Bab 38

Romance Series 36174

“Kesiankan dekat Raisha. Sampai macam tu sekali Iqmal seksa dia.” Aku bersuara sebalik sahaja memasuki perut kereta.

“ Apa yang Allah aturkan semuanya yang terbaik. Iqmal pun dah terima hukuman. Jadi kita sebagai manusia ni teruskan je buat baik, Insyaallah nanti semua urusan berjalan lancar”. Ada betulnya apa yang Izz cakap. Iqmal pun dah terima padahnya. Mahkamah mengeluarkan perintah di bawah Seksyen 348(1) Kanun Prosedur Jenayah supaya Iqmal diletak dalam tahanan selamat di bawah jagaan Hospital dan tahanan terhadap tertuduh itu atas perkenan Yang Dipertua Negeri sebagaimana diperuntukkan di bawah Seksyen 348(2) kanun sama. Kalau diikutkan hukuman Iqmal lebih berat kerana tertuduh membunuh . Namun hukuman Iqmal dikurangkan kerana dia didakwa membunuh dalam keadaan tidak sedar. Iqmal disahkan mengalami tekanan jiwa oleh pihak hospital.

“Sayang, jom kita pergi bercuti.” Ujar Izz yang baru sahaja ingin memulakan perjalanan.

“Hah? Bercuti?”

“Ha’ah bercuti. Kita pergi dekat Pahang nak? “ soal Izz yang masih khusyuk dengan pemanduannya.

‘Encik Bengis ni dah kenapa? Banyak-banyak tempat Pahang juga dia nak pergi. Dia tahu kan kampung aku dekat Pahang. Bukan aku dah lupa dekat kampung, cuma kalau boleh aku masih perlukan masa untuk balik kampung. ’

“ Mengumpat dalam hati la tu” Izz menjeling ke arah aku.

Takkanlah dia bela saka pula? Macam tahu-tahu aku mengata dekat dia. Sah keturunan ahli nujum pak belalang.
Pahang tu luas Naura, takkan la asal Pahang je jumpa dengan Mak Cik Melati , tak masuk akal.

“Mana ada saya mengata awak. Hurmm okay saya ikut je awak nk pergi mana-mana..”

Izz memandang kearah aku. Dia senyum lebar hingga menampakkan lesung pipitnya.

‘Dah kenapa mamat ni senyum macam tu. Nak goda aku ke apa. Ish apa kau merepek ni Naura macam tu pun tergoda ke? Jap dia pandang aku? Dia tengah drive kan? Tak sayang nyawa ke kalau ye pun tak sayang nyawa ingat la aku kat tepi ni, aku nak hidup lagi.’

“Awak fokus. Jangan pandang macam tu. Awak sedang drive kan.” Bebelku lalu mencubit lengan Izz.

“Alaa nak pandang muka dia sikit pun tak boleh , kedekut!” Ujar Izz sambil menggosok lengannya. Tahu pun sakit.

“ Biar saya kedekut la dari nyawa tergadai macam tu je. Karang tak pasal-pasal malam ni ada kenduri tahlil.” Bebelku lagi.

“Aip sayang, apa cakap macam tu. Okay saya minta maaf. Nah hadiah tanda minta maaf” ujar Izz lalu menghulurkan coklat cadbury kepadaku.

“Macam tahu-tahu saya mengidam nak makan coklat. Tapi, satu je?” Soalku sambil menayang wajah sayup.

“Amboi nak makan banyak mana sayang oi?”

“Baik tak payah bagi kalau satu je.” Aku pandang keluar tingkap kereta. Tak tahu kenapa rasa sedih pula. Macam budak betul aku ni.

“Alolo merajuk dah. Ambik ni hadiah merajuk” ujar Izz lalu menghulur pula satu paper bag sederhana besar.

Aku terpana melihat isi dalam paper bag tersebut. Paper bag itu penuh dengan coklat cadbury berbagai saiz. Ni stock sebulan ke macam mana?

“Terima kasih, sayang awak. Nanti beli banyak lagi ye”. Ujarku lalu dengan gelojoh membuka dan terus menikmati coklat cadbury. Terpejam mata aku dek kerana terlalu menikmati coklat cadbury.

“Malan elok-elok. Nanti tak pasal-pasal anak keluar ikut perangai mama dia” bebel Izz sambil menyesat kesan comot di mulutku.

“Sedap sangat” ujarku sambil menyumbat coklat kedalam mulut.

Izz hanya menggeleng kepala melihat tingkah laku aku. Dulu sebelum kahwin bukan main sopan, makan pun tak nampak menguyah. Tapi lepas kahwin hurmm makan macam nak berperang.

DATIN MARIA mundar mandir ke ruang tamu rumahnya. Hatinya mula resah memikirkan fasal anak tunggalnya, Izz Rayqal.

“Izz dah buang aku dalam hidup dia ke? Kenapa dia tak datang jumpa aku? No, no Izz tak benci aku dia cuma perlukan masa untuk jumpa aku” gumam datin Maria yang masih bermundar mandir di ruang tamu miliknya.

“Datin okay ke? Ada apa-apa yang boleh saya bantu?” Soal Sarah dengan penuh kerisauan. Walaupun dia sering dihina dan dimarahi oleh datin Maria, dia tetap mengambil berat akan majikannya itu.

“Sarah, kau boleh tolong aku tak?” Soal datin Maria lalu terus mendekati Sarah.

“Tolong apa datin?” Soal Sarah.

USAI menunaikan solat isyak berjemaah, Izz terus mencapai telefon bimbitnya apabila sudah hampir lima kali berdering. Nombor tidak dikenal terpapar di skrin Iphone 11 miliknya.

Aku hanya memerhati Izz yang sedang bercakap di talian . Beberapa kali Izz hanya menganggukkan kepalanya.

“Siapa call?” Soalku sebaik sahaja Izz menghampiri aku.

“Sarah”

“Kenapa dia call awak malam-malam ni?” Aku mula tidak sedap hati. Bukan cemburu tapi aku takut ada perkara yang tidak diinginkan berlaku pada Sarah.

“Dia cakap mama sakit. Nak bangun pun tak boleh” jawab Izz selamba sambil mengalih siaran pada kaca televisyen.

“Jom kita pergi rumah mama awak sekarang” ujarku lalu terus bangun dari katil.

Izz menarik tangan aku untuk duduk kembali. Remote televisyen diletakkan di meja sebelah katil.

“Buat apa nak pergi rumah mama?” Soal Izz masih lagi beriak selamba.

“Ya Allah mama awak sakit kan.” Apa punya soalanlah. Boleh dia duduk goyang kaki tengok drama sedangkan mama dia tengah sakit.

“ Tak payah pergi. Duduk je dekat sini teman saya tengok drama.” Ujar Izz lalu membaringkan badanya pada tilam. Kakinya disilang manakala tangannya menampung kepalanya.

Amboi, bukan main dia landing. Mama dia sakit kut. Ni kalau bukan suami aku dah lama kena hempuk, nasib kau suami aku, dosa kalau aku buat macam tu.

“Awak, jom la kita pergi rumah mama awak. Mama awak sakit kan” aku cuba memujuk Izz agar segera kerumah mamanya.

“Awak dah lupa ke apa yang mama buat dekat kita? Takkan semudah tu awak lupakan.” Serius sahaja wajah Izz saat ini. Kecut perut aku , dah macam Encik Bengis yang aku kenal dulu.

“Awak, teruk macam mana pun dia tetap mama awak. Ye memang susah saya nak lupakan apa yang mama awak buat, tapi sedangkan Nabi ampunkan umatnya siapa pula saya nak hukum orang?.” Aku bersuara dalam nada takut-takut. Pandangan aku bawa melilau , tak mahu aku pandang wajah Izz saat ini. Boleh tercabut jantung aku. Dia punya wajah serius memang tak boleh bawa bincang.

“Okay fine! Saya pergi. Tapi tu pun sebab awak bukan sebab mama.” Ujar Izz lalu terus bangkit dari katil.

‘Sebab aku pun jadilah dari dia tak pergi lansung. Tapi dia marah aku ke? Jangan buat saya macam ni please’

SETIBANYA di pekarangan rumah Datin Maria, aku cuba mencari nafas. Sesak nafas aku bila tengok rumah datin Maria. Kenangan lama mula berkejaran diruangan fikiran.

“Tadi nak datang sangat ni tak nak keluar pula” bidas Izz sambil membuka pintu kereta untuk aku.

Dia ni tak faham ke yang aku tengah takut. Memang la tadi aku yang beria-ria nak datang, tapi bila tengok je rumah ni auto kelu aku. Si Izz ni pun satu, bukan nak tenangkan aku nak cari gaduh ada la.

Aku menjeling kearah Izz. “ Dari tadi nak marah saya je” ujarku lalu terus keluar dari perut kereta. Aku melajukan langkah masuk kedalam rumah datin Maria. Eh kejap.! Kau biar betul Naura. Sejak bila kau jadi berani main terjah masuk je rumah datin Maria.

“Kenapa tak jalan. Nak jadi guard dekat sini ke?” Perli Izz yang berjalan menghampiri aku.

Dia ni dah kenapa? Nak cari gaduh je. Aku suruh datang sini pun nak marah. Tunggu balik lepas ni aku merajuk sebulan baru nak menyesal. Sekarang aku just perlu sabar. Aku datang sini bukan nak gaduh tapi nak tolong datin Maria.

“Awak masuk la dulu, ni kan rumah mama awak, saya tak biasalah.” Jawabku sambil mengesot kebelakang Izz. Takut jugak aku kalau-kalau datin Maria terus datang terkam aku.

Izz terus berjalan mendaki anak tangga tanpa mempedulikan aku. ‘ Tunggu la nasib kau lepas ni. Aku merajuk tak nak layan lansung kau’

“Mama sakit apa?” Soal Izz acuh tak acuh. Baik tak payah tanya kalau tanya pun tak ikhlas.

“Da...datin da..tin”

“Datin, Datin sejak bila awak jadi stuttering ! Susah sangat ke soalan saya. Tergagap-gagap.” Marah Izz pada Sarah.

Mula la nak jadi singa . Sedap mulut je nak marahkan anak orang. Elok la tu dengan gelaran dia ‘Encik Bengis’.

“Saya tak tahu datin sakit apa. Cuma datin cakap dia tak sihat. Nak bangun pun tak boleh”. Lancar sahaja suara Sarah. Takut kena jerkah kali kedua kut.

“ Boleh pula nak cakap lancar. Habis tu kenapa tak call doktor je.” Soal Izz lagi . Datin Maria hanya lena diulik mimpi agaknya.

“Datin tak bagi. Dia cakap biarlah dia sakit dekat rumah je.” Jawab Sarah sambil menekur lantai.

“Kalau dia cakap biarlah nak sakit so biarlah dia. Jom balik” ujar Izz lalu menarik tangan aku.

Selamba badak je dia cakap macam tu. Kalau datin dengar tak ke kecil hati dia.

“Awak apa cakap macam tu. Tak baik la” aku menarik tangan aku dari genggaman Izz.

“Habis nak buat apa? Mama sendiri cakap biarlah dia sakit. So kenapa kita nak sibuk?” Soal Izz.

Mata aku sudah berkaca. Dari tadi lagi aku tahan dengan sikap Izz. Memang dah melampau dia ni.

“Ye la, awak pergi la dekat mama tu. Saya tunggu.” Ujar Izz lalu kembali kebilik datin Maria. Dia hanya duduk di sofa sambil membaca majalah yang berada di meja kecil .

“Izz” sapa datin Maria.

Izz hanya mendiamkan diri. Lansung tak menyahut malah fokus dengan majalah ditangannya.

“Izz mama nak....”

“Nak apa-apa minta je dengan Naura” selamba Izz memotong kata-kata mamanya. Matanya masih khusyuk dengan majalah. Sedikitpun dia tidak memandang datin Maria.

Datin Maria menjeling kearah aku. ‘Aik datin ni sakit-sakit pun boleh jeling-jeling orang? Siap nak terbalik biji mata tu jeling dekat aku’

“Izz mama rindu Izz” ujar Datin Maria lalu menitiskan air matanya. Kenapa aku nampak macam susah sangat nak nangis tu. Terkelip-kelip mata tu pun tak keluar air mata bunyi nangis je sikit-sikit.

“Okay” jawab Izz selamba sambil menyelak halaman demi halaman majalah di tangannya.

“Izz kenapa layan mama macam ni?” Soal datin Maria yang cuba menangis didepan Izz. Cuba menangis? Entah la aku tengok datin tak macam orang menangis yang real.

“Entah” jawab Izz selamba. ‘Ni lagi sorang bukan main jawapan dia. ‘

“Izz mama...”

“Tak dengar la. Takpa la Izz balik dulu ehh. Jom balik” Izz memberi isyarat mata kepada aku. Aku hanya akur sebelum Izz naik singa. Tapi ayat dia tadi aku tak boleh blah. Tak dengar? Datin tak cakap lagi memang la tak dengar. Macam-macam la Izz ni.

Sepanjang perjalanna pulang kerumah, aku hanya mendiamkan diri. Aku tekad nak merajuk dengan Izz . Tu la siapa suruh layan aku macam tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience