Bab 37

Romance Series 36174

Pancuan empat roda Iqmal mula memasuki pekarangan rumah Iqmal. Iqmal sengaja membawa Raisha kerumahnya agar kemarahannya tidak dihalang oleh ibu bapa Raisha.

“Sini kau! Kau memang cari nahas la Raisha” ujar Iqmal sambil menarik kuat tangan Raisha sehingga kesebuah bilik kosong lalu ditolak kasar badan Raisha sehingga tersungkur pada lantai .

“Aku nak balik! Kenapa kau buat aku macam ni? Kau dah gila ke!” Laung Raisha yang cuba bangun dari duduknya namun ditolak kasar lagi tubuhnya oleh Iqmal sehingga tersungkur sekali lagi.

Iqmal duduk bercangkung dihadapan Raisha lalu menarik kuat rambut Raisha.

“Kau memang tak serik-serik buat aku marah kan. Kali ni aku akan ajar kau cukup-cukup.” Ujar Iqmal lalu menampar kedua belah pipi Raisha berkali-kali.

“Dah la aku sakit! Kau memang gila! Apa yang kau nak dari aku? Lepaskanlah aku !” Bentak Raisha sambil memegang pipinya yang sudah lebam angkara Iqmal.

“Aku tak akan lepaskan kau selagi kau tak rasa apa yang aku rasa selama ni. Selama ni kau kikis semua harta aku dan kau tinggalkan aku bila semua harta aku dah takda! Kau bodoh-bodohkan aku , kau buat aku macam takda perasaan. Kau ingat senang-senang je aku nak lepaskan kau!? Dengar sini , mulai saat ni kau tak boleh keluar dari bilik ni. Aku nak hidup kau lebih teruk dari kau duduk dipenjara , biar kau rasa teruknya hidup aku dulu bula diperbodohkan oleh manusia macam kau!” Tengkin Iqmal sambil menarik-narik rambut Raisha.

“Lepaskanlah aku, aku janji aku ikut semua arahan kau. Jangan seksa aku macam ni. Aku sakit” rayu Raisha dengan tangisan tanpa hentinya.

“Sakit? HAHAHAHA kau ingat aku kesah! Lagi kau sakit lagi aku suka” gelak besar Iqmal lalu bangun menendang kuat tubuh Raisha.

“Arghhhhhhh! Iq...Iqmal sa..sakit.” Raisha memegang perutnya yang sakit dek kerana ditendang kuat oleh Iqmal. Raisha cuba bangun dari tersungkur di lantai, namun keadaan badannya yang sakit menjadi penghalang.

“Apa?Sakit? Kau sakit?” Soal Iqmal lalu menendang lagi tubuh Raisha . Kali ini lebih kuat dari tendangan tadi.

Raisha mula mengerang kesakitan. Dia cuba mencapai apa-apa yang berada disekelilingnya untuk melawan Iqmal.

‘Kau akan mati Iqmal,’ gumam Raisha setelah dapat mencapai pasu bunga kaca yang diletakkan berhampiran tingkap.

“Arghhh!” Raisha menggunakan sepenuh tenaganya untuk membaling pasu tersebut kearah Iqmal, namun usaha yang gagal apabila Iqmal dapat mengelak daripada terkena pasu tersebut.

“Kau nak bunuh aku ke Raisha! Kau memang bodoh!” Jerkah Iqmal lalu menarik tubuh Raisha untuk bangun . Kepala Raisha dihantuk berkali-kali pada dinding sehingga menyebabkan cecair merah keluar dikepalanya.

“Dah..sa..sakit” suara Raisha sudah tergelam timbul . Iqmal masih lagi bagai dirasuk. Dihantuknya berkali-kali kepala Raisha pada dinding. Akhirnya Raisha menghembuskan nafas yang terakhirnya apabila darah yang keluar dari kepalanya terlalu banyak.

“Raisha, Raisha kau okay tak? Raisha? Rai..sha jangan la tidur, aku belum puas main dengan kau ni” ujar Iqmal dengan suara seraknya.

“Raisha? Kau dah mati ke? “ soal Iqmal selamba sahaja apabila soalannya tadi tidak dijawab.

“No,no Raisha kau tak mati kan. Kau sayang aku kan? Tak , tak Raisha tak mati” ujar Iqmal lagi lalu memeluk tubuh Raisha sambil menghayung-hayungkan badannya.

“Kau dah mati. HAHAHAH kau dah mati. Tapi kau tak boleh mati” ketawa Iqmal disilang ganti dengan tangisan. Sekejap ketawa sekejap menangis.

Iqmal terus mengambil pisau lalu menikam tubuh Raisha berkali-kali. Disiat-siatnya kulit Raisha.

“Kau tak sakit kan? Aku sayang kau tau” ujar Iqmal sambil menyiat lagi jari-jari Raisha.

“Jangan bergerak kami polis” ujar salah seorang anggota polis yang menerjah masuk kedalam rumah Iqmal bersama beberapa lagi ahlinya yang lain.

*********

“Sayang, tengok ni” terkocoh-kocoh Izz mendapat aku yang berada di dapur.

“Ya Allah awak ni cuba bertenang. Kenapa kalut sangat ni?” Soal ku apabila melihat Izz bagai tak cukup udara berlari mendapatkan aku.

“Tengok ni. Iqmal, Iqmal bunuh Raisha” ujar Izz bersungguh-sungguh sambil menghalakan telefon bimbitnya pada aku.

“Ya Allah.” Aku terkedu membaca artikel yang terpapar di media sosial tersebut.

“Saya tak sangka Iqmal sanggup buat macam tu pada Raisha. Kesian dekat Raisha .” Ujarku lagi yang masih tidak percaya dengan apa yang aku lihat.

“Tu la saya pun tak percaya yang Iqmal buat macam tu. Teruk pula tu keadaan Raisha.” Jawab Izz lalu menutup artikel yang dibacanya .

“Kita pergi melawat Raisha boleh?” Soalku kepada Izz.

“Boleh, tak salah pun.” Jawab Izz sambil membelai rambutku.

“ Awak dah maafkan Raisha?” Soalku kepada Izz

“Kenapa tanya macam tu?” Soalanku dijawab dengan soalan oleh Izz.

“Saya harap awak dah maafkan Raisha.” Jawabku lagi.

“Saya dah maafkan dia. Dia dah takda jadi tak salahkan kita maafkan dia.” Ujar Izz pula.

“Baguslah kalau macam tu. Awak tunggu kejap ehh saya nak pergi siap. Kita pergi melawat dia hari ni ehh”

“Boleh sayang” jawab Izz.

**********

“ Ayah , Merry nak duit. Merry nak keluar dengan kawan” Sejak kebelakangan ini Merey sering meminta duit dari ayah apabila ayah sudah dapat kembali bekerja. Ayah hanya bekerja di kedai runcit memandangkan kakinya masih belum pulih sepenuhnya.

“Ayah takda duit la Merry. Tak boleh ke kalau Merry tak keluar. Lagipun ayah tengok sekarang Merry asyik balik lambat je. Merry pergi mana sebenarnya?” Soal ayah yang mula perasan akan sikap Merry kebelakangan ini.

“Merrry bukan nak dengar ayah membebel, Merry cuma nak duit! Faham tak nak duit!”bentak Merry.

“Daripada Merry habiskan duit ayah apa kata Merry kerja. Merry tu grad master , nak cari kerja gaji besar pun boleh.” Ujar ayah lagi.

“Susah betul cakap dengan orang tua ni! Minta duit sikit suruh kerja . Menyampah betul.” Bebel Merry lalu mengambil duit ayah yang diletakkan di dalam laci meja.

“Merry jangan ambil duit tu! Tu duit ubat ayah” laung ayah apabila Merry sudah jauh melarikan diri darinya.

“Budak ni memang nak kena la. Makin hari makin melampau perangai .” Bebel ayah lalu terus pergi kesawah bagi menenangkan fikirannya.

Dahulu ayah selalu kesawah bersama Naura. Ibu pula hanya memerhatikan kami dari jauh, ayah selalu menceritakan kisah dia waktu muda dahulu. Tapi semuanya berubah bila ibu pergi meninggalkan aku dan keluarga. Ayah sudah membenci aku, tiada lagi gelak tawa ayah terhadapku.

-----------------

P/S ; Maaf kepada semua reader Mrs. Encik Bengis jikalau kebelakangan ini saya tidak update hari-hari dan maaf jika ada kesalahan/kekurangan dari novel saya ini. Phone saya sekarang mempunyai masalah untuk mengarang novel. Lagi satu phone saya pula tidak dapat log in acc ini kerana beberapa masalah. Jadi maafkan saya jika saya tidak dapat menupdate novel ini sehari satu bab.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience