Bab 18

Romance Series 36174

"Saya nak cakap ni, lusa saya dengan nenek kena pergi Kelantan ada hal syarikat nak kena selesaikam. Saya pergi 2 malam 3 hari." ujar Izz setelah duduk dimeja untuk bersarapan.

"Ye ke? Boring la saya takda orang nak cari gaduh. Selalunya gaduh dengan awak je" jawabku sambil menuangkan air kedalam cawan.

"Tapi, saya takkan biarkan awak sorang-sorang dekat rumah ni. Bahaya awak tu perempuan. Saya nak sepanjang saya dekat Kelantan, awak duduk dengan mama. Saya nampak mama dah macam boleh terima awak. At least bolehlah awak eratkan lagi hubungan awak dengan mama." ujar Izz sambil menyuap nasi goreng.

Duduk sekali dengan mama Izz? Oh no perkara ni aku nak sangat dijauhkan tapi kena duduk sebumbung tanpa Izz pula tu. Apa aku nak buat ni. Tak sanggup aku nak dimaki hamun hari-hari.

"Boleh tak? Kenapa diam je?" soal Izz setelah soalannya tadi dijawab dengan tenungan.

"Err.. Bukan apa, saya tak biasa la dengan mama awak. Saya still awkward. Tak boleh ke saya pergi sana dengan awak sekali lepas awak balik dari Kelantan?" Aku cuba mencari idea yang boleh dipakai guna walau aku tahu fikiran aku sudah tidak berfungsi saat ini.

"Sebab awak tak biasa dengan mama la saya nak awak biasakan. Awak jangan la takut, saya yakin yang mama tu dah mula suka dekat awak. Awak cuba ambil hati dia . Lagipun awak mesti rindu ibu awak kan ? So mama boleh jadi ibu awak walau takkan sama kasih sayang dari seorang ibu kandung" bersungguh-sungguh Izz memujukku agar setuju dengan cadangannya.

Nak tak nak kau dah tak ada jalan nak lari Naura.Takkan aku nak cerita buruk pula pasal mama dia. Mesti tak percaya dia tu rapat gila dengan mama dia. Takpa, Sarah kan ada. Dia boleh temankan aku. Sabar Naura 3 hari je kau duduk dengan datin.

"Kalau macam tu saya cuba. Makanlah, awak dah lambat nak masuk office" jawabku yang sedaya upaya menyorokkan saya gementar dalam diri.

"Saya tahu hati awak baik dan ikhlas." ujar Izz dengan senyuman lalu meneruskan sarapannya.

******

"Izz yakin ke nak tinggalkan Naura dengan mama Izz? Izz kenal kan mama Izz macam mana." soal nenek kepada Izz sewaktu mereka berada sedikit jauh dari aku dan datin Maria yang berada di ruang tamu milik datin Maria.

"Mama dah terima Naura. Izz kenal mama tu, dia takkan buli Naura ke hina ke , mama tu hatinya baik." jawab Izz bagi memujuk nenek.

"Suka hati kamu la Izz. Kalau jadi apa-apa pada Naura kamu jangan nak menyesal." ujar nenek lalu terus mendekati aku.

"Naura, nenek akan balik secepat yang mungkin. Kalau ada apa-apa bagitahu nenek, jangan diam je" ujar nenek sambil memandang sinis kearah datin Maria.

"Mommy tak perlu nak pandang Maria macam tu.Maria tahu la nak jaga menantu Maria ni. Lagipun Naura ni anak yang baik." ujar datin sambil menepuk perlahan bahuku. Aku dah boleh bayangkan apa yang bakal berlaku pada diriku.

"Depan orang semua baik , belakang belum tentu kan. Naura nenek pergi dulu ye. Jaga diri baik-baik" ujar nenek lembut usai memerli datin Maria.

"Nenek pun hati-hati tau." ujarku pula.

"Saya macam mana? Tak nak ke cakap apa-apa?" Izz pula mencelah dengan wajah manjanya.

"Awak..hurmm nak cakap apa?"

"Takpa biar saya cakap. Awak jangan rindu saya tau." ujar Izz dengan senyum nakalnya.

"Alahai dulu bukan main tak suka sekarang depan nenek pun berani nak bermanja ye" usik nenek apabila melihat celoteh Izz. Namun lain diwajah datin Maria.Mukanya seakan menyampah apabila Izz bermanja dengan aku.

"Izz ni ngada-ngada je lebih. Dah la lewat ni nenek nak sampai airport. Nanti lambat pula" pesanku apabila nenek dan Izz masih tidak bertolak ke airport.

"Ye la nenek pergi dulu. Asslamualaikum" ujar nenek lalu terus keluar dari rumah datin Maria begitu juga Izz.

"Sekarang kau dah tak perlu nak tunjuk membesar dekat sini. Aku dah bagi Sarah cuti jadi dekat rumah ni hanya kau dan aku. Jadi kau tahu la kan siapa bakal ganti Sarah sepanjang dia cuti ni." ujar datin Maria sambil duduk menyilangkan kaki di sofa.

"Lagi satu, bilik kau dekat bilik Sarah. Kau jangan berlagak nak tidur bilik atas. One more thing memandangkan hari ni rumah ni tak dikemaskan lagi, jadi aku nak kau buat kerja yang sepatutnya kau buat. Make sure semua bersih dan lepas siap buatkan aku fresh orange." Datin Maria bersuara lagi lalu terus berjalan menuju ke swimming pool.

Malas aku nak berdebat aku hanya ikut arahanya satu persatu. Setakat buat kerja rumah aku tak kisah sangat. Maka bermulalah pekerjaan baru aku iaitu orang gaji datin Maria. Tapi aku rasa lebih kepada hamba abdi sebab majikannya hurmm faham-faham la.

Lantai aku mop, sofa sudah tersusun rapi, karpet semua aku sudah vacum maka arahan terakhir buatkan permaisuri fresh orange juice. Setelah siap air yang dipesan aku berjalan menuju kearah datin Maria yang sedang lena berehat di swimming pool.

"Datin, fresh orange dah siap" ujarku sambil menghulurkan segelas fresh orange kepada datin Maria. Dengan angkuh datin Maria mengambil gelas itu dari tanganku.

"Air apa kau buat ni. Kenapa orange dia tak fresh!" jerkah Datin Maria lalu mencampakkan gelas kaca itu pada lantai.

"Maaf datin, orange dalam peti dah tak berapa fresh." jawabku .

"Sial la kau ni! Lain kali kalau tahu orange dah tak fresh pergi la beli yang baru bukan bagi aku minum terus je. Patut keluarga sendiri buang kau perangai bodoh tak bertempat." lantang sahaja hinaan keluar dari mulut datin Maria.

Aku tidak mahu layan perasaan. Perangai datin Maria makin dilayan makin sakit hati. Aku membersihkan lantai yang dipenuhi dengan kaca dan tumpahan orange juice.
Usai semua kerja aku mula masuk ke bilik untuk mandi.

"Naura!" laung datin Maria dari arah ruang tamu. Aku yang baru sahaja ingin mandi terus ke ruang tamu.

" Kenapa datin?" soalku dalam nads ketakutan.

"Kau lap tak meja ni habuk penuh lagi. Kau nak aku sakit ke!" tengkin datin Maria sambil menarik kuat rambut aku .

"Maafkan saya datin, Tadi saya rasa dah bersih." jawabku gagap bercampur menahan sakit.

Pang!

Sati tamparan lekat dimukaku. Aku memegang pipi aku yang masih panas terkena tamparan datin Maria.

"Macam ni kau kata bersih?Oh lupa kau dengan sampah kan takda beza jadi memang kau suka kotor. Orang kampung biasa la." perli datin Maria lalu terus mendaki anak tangga kebiliknya.

Mutiara jernih keluar tanpa dipinta. Aku ingin mengelap kembali meja yang dikatakan berhabuk. Namun meja itu tidak pun berhabuk malah bersih. Aku mula faham, datin hanya ingin mencari kesalahan aku untuk dihinanya.

Share this novel

NH_HANS
2020-12-15 14:48:48 

pndknye chp.. nxt pls


NovelPlus Premium

The best ads free experience