EPILOG

Romance Series 36225

KITA tak pernah tahu
Bila dan siapa cinta sejati kita
Namun, dalam tidak sengaja
Kita dipertemukan oleh garis cinta
Dan dia adalah , Izz Rayqal.

“ Sayang, buat apa dekat luar ni? Tak sejuk ke , dah lewat ni” Sapa Izz yang mendekati aku dari arah belakang. Kedua belah tangannya mengunci kedudukan aku.

“Saja nak ambil angin malam” satu senyuman diberikan kepada Izz.

“Sayang, cuba tengok bintang tu” jari telunjuknya mula terarah kepada bintang yang menyinari malam.

“ Bintang ni seperti kisah kita. Bintang hadir membawa sinar, namun ia hadir dari kegelapan. Macam kisah kita, sempurnya kisah cinta kita, namun dia hadir dari onak dan duri” segaris senyuman mula terbit dibibir kami.

“Terima kasih, sebab awak hadir dalam hidup saya. Awak buat saya kenal erti cinta, awak buat saya kenal erti kehidupan dan yang paling berharga bila awak satukan saya dengan keluarga saya” aku menyandarkan kepalaku didada Izz.

“ Hadirnya cinta dari dua hati, Indahnya kehidupan dari dua jiwa, dan bersatunya keluarga awak dari kesabaran awak sendiri. Awaklah insan yang penyabar , Naura Mikayla.” Ubun-ubunku dikucup lembut.

“Ehem!”

Serentak dengan itu aku dan Izz berpaling kepada pemilik suara tersebut.

“ Agak-agaknya esok ni Merry sorang je ke nak sanding? Ke pengantin lama ni nak sanding juga? Bukan main romantik kat luar ni” usik ayah yang dari tadi menonton drama kami.

“Alaa ayah ni, baru nak buat drama tv3 pukul 7 petang” gurau Izz.

“Ni bukan pukul 7 ni dah pukul 11 malam. Pergi masuk tidur dah lewat ni. Esok nak urus kenduri Merry lagi.” Bebel ayah sambil menepuk bahu Izz.

“ Baiklah ayahku, Naura dengan Izz masuk tidur dulu. Ayah jangan nak lepak dekat luar pula, ayah pun kena masuk tidur” jawabku sambil mengucup tangan ayah.

“ Ayah pun nak tidur ni, selamat malam”

“Selamat malam ayah!”

“ IRFAN, jaga Merry baik-baik. Jadi lelaki yang bertanggungjawab. Aku doakan korang berdua bahagia” ujar setelah Merry dan Irfan selesai diijab qabulkan. Majlis sederhana sahaja dilansungkan. Semua ini atas permintaan Merry sendiri.

“Terima kasih Naura. Dan kau pun jaga diri baik-baik. Tak sabar nak tunggu anak buah sorang ni” jawab Merry lalu mengusap lembut perutku yang mula membesar.

“No hal la, suami Naura ni memang pro bab jaga bini. “ Izz mencelah dengan wajah lagaknya.

“Berlagak nombor satu. Dah la saya nak jumpa Danial dengan Sofia kejap” ujarku.

“Diorang datang ke?” Soal Izz.

“Diorang datang. Saya yang jemput” jawabku ringkas.

“Ouh okay jom .” Ujar Izz lalu memimpin tanganku kearah Danial dan Sofia.

“Berseri-seri wajah bakal pengantin baru ni” usikku setelah menghampiri Danial dan Sofia.

“Bakal pengantin baru ? Siapa nak kahwin. Danial kau nak kahwin dengan Sofia!” Izz menayang wajah teruja.

“Ye la, takkan la kawan aku ni dah beranak pinak aku tak kahwin lagi, agak-agaklah” jawab Danial lalu melaga-lagakan bahunya dengan bahu Izz.

“Tahniah la korang. Terima Kasih sebab jaga bini aku dulu. Tanpa korang tak tahu apa jadi dekat bini aku ni. “ Ucap Izz penuh keikhlasan.

“Takda masalah, lagipun sebab Naura juga lah aku nak kahwin dengan Sofia. Kalau tak memang masing-masing malu nak confess.” Wajah Sofia mula merona merah. Malu bila diingat balik kisah dia bersama Danial dahulu.

“Eloklah tu korang nak kahwin, nanti anak aku ni ada geng nak main sama-sama” ujarku pula.

“Insyaallah kalau rezeki kami nanti.” Jawab Danial.

5 Tahun Kemudian,

“ Izz Rafael! Naira Masha! Papa dah pesankan jangan petik bunga Tokma.” Marah Izz apabila melihat anak-anaknya masih lagi memetik bunga Mak Cik Melati walaupun sudah banyak kali dipesan.

Izz Rafeal kini sudah berusia 5 tahun, manakala adiknya Naira Masha sudah berusia 3 tahun. Dua beradik ni memang satu kepala, sorang buat hal sorang ikut sekaki.

“Maafkan Rafael papa. Rafael tak buat lagi.” Ujar Rafael lalu menyalami papanya.

“Nai..la un intak maaf. Naila anji tak uat lagi. (Naira pun minta maaf , Naira janji tak buat lagi)” si Naira memang pelat . Kadang-kadang Izz dengan Naura pun tak faham apa yang dicakapnya.

“Izz, Naura muntah lagi!” Laung Merry yang mula menghampiri Izz.

“Ye ke? Boleh tolong tengokkan Rafael dengan Naira ?” Soal Izz.

“Boleh je, lagipun Fasha tengah tidur.” Jawab Merry. Fasha , anak Merry dengan Irfan.

“Terima Kasih,” ucap Izz lalu terus mendapatkan aku.

“Sayang, okay tak ni?” Soal Izz berbaur prihatin. Sejak mengandung anak ketiga, alahan yang aku alami bukan biasa-biasa. Makan muntah, tak makan muntah. Lain pula bagi Merry,Merry yang sedang mengandung anak keduanya lansung tiada alahan.

“Okay, cuma pening sikit je. Anak-anak dengan siapa?” Soalku pula.

“Ada dengan Merry. Sayang rehat la dulu. Nak apa-apa ke? abang boleh keluar pergi beli.” Soal Izz sambil membawaku ke ruang tamu.

“Takpa, saya nak rehat je.” Jawabku lalu membaringkan badan di sofa.

“Assalamualaikum”

Bunyi suara dari arah pintu membantutkan hajat aku untuk berehat. Izz terus kemuka pintu.

“Mama!”

“Izz!” Datin Maria terus memeluk tubuh anaknya itu.

“Izz mama minta maaf. Mama tahu mama salah, mama bukan ibu yang baik untuk Izz. Maafkan mama Izz. Mama menyesal dengan perbuatan mama.” Tersedu-sedu datin Maria menangis didalam pelukan Izz.

“Izz dah lama maafkan mama. Izz gembira sangat bila dapat jumpa mama lagi. Maafkan Izz mama, sebab Izz mama masuk lokap.” Ujar Izz sambil memeluk erat tubuh ibunya itu.

“Bukan salah Izz, semua tu salah mama sendiri. Itu balasan mama.”

“Abang, siapa yang datang?” Soalku yang baru sahaja berdiri di muka pintu.

“Naura!” Datin Maria mendapatkan aku pula. Teresak-esak dia menangis.

“Maafkan mama Naura. Mama tahu mama banyak dosa dengan Naura. Ampunkan mama Naura.” Datin Maria memeluk tubuhku.

“Ma..mama, Naura dah maafkan mama. Naura tak pernah ambil hati dengan mama.” Ujarku lalu membalas pelukan datin Maria.

“Mommy, siapa tu?” Soal Rafael.

“Iapa tu ammy ( siapa tu mommy) ?” Naira turut mencelah.

“Tu cucu mama ke Naura?” Soal Datin Maria penuh keterujaan.

“Iya tu cucu mama. Yang lelaki tu Rafael, yang perempuan tu Naira” ujarku dengan senyuman.

“Ya Allah comelnya cucu-cucu tok mama ni.” Datin Maria terus memeluk Rafael dan Naira.

“Tok mama? Siapa tok mama?” Soal Rafael.

“Rafael, Naira, ni mama papa. Panggil tok mama, okay” ujar Izz dengan penuh kelembutan.

“Okay” serentak Rafael dan Naira menjawab.

“Mama ni pun cucu mama juga.” Ujar Izz sambil menggosok perutku.

“Ya Allah, dah berapa bulan?” Soal Datin Maria.

“Baru empat bulan” jawabku sambil menghadiahkan segaris senyuman.

“Alhamdulillah, tak sabar nak tengok cucu sorang ni.” Ujar datin Maria dengan penuh keceriaan.

Ayah dan yang lain hanya memerhati dengan senyuman.

“SAYANG”

“Ye abang.”

“Terima kasih sebab jadi isteri dan ibu yang terbaik kepada anak-anak kita.”

“Terima kasih juga sebab jadi suami dan ayah yang sangat bertanggungjawab.”

“Sayang, biar cinta datang tanpa diundang, dari ia pergi tanpa dipinta.”

“I love you Encik Bengis.”

“I love you too Mrs. Encik Bengis”


~TAMAT~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience