Bab 10

Romance Series 36174

Ting Tong! Ting Tong!

"Datin aa..ada..ada orang nak jumpa Datin" gagap Sarah memberitahu Datin Maria akan kedatangan seseorang.

"Siapa?" acuh tak acuh sahaja Datin Maria menjawab.

"Cik Raisha"jawab Sarah

"What!"

******

"Cucu nenek macam mana? Okay ?" soal nenek kepada Izz setelah dia kini berada di rumah Izz.

"Izz sakit kepala la nek" jawab Izz dengan manja.

"Manja la kamu ni. Dah jadi suami orang pun still manja lagi. Macam mana nak jadi ayah nanti" ujar nenek.

"Ayah?" soal Izz.

"Ye la. Takkan la tak nak ada anak. Nenek ni tak sabar nak ada cicit. Kan Naura?" soal nenek kepadaku yang baru sahaja memasuki bilik Izz.

Aku kelu. Soalan apa yang nenek tanya ni. Aku cuba mengangguk perlahan lahan walau aku sendiri tidak tahu soalan apa yang ditanya nenek.

"Tengok Naura pun setuju. Jadi tak salah la nenek dapat cicit awal." jelas Nenek.

"Hahh cicit?" terkejut aku dengan pernyataan nenek. Takkan la yang aku angguk tadi tu ...oh no no.

"Nek merepek apa ni. Dah la Izz nak rehat." Jawab Izz lalu terus membaringkan badannya.

"Haa eloklah kamu rehat dulu. Nenek nak solat kejap. Naura jaga elok elok laki kamu ni. Dia ni memang manja kalau dia tak sihat. " ujar nenek lalu terus keluar dari bilik tersebut.

Patut la manja macam budak si Izz ni. Ohhh macam ni perangainya. Tuan bukan main bengis sekali demam manja mengalahkan kucing.

"Kau tak payah nak perli aku ehhh..Sekarang aku nak kau ambil semua barang kau letak dalam bilik ni. Malam ni kau tidur sini" tegas Izz memberi arahan.

"Err..Takkan la awak nak ikut apa yang nenek cakap tadi" badan aku mula sejuk panas. Tak mungkin la dia akan tunaikan hasrat nenek.

"Tak kuasa la aku.Kau nak nenek membebel ke hah? dah kahwin tidur suku suku. last last aku yang kena marah.Tapi kalau kau nak okay je" jelas Izz.

"Ishh taknak!" tolakku lalu terus laju meninggalkan Izz berseorangan.

*****

"Majlis korang nanti semua dah settle . Nanti Izz bawa la Naura tengok dewan tu nanti." ujar nenek setelah kami semua selesai menikmati makan malam bersama.

"Alaa nenek nanti sanding boleh juga tengok" jawab Izz.

"Kamu ni kan Izz mesti ada je alasan kamu. Majlis tu lagi seminggu tapi kamu macam buat tak tahu je. Kamu ni cuba serius sikit." bebel nenek.

"Ye la ye la. Nenek bawa je Naura pergi tengok. Izz okay je macam mana pun." jelas Izz.

"Naura pun tak kisah nenek." jawabku pula.

"Suka hati korang la. Kalau ada yang tak berkenan tu jangan nak salahkan nenek ye." jelas nenek pula.

"Kalau tak berkenan tak payah sanding mudah" jelas Izz.

"Izz apa cakap macam tu. Dah la sebelum Izz semakin merepek nenek pergi tidur dulu." jelas nenek lalu bangun dari duduknya.

"Nenek..Err...Mama macam mana? Dia okay kan Izz tak tinggal dengan dia?" soal Izz.

"Tak perlu fikir pasal tu. Yang penting sekarang fikir majlis Izz tu nanti. Dah la nenek nak tidur penat." jawab nenek lalu terus mendaki anak tangga.

"Jom" ajak Izz.

"Jom? pergi mana?" soalku.

"Pergi tidur la takkan nak pergi honeymoon pula. Tapi kalau kau tak kisah aku okay je. Lagipun nenek cakap dia nak...."

"Stop! Awak jangan nak merepek la" aku membalingkan kusyen ditepi ku tepat mengena paha Izz lalu terus laju membuka langkah menaiki anak tangga.

"Main baling baling kusyen pula. Hurmm" gumam Izz.

Di bilik tidur,

"Aaaaaaaaaa!"

"Diam la kau dah kenapa menjerit macam tu?" soal Izz sambil menekup mulutku dengan tangannya.

"Awak tu dah kenapa berdiri macam hantu kat luar ni dengan bertuala sajanya." ujarku.Masakan tak terkejut bila aku keluar dari toilet bilik gelap tapi pintu koridor terbuka. Si Izz pula boleh duduk dalam gelap dengan pakai kain tuala saja.Memang terkejut la aku.

Tok! Tok!

"Tengok kan nenek dah sedar" bebel Izz lalu terus membuka pintu bilik.

"Kenapa dengan Naura tu Izz? Izz ganggu Naura ke? " soal nenek.

"Ehh mana ada nenek si Naura tu mengigau sebab tu dia menjerit" Jawab Izz.

"Nenek ingat dah kenapa" jawab nenek pula sambil memandang tuala yang dipakai Izz.

"Panas sangat ke bilik kamu sampai nak pakai tuala saja." perli Nenek.

"Err nek, Izz nak mandi tadi" jawab Izz.

"Nak tipu nenek pun takpa nenek faham. Okay la nenek mengantuk la. Good night .Tolong kisskan Naura untuk nenek ye" jawab Nenek lalu terus ke bilik tidurnya.

"Tengok nenek dah salah faham. Kau la ni" marah Izz setelah menutup pintu bilik.

"Sorry la" jawabku.

"Nenek pesan benda tadi. So aku nak sampaikan." ujar Izz.

"Apa?"

"Nenek nak aku kisskan kau untuk dia. Aku tak tahu nenek yang cakap.Aku cuma laksanakan je." jelaz Izz.

"Ishh jangan mengada la" marahku lalu terus menuju ke katil untuk tidur namun aku telah terlanggar Izz.

"Disebabkan kau langgar aku so kau kena denda" ujar Izz sambil menggengam pergelangan tangan aku.

"Apa lagi. Daripada awak ganggu saya, apa kata kalau awak pergi pakai baju and rest. Awak tu demam lagi. So lepas please." ujarku lalu menuju kearah katil.

"Nak bawa pergi mana bantal tu?" soal Izz apabila melihat aku memegang sebiji bantal.

"Tidur bawah la ." jawabku.

"Katil aku kecil sangat ke? Tak muat kalau kau nak tidur" perli Izz.

"Tapi takkan saya nak tidur dengan awak?" soalku.

"Habis kau nak tidur dengan Pak Cik kantin sekolah rendah kau ke?" perli Izz lagi.

"Ok Fine.!" akhirnya aku mengalah.

Izz membaringkan badannya diatas katil.

"Awak pergilah pakai baju" bebel aku apabila melihat Izz tidak lagi memakai baju.

"Ishh ye la. Kau ni macam la aku ni orang lain. Suami kau juga." bebel Izz lalu terus menyarungkan baju pada badannya.

Suami? Tapi kau tak pernah anggap aku isteri kau pun.Tapi aku tetap akan cuba jadi isteri terbaik untuk kau walau hanya untuk beberapa hari.

"So aku boleh tidur sekarang?" soal Izz.

Aku hanya memandang kosong kearah Izz lalu terus melelapkan mata.

"Orang cakap dengan dia boleh pula dia tidur" bebel Izz.

*****

"Kenapa aku bodoh sangat tinggalkan kau? Tapi apa aku buat tu semua betul. Waktu tu dia cacat siapa yang nak. Tapi sekarang macam mana? Aku perlu dapatkan hati dia balik" gumam Raisha.

"Raisha tak tidur lagi ke? Dah pukul 12 malam ni." soal Datin Amanda iaitu ibu Raisha apabila melihat anaknya masih lagi termenung di ruang tamu.

"Mommy, Raisha nak cakap sikit boleh?" soal Raisha.

"Macam penting je. Apa dia?"

"Raisha nak balik dekat Izz . Raisha menyesal tinggal dia dulu. Mommy tolong Raisha ehh" ujar Raisha.

"Raisha cakap apa ni? Habis Iqmal macam mana? Korang bertunang dah 2 tahun kut" Soal Datin Amanda.

"Mommy Iqmal tu tak lama lagi jadi bapa kedana dah. Mommy nak ke anak mommy ni kahwin dengan lelaki yang tak mampu nak jaga Raisha?" soal Raisha pula.

"Habis Raisha nak mommy buat apa?"

"Tolong Raisha dapatkan Izz . Please" ujar Raisha dengan wajah kesiannya.

"Easy. Tapi Raisha pagi tadi Naura pergi rumah aunty Maria, dia macam mana? Boleh ke terima Raisha balik?" soal Datin Amanda.

"Well ni Raisha la mommy. Lagikan singa boleh dijinakkan inikan pula aunty Maria." ujar Raisha sambil memetik jari.

"Ni baru anak mommy. Dah pergi tidur. Esok plan berjalan okay. I will make sure anak mommy ni bahagia." ujar Datin Amanda.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience