Bab 1

Romance Series 36174

SEPERTI yang dijanjikan nenek, dia akan mengambil aku di rumah sewa untuk ke office cucunya. Pada awalnya aku menolak kerana bagiku aku tidak layak mendapat layanan sebegitu rupa. Namun nenek memujukku dan menyuruhku agar menganggap ini semua hadiah atas jasa baik aku padanya.

Setibanya kami di office cucu nenek, Nenek mengetuk pintu dan terus menapak masuk. Aku hanya mengekori nenek dari arah belakang. Kelihatan seorang lelaki yang masih muda dalam likungan umur 20an sedang khuyuk melakukan kerja pada komputer.

"Eh nenek buat apa dekat sini?"Sapa lelaki tersebut lalu mengalihkan pandangan pelik kearahku. Aku sudah pun tidak selesa dan ingin pulang sekarang juga. Namun aku masih menguatkan diri aku.

" Izz kenalkan Naura Mikayla. Naura la yang bantu nenek semalam." ujar Nenek kepada lelaki tersebut.

Izz? Jadi mana lelaki itu Izz.Aku hanya memberikan senyuman kepada lelaki itu. Namun lain pada lelaki itu apabila dia memandangku bagai nak telan saja aku ni.

"Terima kasih" ucap lelaki itu acuh tak acuh. Sombong dia tu memang tak boleh bawa bincang. Harap muka je handsome tapi perangai fail. Tak hormat orang lansung.

"Sebenarnya semalam Naura nak datang interview dekat sini, tapi bila dia tengok nenek dia terus lupakan hajatnya dan datang tolong nenek. Izz belum dapat lagikan pengganti PA Izz. Jadi nenek nak kamu ambil Naura jadi PA kamu" jelas Nenek kepada Izz.

"No nenek. Why perempuan? PA Izz hanya untuk orang lelaki. Izz taknak perempuan. Tapi kalau dia nak jadi cleaner boleh je. Banyak lagi jawatan kosong." selamba Izz menyatakan isi hatinya.

Jantan ni memang nak kena dengan aku. Sumpah takda adab. Aku ni tetamu kut, cakap la elok elok.

"Izz kenapa kurang ajar sangat ni. Macam mana sekalipun Naura tetap PA Izz. Selagi nenek hidup nenek masih berhak buat keputusan di syarikat ni.!" marah nenek kepada Izz.

"Takpa la nenek. Naura tak minta pun semua ni. Naura sedar diri Naura. Terima kasih sebab nenek dah bantu Naura . Naura pergi dulu." Sebelum aku naik singa, baik aku tinggalkan lelaki bengis didepanku ini.

"Kau panggil nenek aku nenek? Nenek aku ni Puan Sri. Tolong hormat nenek aku ni . Jangan sedap mulut je nak panggil nenek." bentak Izz.

Amboi mulut dia memang tiada insurans. Nak je aku cili-cili mulut jantan ni. Sabar Naura. Sabar..

"Izz Jangan nak kurang ajar. Kalau bukan sebab Naura mungkin nenek dah mati. Naura esok Naura masuk kerja ye sebagai PA Izz. Nenek minta maaf atas sikap cucu nenek yang kurang adab ni. Kalau Izz buli Naura bagitahu nenek ye." selamba nenek mengutuk Izz.

"Takpa Puan Sri, saya boleh cari kerja tempat lain je. Terima kasih." Aku sengaja menekankan perkataan Puan Sri. Kalau boleh aku memang tak nak jadi PA lelaki bengis plus sombong plus takda adab ni. Aku memang tak sanggup nak hadap perangai dia hari hari.

"Nenek biar je la dia pergi. Izz nak lelaki sahaja yang jadi PA Izz." ujar Izz pula.

"Izz sampai bila Izz nak benci perempuan. Jangan disebabkan seorang perempuan Izz nak benci semua perempuan. Buang la sikap tu Izz. Tak semua perempuan jahat.Keputusan nenek muktamad. Naura akan jadi PA Izz. " Nenek menasihati Izz dengan suara yang agak meninggi.

"Ok Fine. Tapi kalau dia sendiri yang letak jawatan jangan nak salahkan Izz." akhirnya Izz mengalah dengan neneknya.

Aku yang mendengar sudahpun seram sejuk. Macam mana aku nak hadap muka dia hari hari? Ya Allah kau kuatkanlah aku.

"Naura, nenek harap Naura sanggup jadi PA Izz. Kalau Naura kerja dekat sini, kita boleh jumpa bila bila masa saja." nenek memujukku pula.

"Tapi Puan Sri..." belum sempat aku menghabiskan kata kataku nenek sudahpun mencelah.

"Panggil nenek. Abaikan saja apa yang Izz cakap. Nenek harap Naura tak tolak permintaan nenek. Nenek nak Naura kerja dekat sini esok. Dah jom kita perlu lunch." tanpa menuggu persetujuan aku nenek terus berdiri dan berjalan keluar dari office cucunya. Aku yang masih berkira kira, bangun bagi mengikut langkah nenek.

"Kau jangan ingat nenek back-up kau aku akan tunduk dengan kau." Izz bersuara setelah aku bangun dari dudukku.

"Saya pergi dulu" itu sahaja yang mampu keluar dari mulutku dan terus mengikut langkah nenek.

"Siapa budak perempuan tu? Cantiknya. Kau jangan cakap yang dia awek kau" sapa Danial yang sudahpun menapak masuk kedalam office Izz setelah aku dan nenek keluar.

"Kau merepek apa ni? Budak tu la yang tolong nenek aku semalam. And nenek aku paksa aku terima dia jadi PA aku." jelas Izz dengan nada yang kecewa.

"Wow ni berita Hots. Nanti grenti viral pasal Encik Izz Rayqal mengambil perempuan menjadi PAnya buat pertama kali.Ehh sorry kali kedua ." usik Danial selaku sahabat Izz dari zaman universitinya lagi.

"Kau boleh tak jangan sebut benda lama. Aku kalau boleh taknak ingat lansung pasal perempuan tu. Dia PA perempuan terakhir aku. Kalau boleh aku taknak bekerjasama dengan mana mana perempuan lagi." jelas Izz.

"Kau cakap kau nak lupakan Raisha. Tapi dengan apa kau buat ni aku percaya yang kau tak pernah lupakan dia. Kalau kau dah betul-betul lupakan dia kau tak akan seksa diri kau sampai kau lansung taknak buka hati kau pada orang lain. Kenapa? kau nak dia sorang je ke yang dapat hati kau? kau dah lupa apa yang dia buat dekat kat?" bebel Danial dengan sikap aneh kawannya itu.

"Eh sorry ehh aku memang benci dia dan aku dah lupakan dia.Aku tak buka hati aku bukan sebab aku nak dia je dapat hati aku tapi aku taknak hati aku disakiti lagi. Parut yang dia tinggal tu masih segar lagi. Dan sebab dia la aku benci perempuan. Bagi aku perempuan semua sama je." luah Izz Rayqal.

"Jangan sebab dia kau nak benci semua perempuan. Tak semua perempuan akan buat macam mana dia buat. Cuba kau buka hati kau dekat orang lain. Aku percaya pasti ada perempuan yang mampu rawat luka kau tu" ujar Danial.

"Dah la kalau kau datang sini sekadar nak ungkit kisah lama dipersilakan keluar. Otak aku ni dah semak dengan kerja bertambung dan kau tolong jangan semakkan lagi otak aku ni." ujar Izz sambil menunjuk nunjuk kerjanya yang berlambak.

"Ok ok aku keluar. Aku datang sini sebab nak tanya pasal perempuan tu je. Cantik. Bila dia start kerja?" soal Danial.

"Entah. Esok kut" jawab Izz acuh tak acuh.

"Bagus. Ada peluang ni. Dah la cantik, ayu, sopan santun memang pilihan jejaka melayu la." Tak habis habis Danial memuji perwatakan Naura.

"Yang kau puji dia sangat kenapa? Dah keluar keluar" selamba sahaja Izz menghalau kawannya itu.

"Ye ye aku keluar. Esok kalau dia masuk kerja bagitahu aku ye." ujar Danial.

"Suka hati kau la" jawab Izz.

YA ALLAH macam mana la esok aku nak hadap muka jantan tak guna tu. Kalau aku tahu perangai dia macam tu dari awal lagi aku tak datang interview. Dia ingat dia siapa nak berlagak macam tu.

Hati aku masih lagi tidak puas hati dengan lelaki bernama Izz. Jam sudahpun menunjukkan pukul 1 pagi namun aku masih tidak dapat melelapkan mata mengenangkan nasib aku esok hari.

Baik aku letak jawatan. Simple. No tak boleh nanti nampak sangat aku ni lemah dengan dia. Biar dia kenal siapa Naura Mikayla ni.

Setelah lama aku melayan perasaan akhirnya mataku terlelap jua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience