Bab 19

Romance Series 36174

Phone aku berdering, tentera nama Izz. Aku menjawabnya.

"Assalamualikum, awak buat apa tu?"soal Izz dari dalam talian.

" Saya tengah masak ni." jawab aku dalam nada yang tiada mood. Pipi aku pun masih terasa sakit lagi akibat deraan datin Maria.

"Sarah mana? Kenapa dia tak masak?" soal Izz lagi.

"Sarah cuti. Jadi tak salahkan kalau saya masak."

"Ouh takpa la kalau macam tu. Awak masak la dulu. Bye assalamualaikum" ujar Izz lalu mematikan talian.

"Waalaikumussalam" air mata aku keluar membasahi pipi. Kalaulah dia tahu macam mana mama dia layan aku , mungkin aku dah tak duduk disini dengan datin. Kalaulah dia tahu aku terlalu derita bila didera dihina oleh datin Maria, sanggupkah dia tinggalkan aku bersama datin? Tapi macam mana sekali pun aku takkan ceritakan perkara buruk tentang mamanya , aku tahu Izz terlalu sayangkan mamanya dan dia takkan percaya semua tu. Sabar la Naura insyaallah ada sinar disebalik awan mendung.

Aku meneruskan kerja aku. Kata datin ada tetamu istimewa nak datang, jadi aku perlu masak lebih . Masak lebih tu untuk datin dan tetamu je aku tak boleh makan. Itu arahan datin pada aku . Aku tidak boleh makan semua benda dirumah itu kecuali biskut yang berada di dalam bekas. Biskut tu pun ada beberapa keping. Aku perlu makan berjimat memandangkan aku ada gastrik.

Ting Tong!

Datin Maria terus membuka pintu setelah terdengar sahaja bunyi loceng.

"Hai! Kenapa lewat datang rumah aunty?" ujar datin Maria dengan girang sambil berpelukan dengan seseorang.

"Sorry la aunty, ada kerja sikit" ujar seseorang yang dikatakan tetamu itu. Aku hanya menjadi pendengar dari dapur.

"Mari la masuk, kita makan. Hari ni aunty ada bibik baru. Mesti Raisha tak sabar kan nak tahu siapa" ujar datin Maria sambil berjalan beriringan dengan Raisha ke dapur.

Raisha datang? Apa pula la yang dia nak buat dekat aku. Sabar Naura , hari ni last kau duduk sini esok Izz dah balik. Sabar Naura sabar.

"Oh no! Ni bibik baru aunty. Opps, menantu jatuh class jadi bibik" ujar Raisha sambil ketawa mengejek.

"Dia bukan menantu aunty la. Raisha je layak jadi menantu aunty." ujar datin Maria.

"Kesiannya dekat kau" ujar Raisha sambil menggosok bahu aku.

"Jangan sentuh aku la" aku menepis perlahan tangan Raisha.

Pang!

Satu tamparan kuat melekat di pipi aku. Tamparan datin Maria yang menyebabkan tepi bibir aku berdarah.

"Biadapnya kau! Kau yang tak layak nak sentuh Raisha. Kau ingat kau tu bersih sangat ke sampai orang nak sentuh? Orang sanggup sentuh tu kira okay la." perli datin Maria sambil menunjal kepalaku.

Aku hanya mendiamkan diri menahan sakit . Air mata dibiarkan keluar. Sepanjang aku bersama datin Maria, air mata aku terlalu mudah untuk keluar. Aku penat, aku sakit, aku derita. Seteruk-teruk Mak Cik Melati pukul aku , takda la sampai sehari hampir sepuluh kali dipukul.

"Kau tercegak apa lagi? Raisha datang nak makan bukan nak hadap muka kesian kau tu!" tengkin datin Maria lagi.

Aku terus menghidangkan makanan. Aku mengambil dulang lalu meletakkan dua gelas dan satu jag yang berada berisi air.

"Arghhhh!"

Aku mengadu kesakitan apabila Raisha menyekat kaki aku sewaktu membawa dulang menyebabkan dulang itu jatuh dan kaca itu terkena kaki aku. Penuh darah berlumuran di lantai. Luka yang aku rasakan ni kaki amat dalam. Perlahan-lahan aku menarik keluar kaca tersebut.

"Raisha! Kau buat apa ni? Kau tahu tak gelas tu mahal!" jerkah Datin Maria lalu menarik aku bangun dan ditamparnya kiri dan kanan pipiku lalu menolak aku sehingga tersungkur di lantai menyebabkan kedua belah tapak tangan aku terkena kaca.

"Datin jangan la buat Naura macam ni. Sakit datin. Naura minta maaf. Jangan seksa Naura macam ni. Naura dah tak sanggup, Naura sakit datin." teresak-esak aku menangis sambil menahan sakit dek kerana kaki dan kedua belah tapak tangan aku berdarah ditambah lupa muka aku yang lebam dipukul datin.

"Kau tak payah nak berdrama dekat sini la! Aku nak kau lap semua darah kau ni. Eee kotor la !" herdik datin Maria dengan memek muka bencinya.

Aku mengesot mengambil kain lalu mengelap darah yang berlumuran di lantai. Satu lagi kain digunaku untuk menutup lula yang masih lagi segar mengeluarkan darah.

Selesai mengelap lantai aku terus terhinjut-hinjut masuk ke dalam bilik untuk menyapu ubat bagi menghentikan darah yang keluar.
Peti first aid lalu mengambil ubat dan menyapu tempat luka . Aku membalut luka di kaki dan kedua belah tapak tanganku. Bahagian tepi bibir juga turut disapukan ubat.

Aku mencapai phone lalu menghubungi Izz. Sesungguhnya aku terlalu penat dengan semua ni..

"Awak sibuk ke?" soalku sambil menahan sebak.

"Tak sibuk pun. Kenapa? Takkan dah rindu saya?" jawab Izz.

"Awak, lambat lagi ke awak nak balik?" soal aku lagi.

"Esok saya balik la. Naura awak okay tak ni? Kenapa awak nangis?" soal Izz yang dapat mengagak suara tangisanku.

"Izz, saya..." aku memberhentikan kata-kataku. Aku tidak kuat untuk meneruskannya. Air mata dibiarkan sahaja membasahi pipi.

"Naura kenapa ni?"

Saya derita Izz, tolong saya. Saya takda kekuatan nak ceritakan semua pada awak. Saya tak sanggup nak burukkan mama awak. Cukuplah saya kehilangan seorang ibu yang saya cinta, saya taknak awak juga bakal kehilangan seorang ibu. Perit sangat bila kita terpaksa berjauhan dengan orang yang kita sayang.

"Naura awak okay tak ni? Kenapa diam je? Awak jangan buat saya tak senang duduk" ujar Izz lalu apabila soalannya tadi tidak dijawab.

"Takda apa la Izz. Saya okay. Okay la saya ada kerja. Jaga diri awak tau" aku terus menamatkan talian.

Maafkan saya Izz, saya akan cuba jangan hubungan awak dengan mama awak. Saya tak nak disebabkan saya awak kehilangan mama awak sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience