Bab 4

Romance Series 36174

“Woi! Ada orang nak jumpa kau” sergah Mawar yang kini berdiri di hadapan pintu bilikku.

“Siapa?” Soalku lalu meletakkan novel yang aku baca di meja kecil berhampiran dengan katilku.

“Mana la aku kenal. Kau jangan nak banyak tanya la . Cepat sikit!” Arah Mawar.

Tanpa menjawab aku terus menyarungkan tudung ke kepalaku lalu keluar menuju ke ruang tamu.

“Nenek” aku tergamam melihat nenek bersama dengan dua orang wanita yang agak berumur. Pandanganku beralih pula pada figura lelaki yang amat aku kenali sedang duduk di bangku kayu luar rumahku menghadap ke sawah padi. Kenapa nenek dan Izz datang sini?

Aku mendapatkan Nenek dan bersalaman dengan nenek begitu juga dengan dua lagi wanita yang turut sama disitu.

“Naura kenalkan Mak Nab dan Mak Sah. Diorang ni mak saudara Izz” ujar nenek kepadaku. Aku hanya menghadiahkan senyuman manis kepada dua orang wanita itu.

“Kenapa nenek datang sini? Macam mana nenek tahu kampung Naura?” Soalan yang aku inginkan jawapan akhirnya diluahkan.

“Kami datang ni ada hajat. Naura dah ada kekasih hati ke?” Soal nenek. Soalan nenek membuatkan aku tak senang duduk . Dah kenapa tanya soalan tu.

“Takda nenek . Kenapa?”soalku pula . Jangan la apa yang aku fikir semuanya benar.

“Bagusla kalau macam tu kami datang sini ada hajat. Kami nak lamar Naura untuk jadi isteri cucu nenek Izz Rayqal. Nenek harap Naura terima lamaran nenek” keterangan nenek membuatkan aku tidak senang duduk. Perkara yang aku minta jauh akhirnya berlaku. Oh no!

Aku memandang Ayah dan Mak Cik Melati, mereka hanya mendiamkan diri.

“Err.. Naura.. Naura..” aku mati kata kata. Entah apa lagi alasan yang aku perlu bagi.

“Nenek harap Naura terima lamaran ni. Nenek tahu Naura mampu jadi isteri yang baik untuk Izz . Naura mampu ubah hidup Izz” ujar nenek bersungguh sungguh.

Sudah ,apa aku nak cakap ni. Izz ya Izz . Aku perlu guna nama dia untuk selamatkan diri aku.

“Tapi Izz...” belum sempat aku menghabiskan kata kataku nenek sudah mencelah.

“Izz tak kesah. Izz terima Naura sebagai isteri dia. Kalau dia tak terima takdanya nenek sampai dekat sini” ujar nenek lagi.

Ni mesti kes paksa ni . Kalau tak memang takla si Izz tu sanggup nak kahwin dengan aku.

“Naura nak cakap dengan Izz dulu boleh?” Tanyaku kepada nenek.

“Boleh, nenek harap Naura tak kecewakan nenek” ujar nenek.

Aku hanya tersenyum lalu berlalu pergi mendekati Izz.

Wajah Izz ketika ini tenang sahaja. Mana taknya orang yang dibesarkan di bandar yang penuh dengan kesibukan tiba tiba sampai di kampung yang tenang ditambah lagi ada sawah padi.

“Boleh kita cakap sekejap?” Soalanku menyentakkan Izz yang sedang khusyuk menghirup udara segar.

“Ehh bila kau datang sini? “ soal Izz dengan wajah terkejut.

“Tadi masa awak khusyuk sangat tengok sawah padi tu” ujar ku simple sambil duduk disebelahnya.

“Kau terima apa yang nenek minta tu?” Tanya Izz dengan penuh kesayuan. Aku tahu dia mesti dipaksa . Kesian pula aku tengok dia segala hidup dia nenek yang atur.

“Saya tahu awak terpaksa , jadi apa yang saya boleh bantu awak?” Soalku pula.

“Kau tahu kan aku tak suka mana mana perempuan. Takkan la aku nak kahwin lebih lebih lagi dengan orang yang aku tak cinta. Hati aku, cinta aku bukan untuk sesiapa. Hati dan cinta aku dah lama mati“ terang Izz sambil memandang kosong kearah sawah padi.

Inilah kali pertama aku mendengar dia bercakap dengan penuh lemah lembut. Hurmm Cik hati janganlah mudah cair.

“Saya faham perasaan awak. Jadi awak nak saya buat apa?” Soalku pula.

“Tolong batalkan perkahwinan ni. Aku harap sangat kau mampu tolong aku “ rayu Izz lalu memandang tepat kearah mataku.

Jantung aku bergerak laju. Anak mata aku dan dia saling berpandangan. Aku dah mula gelisah. Tapi dia cool sahaja. Tenang.

“A..apa.. yang.. yang.. sa..sa..saya kena.. bu..buat” haa kan segala Saka gagap dah rasuk aku.

“Naura hanya perlu teruskan perkahwinan ini. “

Aku dan Izz terus berpaling kearah belakang apabila disapa oleh satu suara yang amat kami kenali.

“Nenek” serentak aku dan Izz bersuara. Sah nenek dengar semua perbualan kami.

“Kalau majlis ni dibatalkan nenek tak akan maafkan kamu Izz. “ ujar nenek lalu meninggalkan aku dan Izz.

Aku pandang Izz begitu juga dia pandang aku.

“Kita teruskan perkahwinan ni” jelas Izz memberi arahan

“Awak pasti?” Soalku pula.

“Ya. Tapi ada syarat.”ujar Izz

“Syarat ? Apa?”

"What! biar betul ibu" terkejut Merry apabila Mak Cik Melati menceritakan perkara yang terjadi petang tadi.

"Ye Merry, lelaki tu fuhh kaya gila.Kereta dia mewah sangat" Mak Cik Melati mula menceritakan segalanya kepada Mawar yang baru balik dari universitinya kerana cuti sem.

"Mana aci ibu. Naura tak layak dapat lelaki kaya. Kenapa ibu tak halang?" bentak Merry.

"Ibu dan ayah tak mampu nak tolak. Nenek dia nampak tegas sangat." ujar Mak Cik Melati.

"Tapi kan biar jelah diorang kahwin. Nanti kita tumpang la duit lelaki tu dan..."

"Dan.. apa Merry?" tanya Mak Cik Melati.

"Ibu perkahwinan mereka tak tahan lama pun. Percayalah Merry. Lagipun lelaki tu kaya dia boleh dapat lebih dari Naura la. Tak lama lagi bercerai latu. Si Naura tu orang kampung je. So biar jelah perempuan tak sedar diri tu kahwin. Merry pun dah menyampah tengok muka dia." terang Merry dengan penuh kebencian.

"Bijak anak ibu ni" ujar Mak Cik Melati lalu mengulas lembut rambut Merry.

"Well, tengok ibu dia la" ujar Merry lalu menayangkan muka bangganya.

Mereka bergelak ketawa dengan riang.

"Haa Izz sampai pun. Hari ni nenek lapar, jadi Naura nak masakkan untuk nenek. Jadi nenek ajak la Izz datang sekali" jelas nenek yang baru sahaja mendapatkan cucunya itu.

"Nenek Naura dah siap..." kata kataku terhenti apabila melihat Izz dihadapan mataku.

"Naura, nenek ajak Izz sekali. Tak pa kan? Lagipun korangkan nak jadi suami isteri dah nanti ,so tak salah pun kan." ujar nenek kepada ku.

"Err..takpa nenek." ujar ku. Biarpun dalam hati aku ni nak je halau lelaki tu. Ni mesti ada la nak sakitkan hati aku pula.

"Korang borak la dulu nenek nak solat jap. Nenek tak solat lagi." ujar nenek lalu terus meninggalkan aku dan Izz berdua duaan.Memang la ada bibik dekat rumah ni tapi aku tetap tak selesa.

Aku dan Izz menuju ke meja makan dan duduk disitu sementara menunggu nenek solat.

"Awak, boleh saya nak tanya? Maaf la kalau soalan saya ni buat awak tak suka" tanyaku bagi memecah kesuyian.

"Apa?" tanya Izz acuh tak acuh sahaja.

"Boleh saya nak kenal dengan parents awak? Sebab saya taknak la orang cakap nanti yang saya tak kenal mertua sendiri." ujar ku lagi.

"Hurmm papa aku dah meninggal dua tahun lalu.Mama aku pula err kau kenal la nanti. " ujar Izz.Tapi part mamanya itu dia seakan menyorokkan sesuatu yang membuat aku tidak senang duduk.

"Okay. Awak boleh tak nanti lepas kita kahwin, awak buat buat mesra dengan saya. Saya takkan nak lah orang kampung cakap apa pula." jelasku . Aku berharap yang Izz akan memahami keadaan aku.

Majlis akad nikah kami akan diadakan di kampung memandangkan itu permintaan aku sendiri. Aku tidak mahu orang kampung menimbulkan fitnah apabila aku berdua duaan dengan Izz. Majlis belah lelaki pula diadakan di hotel yang agak mewah. Katanya nak buat besar besaran. Aku bagai lembu yang dicucuk hidung apa yang nenek atur aku ikut begitu juga Izz.

"Aku tahu la. Kau ingat aku bodoh sangat ke?" jelas Izz.

"Saya cuma nak ingatkan je. Tu pun salah ke?" ujar ku lalu menuangkan air kedalam gelas. Aku juga menyusun pinggan dan lauk diatas meja sementara menunggu nenek turun.

Beberapa minit kemudian, nenek turun mendekati kami.

"Maafkan nenek sebab lambat" ujar nenek lalu duduk disebelahku.

"Takpa nenek. Jom la makan Izz lapar dah ni" Ujar Izz.

"Izz bukan lapar sangat pun Izz cuma tak sabar nak rasa masakan bakal isteri Izz ni kan. Untungkan Izz dapat isteri yang cantik, baik , pandai masak yang penting pandai hormat orang" segala jenis pujian mula keluar dari mulut nenek.

"Err.. Naura tak macam apa yang nenek cakap tu" ujar ku. Aku pun tak tahu nak jawab apa.

"Eleh kau jangan nak perasan la" Izz pula bersuara.

"Bila masa saya cakap saya perasan? Awak tu yang lebih. Suka sangat buat kita sakit hati." marah aku balik.

"Haa elok la tu gaduh. Orang tua cakap kalau gaduh-gaduh lama lama cinta. " usik nenek kepada aku dan Izz.

"Dia yang mula dulu nenek" serentak aku dan Izz bersuara. Jari aku menunjuk kearah Izz manakala jari Izz menunjuk kearah aku. Ish dia ni ikut aku tu kenapa? Menyampah pulak aku.

"Tak payah nak tunjuk sweet dekat sini la. Nenek lapar ni" sekali lagi aku dan Izz kena dengan nenek.

Aku menghadiahkan jelingan maut kepada Izz dibalas pula dengan triple jeling dari Izz.

"Sedap tak Naura masak?" tanya nenek setelah kami semua selesai makan tengah hari.

"Tak sedap" jawab Izz selamba.

Amboi, yang tak sedap ni la kau makan tak hentinya. Nasib aku masak lebih.

" Laa tak sedap ke? Patut la habis tiga pinggan Izz makan" perli nenek kepada Izz.

Aku senyum kemenangan. Akhirnya kau kalah.

"Apa kau senyum-senyum? Aku makan sebab aku lapar je. " bentak Izz.

"Cuba elokkan panggilan tu. Kau aku kau aku. Izz dah nak jadi suami Naura kan. Cuba panggil sopan sikit" bebel Nenek.

"Habis nenek nak Izz panggil apa? Baby?Sayang? Anje? tak pun Ucuk Baby? ee tak nak la geli Izz" ujar Izz lalu membuat wajah yang ingin muntah.

Nak tersembur tawa aku. Nasib aku sempat kawal.

"Ish kamu ni Izz. Dah Naura ni bakal isteri kamu apa nak gelinya. Panggil je manja , sayang, baby pun takda orang kesah sweet apa." ujar nenek lagi.

"No nenek No. Good morning baby sayang! eee geli nek geli" ujar Izz lalu membuat muka menyampahnya.

Aku tergelak kecil. Habis kawal dah tapi terkeluar juga.

"Haa kau jangan nak lebih ehh" ujar Izz lalu menjeling kearahku.

Nenek hanya ketawa melihat wajah Izz yang mula masam mencuka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience