Eh perempuan! Kau buat apa dekat sini?" Belum sempat aku menjawab kata-kata Izz si Raisha dah mencelah.

Menyampah je aku dengan perempuan make-up 10 inci, baju tak cukup kain, suara gedik macam anak itik. Nak je aku gilis dia dengan lori lepastu aku tumbuk-tumbuk dia biar lumat.

"Raisha kenapa cakap mana tu? Dia tak cari pasal dengan you pun kan" tegur Izz.

"You ni dah kenapa nak back-up dia sangat!?" bentak Raisha.

"I tak back-up siapa-siapa pun tapi you tu suka hati je nak marah dia." tegur Izz lagi.

"Tak apa la Izz, supermarker ni kan dia punya sebab tu saya tak boleh ada dekat sini. Dekat dunia ni makin banyak kan manusia yang kurang ajar ni. Saya harap kita tak tergolonglah dalam golongan tu. Tapi kadang-kadang saya tertanya jugak, Cik Raisha ni boss saya ke sebab semua benda yang saya buat salah. Opss lupa, saya tak salah pun cuma ye la bila orang dengki dengan kita mulalah nampak semua kesalahan kita. Cik Raisha ni kena cari lebih perhatian lagi ni baru tak mudah nak marah orang ye la selalunya kita marah orang sebab kurang perhatian. Tapi nak cari perhatian tu jangan la cari perhatian dengan rampas milik orang."perliku sambil acuh tak acuh sahaja memandang wajah Raisha. Aku rasa lantai orang pijak lebih sedap mata memandang.

" Kau jangan nak biadap la!" marah Raisha lalu ingin menamparku namun sempat Izz menghalang.

"You ni dah kenapa Raisha asyik nak tampar orang je?" soal Izz yang tidak puas hati dengan tingkah laku Raisha.

"You dengar kan dia sindir I tadi. Yang you nak back-up sangat perempuan ni apasal?" Raisha mula tidak puas hati apabila Izz selalu memback-up ku.

"Ni tempat awam jaga la perangai tu" tegur Izz lagi.

"Takpa la Izz saya nak balik dulu, panas la dekat sini. Saya harap awak boleh sabar la ye dengan perangai manusia zaman sekarang" ujarku lalu terus meninggal Izz dan Raisha.

"Perempuan tu dah melampau pun you still nak back-up." marah Raisha.

"Dia cakap benda betul" ujar Izz lalu menolak troli meninggalkan Raisha.

"Izz , sampai hati you kan!" bentak Raisha sambil menghentak kakinya tanda protes lalu terus mengikut langkah Izz.

********

Jam menunjukkan pukul 12 tengah malam. Izz masih lagi berada di tepi kolam renang rumah datin Maria.

"Siapa Naura sebenarnya? Kenapa aku macam pernah kenal je dengan dia. Kenapa dia nak peluk aku masa dekat kubur? Wajah dia, mata dia macam pernah kenal." gumam Izz sambil termenung memandang kosong kearah swimming pool.

"Izz dah pukul 12 tak tidur lagi?" sapa datin Maria apabila menyedari Izz berada di luar rumah pada lewat malam.

"Izz tak mengantuk lagi la mama." jawab Izz.

"Izz fikirkan apa sampai lewat malam ni?" soal datin Maria.

"Mama ingat tak perempuan yang pengsan dekat kubur haritu? Siapa dia sebenarnya?" soal Izz yang semestinya inginkan jawapan.

Datin Maria mula menggelabah apabila mendengar soalan dari anaknya itu.

"Dia..dia mungkin kawan lama Izz je. Tak payah fikirlah . Mama rasa elok Izz masuk tidur sekarang ,dah lewat ni" ujar datin Maria agar Izz tidak terus menerus fikirkan tentang Naura.

"Okay mama." Izz hanya akur lalu berjalan menuju ke dalam rumah.

"Kalau ingatan Izz dah pulih macam mana? Habislah aku." gumam datin Maria.

"Izz , tunggu!"

"Ada apa mama?" soal Izz yang baru sahaja ingin memasuki rumah.

"Next week Izz kahwin dengan Raisha" tegas sahaja datin Maria bersuara.

"Kenapa next week? Awal sangat la mama" tolak Izz. Kalau boleh dia nak mengenali Raisha dengan lebih detail. Kadang-kadang dia terfikir jugak macam mana la dia boleh bertunang dengan perempuan yang suka marah-marah, suka tampar orang.

"Keluarga Raisha yang minta . Jadi Izz jangan nak membantah. Next week kahwin"masih tegas dan lantang suara datin Maria.

" Suka hati mama la" jawab Izz acuh tak acuh lalu memasuki rumahnya.

********

Izz hanya mengikuti Raisha untuk mencari cincin perkahwinan mereka. Kalau ikutkan Izz dia tidak mahu ikut tapi bila dipaksa oleh Datin Maria Izz hanya mampu akur.

"I nak yang tu" ujar Raisha kepada seorang pelayan kedai emas .

"Bukan yang ni la! I nak yang tu. Tengok betul-betul la orang tunjuk yang mana!" marah Raisha apabila pelayan tersebut tersalah ambil cincin yang diinginkan oleh Raisha.

"Maaf Cik" ujar pelayan tersebut lalu memberi sebentuk cincin yang dipinta oleh Raisha.

"Baby cantik tak?" soal Raisha sambil menunjukkan jarinya yang elok tersarung cincin emas.

Izz hanya mengangguk, tiada mood dia nak layan lebih-lebih. Datang sini pun terpaksa.

"Tolong ambilkan I cincin yang mahal dan cantik" arah Raisha kepada pelayan kedai emas itu.

Usai memilih pelayan tersebut memberi sebentuk cincin kepada Raisha.

"Apa punya test you ni? Ni design lama la. You ni tak pernah beli emas ke? Oh lupa you kerja layan orang nak beli emas je kan, patutlah tak tahu pasal emas ni." sindir Raisha dengan senyuman mengejeknya.

"Takpa la Cik, kitaorang tak jadi nak beli. Maaf ye perangai tunang saya memang macam ni , tak pandai nak hormat orang" perli Izz lalu meninggalkan Raisha di dalam kedai emas tersebut.

Raisha terus berlari kearah Izz apabila ditinggalkan dengan begitu pantas oleh Izz.

" Izz sampai hati you kan malukan I depan perempuan tu!" marah Raisha apabila dimalukan depan pelayan kedai emas tadi.

"You tahu malu? Habis perempuan tadi tak malu la bila you cakap macam tu dekat dia? Kenapa you perlu hina dia? Dia ada ganggu hidup you ke. Takda kan. Tak boleh ke you hormat orang lain. I perhatikan je you ni, asyik nak marah orang nak cari gaduh dengan orang, tak boleh ke you hormat sikit orang lain?" lantang sahaja suara Izz saat ini.

"You kenapa nak back-up perempuan tu? I ni tunang you tau. You sepatutnya sokong apa yang I buat.!" bentak Raisha.

"Semua yang I cakap you akan cakap I back-up dia la macam-macam. You memang tak boleh nak terima ke yang tu salah you? And why i kena sokong apa yang you buat kalau dah sah-sah benda tu salah?" ujar Izz dengan suara yang cuba dikawal marahnya. Kalau boleh taknak la dia termarah perempuan tempat awam ni nanti tak pasal-pasal orang fikir dia lelaki dayus.

"You jadi macam ni sebab Naura kan? Bila you jumpa Naura je you akan malukan I. Apa lebihnya si Naura tu?" soal Raisha dengan nada marahnya.

"Kejap, kenapa tiba-tiba je you kaitkan Naura dalam masalah ni? You kenal dia kan tapi kenapa you cakap you tak kenal dia?" soal Izz.

"I tak kenal dia la. Cuma I tengok you ni asyik nak menangkan dia je. Apa lebihnya dia? " Marah Raisha yang cuba sembunyikan tentang identiti Raisha pada Izz.

"You nak tahu apa lebihnya Naura? Lebihnya dia bila dia pandai tutup aurat, lebihnya dia sebab dia pandai hormat orang, dan lebihnya dia bila dia tahu jaga maruah dia sebagai kaum hawa. " tenang sahaja Izz menjawab.

"So you menyesal la tunang dengan I? Habis you nak kahwin dengan Naura? You jangan mimpi la!" bentak Raisha.

"I tak cakap yang I menyesal tunang dengan you dan I tak cakap I akan kahwin dengan Naura, cuma I juga tak cakap yang kita akan kekal bersama. So better you ubah sikap you" ujar Izz lalu meninggalkan Raisha seorang diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience