Bab 29

Romance Series 36174

"Izz, ni rumah kita. Kalau Izz ada nak apa-apa cakap je dekat pembantu rumah" ujar datin Maria setelah Izz dibenarkan untuk pulang kerumah.

"Maria!" jerkah suara seseorang dari arah muka pintu.

Terkejut Izz dan datin Maria akan sergahan itu lalu pantas memandang kearah suara tersebut.

"Mom..mommy." terketar-ketar datin Maria apabila melihat nenek berada dirumahnya dengan wajah penuh amarah. Sangkaannya nenek akan pulang seminggu akan datang namun kini tup tup depan rumah.

"Izz, jom mama tunjuk bilik Izz." ujar Datin Maria lalu terus lari dari nenek sambil membawa Izz ke tingkat atas.

" Maria!" jerkah nenek lagi sambil mengikut langkah Maria menaiki anak tangga.

Usai membawa Izz kedalam biliknya, datin Maria ingin turun bagi mendapatkan nenek. Namun mereka bertemu di tangga.

"Maria kenapa kau tak bagitahu aku yang Izz excident dan hilang ingatan? " soal nenek dengan nada marahnya.

"Maria..Maria tak nak mommy risau je." gugup sahaja jawapan datin Maria.

"Kau gila ke Maria. Kau ingat benda ni boleh buat main! Naura mana? Kenapa dia takda? Kau buat apa dekat dia?" soal nenek bertubi-tubi. Firasat nenek selalu tepat.

"Mommy selalu sibuk pasal Naura! Izz dah ceraikan Naura! " marah datin Maria.

"Izz ceraikan Naura? Kau ingat aku nak percaya dengan kau. Kau bagitahu aku mana Naura!?" jerkah nenek .

"Naura, Naura, Naura. Maria rimas la dengan perempuan tu. Stop la cari dia!" bentak datin Maria lalu tertolak nenek menyebabkan nenek jatuh tergolek sehingga kepala nenek mengeluarkan banyak darah.

"Momm...mommy" datin Maria mula gelabah.

"Puan Sri.." panggil Sarah lalu mendapatkan nenek.

Datin Maria terus kearah Sarah. Dia bimbang sekiranya Sarah menceritkan apa yang dilihatnya.

"Kau..kau jangan sesekali berani nak ceritakan perkara ni pada orang lain. Kalau tak aku bunuh kau!" tengkin datin Maria sambil mencekik kuat leher Sarah.

"Ba..Baik Datin" perlahan sahaja suara Sarah saat itu.

"Ya Allah mama apa dah jadi ni?" soal Izz cemas apabila melihat nenek berlumuran darah.

Datin Maria terus melepas tangannya dari mencekik leher Sarah. Keadaan datin Maria saat ini tidak tentu arah. Dia takut saat ini.

"Izz, ne..nenek..ja..jatuh tangga.." gugup datin Maria menjawab.

"Panggil ambulans sekarang!" tegas Izz memberi arahan kepada Sarah. Sarah hanya akur lalu bergegas menghubungi pihak ambulans.

******

"Mak Kiah, Naura nak pergi kedai runcit kejap. Naura nak beli barang." ujarku.

"Hati-hati jalan. Kalau jumpa dengan Mak Cik Melati buat tak tahu je. Jangan layan sangat. Dia tu makin layan makin sakit hati" pesan Mak Kiah.

"Baik Mak Kiah. Mak Kiah ada nak pesan apa-apa ke?" soalku.

"Takda apa nak pesan." jawab Mak kiah.

"Baiklah Naura pergi dulu" ujarku lalu terus keluar dari rumah Mak Kiah.

Di dalam perjalanan ke kedai runcit , aku terserempak dengan seseorang lelaki . Lelaki tersebut memandang kearah aku. Aku seperti pernah bertemu dengan lelaki tersebut tapi aku lupa di mana.

"Naura! Awak Naura kan?" panggil lelaki itu.

"Ye, saya Naura. Encik ni siapa? Maaflah saya lupa." jawabku dengan senyuman.

"Ouh saya Danial. Kawan Izz. Awak ingat tak?" soal Danial.

"Oh ya , Danial saya ingat. Awak buat apa dekat sini?" soalku pula.

"Saya kena selesaikan projek dekat sini. Oh ya, Izz mana? Lama tak jumpa dia." Soal Danial sambil memandang sekeliling kawasan , takut - takut ada Izz.

"Izz...Izz.." aku tak tahu apa sepatutnya yang perlu aku katakan.

"Izz kenapa? Naura awak ada masalah ke? Cerita je dekat saya. Insyallah selagi saya mampu tolong saya tolong. Saya paling tak suka kalau tengok perempuan sedih." ujar Danial. Betul apa kata Izz, Danial seorang pencinta wanita.

"Kita duduk sanalah. Sini panas." ujarku lalu menunjuk kesebuah meja dibawah pokok.

Aku menceritakan segala yang berlaku. Kini aku amat berharap agar Danial dapat membantuku.

"Saya tak tahu pun yang dia excident. Habis nenek tahu awak dekat sini?" soal Danial.

"Tak, nenek tak tahu. Saya pun tak jumpa lagi nenek." jawabku.

"Nenek pergi Brunei sebab ada kerja." terang Danial.

"Ye ke? Saya sebenarnya nak minta tolong nenek, tapi saya tak ada nombor nenek. Awak ada? " soalku lagi.

"Ada. Jap saya call nenek. Insyallah selagi saya boleh bantu saya cuba untuk bantu" ujar Danial lalu menghubungi nenek.

Setelah beberapa minit dalam talian akhirnya Danial kembali mendapatkan aku.

"Naura, ne..nenek..nenek.." gugup sahaja suara Danial.

"Kenapa dengan nenek?"

"Ne..nenek dah tak ada"

"Ya Allah!" pandangan aku mula kabur. Akhirnya aku pengsan namun sempat Danial menyambutku.

Danial terus membawa aku masuk kedalam keretanya untuk dibawa kehospital.

Dalam perjalanan aku tersedar. Aku meronta sambil menangis.

"Naura , awak okay tak? Tunggu ye kita dah nak sampai hospital" soal Danial yang masih lagi fokus dengan pemanduannya.

"Saya tak nak pergi hospital, saya nak balik KL. Saya nak jumpa nenek." aku meronta dalam tangisan.

"Awak tenang ye. Okay kita balik sekarang. Tapi saya pergi ambil kawan perempuan sekerja saya dulu. Tak elok pergi berdua-duaan dengan bukan mahram." ujar Danial lalu mematah balik ke tempat kerjanya.

Aku hanya aku. Fikiran aku hanya tertumpu pada nenek.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience