Bab 6

Romance Series 36174

Merenung pada malam kematian angin
Pada laut kematian ombak
Seperti telah menutup
Pintu kehidupan ini
Menjadi sepi dan lara
Pada kemusnahan yang tak pernah dipinta

Ya Allah jika takdirku menjadi isteri kepada Izz Rayqal aku terima. Kau jadikanlah aku isteri yang taat pada suami. Kau tabahkanlah aku untuk merempuh segala ujianmu Ya Allah. Aku harap perkahwinan tanpa cinta ini akan terhasilnya seribu satu kenangan.

"Naura dah siap? Jom kita keluar.Pengantin lelaki dah sampai." ujar Mak Kiah dari arah belakangku. Sungguh aku menyayangi Mak Kiah kerana Mak Kiah selalu baik denganku.

"Naura dah siap. Err..Mak Kiah, Naura takut la" ujarku lalu memegang tangan Mak Kiah.

"Jangan la takut. Sekarang Naura perlu senyum je. Insyaallah Mak Kiah selalu doakan kebahagiaan anak saudara Mak Kiah ni. Arwah Suryati mesti happy anak dia nak kahwin."ujar Mak Kiah lagi.

" Terima kasih Mak Kiah."

Dengan lafaz bismillah aku kuatkan diri aku untuk meneruskan perkahwinan ini. Langkah demi langkah diatur menuju ke ruang tamu. Dari jauh aku sudah dapat melihat wajah Izz yang memandang ke arah aku.

"Aku terima akan nikahnya Naura Mikayla binti Muhammad dengan mas kahwinya sebanyak yang tersebut."

Dengan sekali lafaz aku sah menjadi isteri kepada lelaki bernama Izz Rayqal.

Izz mendekati aku. Aku bersalaman dengannya . Cium dahi. Itulah arahan photographer . Izz seakan kekok dengan tindakan itu.

Sewaktu dia mencium dahi aku, ada beberapa patah perkataan yang disebutnya.

"Semoga kau tabah menjadi isteri 30 hari tanpa cinta aku."

Aku hanya memberikan senyuman pada kata katanya.

"Yang baju biru sebelah mak kau tu la mama aku. Nanti tak pasal pasal kau salam dengan orang lain pulak" bisik Izz padaku.

Perlahan lahan aku bangun lalu bersalaman dengan mama Izz. Namun yang menjadi persoalan, mengapa mama Izz menarik tangannya sewaktu aku belum sempat mencium tangannya?Namun aku hanya bersangka baik.

***

"Sayang, dari tadi lagi abang tengok sayang cuci pinggan ni. Rehat la dulu. Lagipun abang ada perkara nak cakap ni." ujar Izz dari arah belakang aku.

Sayang? Abang? demam ke suami aku ni?

"Err, ada apa?" aku seakan akan canggung dengan situasi sekarang. Takkan la aku nak panggil dia abang.

"Abang nak cakap benda sekejap. Abang tunggu dalam bilik ehh. Jangan lama sangat." ujar Izz lalu terus menuju ke arah bilik tidur.

Tanpa menunggu aku terus mengikut jejak langkahnya. Tarik nafas, hembus. Perlahan lahan aku membuka pintu bilik tidur. Kelihatan Izz sedang duduk di atas katil. Aku mendekatinya.

"Ada apa?" Soal ku lalu duduk di sebelahnya.

"Esok aku nak kita balik KL. Aku taknak la duduk sini. " ujar Izz dengan muka normalnya, bengis.

Kau pulak.Tadi bukan main sayang abang. Sampai geli loya aku ni.

"Kenapa kau diam? Nak suruh aku panggil sayang macam tadi? Ehh sorry la tadi tu sebab ada tetamu je. Kalau diorang takda tadi lambat lagi aku nak bersayang bagai ni." terang Izz lagi.

"Err saya diam bukan sebab tu la. Cuma tak awal sangat ke? Hari ni kahwin esok dah balik KL" aku memberi cadangan. Kalau boleh aku masih ingin duduk di kampung lagi.

"Habis kau nak suruh aku duduk kampung ni? Dengan panasnya dah la kena kongsi bilik dengan kau. Bilik dah la sempit" Lancar sahaja luahan Izz keluar dari mulutnya.

"Kalau itu yang awak nak, saya turut. Esok kita balik KL. Lagipun saya isteri awak tak baik kalau saya melawan." Aku mengalah walaupun hati aku cukup sakit dengan kata kata Izz.

"Kau tak payah nak isteri bagai la. Kau kena ingat kita kahwin sebab paksaan bukan cinta. Dah la aku nak tidur." ujar Izz lalu menepis aku bagi memberi ruang untuk dia tidur.

"Oh lagi satu, kau tidur bawah eh, Jangan nak mengada nak tidur atas katil ni sekali."Izz bersuara lagi lalu terus melelapkan matanya.

Tanpa aku sedar air mataku telah menitis mengalir membasahi pipiku. Aku seorang yang sangat mudah terasa. Maklumlah kehidupan aku yang penuh dengan kesedihan, kebencian serta kesiksaan.

Aku selalu idamkan seorang suami yang mampu membuat aku bahagia setelah lama aku merana. Seorang suami yang mampu menjadi ibu bapa aku. Seorang suami yang mampu membimbing aku. Namun semuanya hanya angan angan apabila aku sah menjadi isteri 30 hari Izz Rayqal.

Air mataku dikesat. Aku perlu kuat. Mengapa aku perlu sedih sedangkan aku sudah biasa dibenci dan dihina. Naura kau kena kuat, tabah. Senyum Naura senyum. Senyum selagi kau mampu.

***

"Awalnya Naura nak pergi KL.Mak Kiah tak puas borak lagi dengan Naura. " ujar Mak Kiah sewaktu aku sudah bersiap sedia untuk ke KL.

Namun aku tidak sempat lagi menjawab , Izz sudah mencelah.

"Nanti Izz bawa Naura balik sini tak lama lagi. Lagipun kitaorang balik awal ni nak uruskan majlis persandingan kitaorang nanti. Kan sayang" Ujar Izz lalu memandang ke arah aku bagi mengiyakan apa yang ujarnya.

"Betul tu Mak Kiah. Nanti Naura balik sini pula." ujarku lalu menyalami Mak Kiah. Begitu juga Izz.

Sewaktu kami dalam perjalanan ke KL beberapa soalan telah diajukan Izz kepada aku.

"Kenapa mak dan ayah kau tak jumpa kau tadi? Anak nak pergi pun boleh buat tak tahu je" jelas Izz.

"Ayah saya sakit. Dia susah nak bergerak banyak. Sebelum pergi tadi saya dah jumpa dengan ayah." jelasku.

"Tapi mak kau tak sakit kan. Aku tengok tadi rancak je dia berborak . Tapi nak jenguk anak sebentar pun tak boleh" jelas Izz lagi.

"Tu Mak Cik Melati. Dia ibu tiri saya. Dia bukan mak kandung saya." aku rasa tiada apa yang perlu dirahsiakan lagi. Izz kini adalah suami aku.

"Habis mak kandung kau mana?" soal Izz.

"Mak kandung saya dah meninggal waktu saya umur 4 tahun. Mak Cik Melati tu kawan baik mak saya." jelasku.

"Merry kakak kandung kau kan? Aku tahu sebab nenek yang cakap."

Aku hanya mengangguk.

"Tapi kenapa aku tengok Mak Cik Melati kau tu lebih rapat dengan Merry berbanding kau? Aku tak pernah pun tengok kau berbual ke bergurau ke dengan Mak Cik Melati." jelas Izz lagi.

"Banyak awak tak tahu pasal diri saya. Dan saya tak mampu nak ceritakan semua tu sekarang. Saya harap awak faham. Insyaallah 30 hari tu cukup untuk awak kenal siapa saya yang sebenar" ujarku pula.

"Dan aku harap 30 hari ni kau jangan jatuh cinta dengan aku dan aku takkan pernah cintakan kau. Hati dan cinta aku bukan milik kau. Aku harap kau pegang kata kata aku ni kalau kau taknak sakit hati kemudian hari."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience