Bab 30

Romance Series 36225

Setibanya di kawasan perkuburan, aku terus menuju kearah kubur nenek yang masih bersisa beberapa orang di kawasan kubur tersebut. Hanya beberapa orang sahaja yang tinggal di kawasan perkuburan memandangkan sudah ramai yang menyusur balik.

" Nenek, kenapa nenek tinggalkan Naura? Naura dah tak ada sesiapa sekarang. Naura cuma ada nenek je. Kenapa berat sangat dugaan Naura? Kenapa orang yang Naura sayang akan tinggalkan Naura juga? Naura rasa hidup Naura dah tak ada guna lagi. Semua orang yang Naura sayang tinggalkan Naura. Naura doakan nenek tenang disana. Terima kasih kerana jaga dan lindungi Naura selama ni. Naura sayang nenek." tangisanku makin rancak. Aku memeluk kubur nenek lalu mencium batu nisan nenek. Tanah yang masih merah segar diramasku kuat dek kerana tidak dapat menahan sedih.

"Cik, " tegur seseorang lelaki dari arah belakangku.

"Izz" apabila melihat figura Izz di depan mataku aku lantas memeluk Izz. Namun Izz segera mengundur kebelakang apabila aku ingin memeluknya.

"Cik ni siapa? Kita pernah kenal ke? Ke cik ni sepupu saya sebab cik terlalu sedih atas pemergian nenek saya." soal Izz . Air mataku bertambah rancak gugur dari kelopak mata.

"Izz, saya Naura, saya....."

"Izz, jom kita balik. Malam ni ada tahlil." datin Maria mencelah lalu menarik Izz jauh dari aku. Izz hanya mampu memandang ke arahku sambil lengannya ditarik kuat oleh datin Maria.

"Izz, awak dah lupakan saya? Awak hilang ingatan atau awak memang dah lupakan saya?" teresak-esak aku menangis.

"Naura, jom kita balik" sapa Sofia kawan sepekerja Danial yang menemai aku dan Danial ke KL.

Aku hanya menurut dengan langkah yang lemah. Tiba-tiba sahaja mataku menjadi kabur. Perlahan-lahan aku ingin rebah ketanah.

"Cik!" laung Izz lalu berlari kearah aku lalu menyambut aku.

"Cik ikut saya pergi hospital. Mama Izz pergi hospital dulu." ujar Izz kepada Sofia dan datin Maria.

"Izz, mama tak izinkan Izz pergi!" laung datin Maria. Namun saat itu Izz sudah membawaku memasuki perut kereta lalu bergegas ke hospital.

*****

Perlahan-lahan aku membuka mataku. Hari ini sahaja sudah 2 kali aku pengsan. Tubuh aku amat lemah saat ini.

"Puan okay tak? Doktor cakap kandungan puan lemah , jadi puan kena banyak berehat. Saya tak tahu pula yang puan pregnant, tahniah" ucap Izz yang menukar panggilan dari cik ke puan setelah mengetahui aku sudah berkahwin.

"Awak dah tak ingat ke siapa saya?" soalku dengan suara yang sebak.

"Maaf puan, saya hilang ingatan. Saya cuba ingat kembali siapa diri saya yang dulu tapi makin ingat makin sakit kepala saya. Kadang-kadang saya rasa pening yang amat bila saya cuba nak ingatkan sesuatu." terang Izz sambil memandang ke lantai. Perasaan serba salah menyelubungi diri Izz apabila dia gagal mengingati kisah dirinya.

"Izz, Naura ni...." Belum sempat Sofia menghabiskan kata-katanya aku terus mencelah.

"Takpa, saya tak paksa awak untuk ingat saya. Saya doakan ingatan awak akan pulih secepat yang mungkin. " ujarku yang berpura-pura kuat didepan Izz. Namun dalam hatiku sedikit pun aku tidak mampu kuat.

"Saya nak balik dulu, maaf tanya, suami puan dekat mana? Nak saya tolong call ke?" soal Izz gugup bimbang jika soalannya akan mengguris hati aku. Fikirannya saat ini mungkin suami aku kerja, duduk jauh, bercerai atau sebaliknya.

Awaklah suami saya dan awaklah ayah kepada anak saya. Kalaulah awak tahu yang awak bakal jadi seorang bapa mesti awak happy kan.

"Sua..suami saya on the way datang sini. Nanti dia sampai la." jawabku.

"Baby, you buat apa dekat sini? Penat I cari you nasib la mama you bagitahu I yang you datang hospital ni." suara gedik Raisha mula mengubah keadaan.

"Saya hantar puan ni tadi. Dia pengsan." ujar Izz.

Aku dah dapat mengagak permainan datin Maria dan Raisha.

"Puan, kenalkan tunang saya, Raisha" Izz memperkenalkan Raisha sebagai tunangnya.

Raisha senyum meleret apabila diperkenalkan sebegitu. Kau belum menang Raisha, aku hanya tunduk dengan manusia yang patut aku hormat dan aku tak akan pernah tunduk dengan manusia yang tak reti nak hormat orang.

"Baby jom la balik. I dah penat." ujar Raisha lalu terus keluar dari bilik hospital. Izz meminta diri lalu membontoti langkah Raisha.

"Naura, awak okay tak?" soal Danial setelah memasuki bilik hospital.

"Saya okay" jawabku ringkas.

"Saya dah tengok semuanya. Saya rasa tiba masa untuk Izz tahu siapa diri dia." ujar Danial.

"Jangan, saya tak nak Izz bertambah sakit. Saya akan bagi Izz ruang tapi bukan pada Raisha. Permainan belum berakhir, saya tak akan pernah mengalah dengan manusia takda hati perut macam Raisha" tegas aku bersuara.

******

Hari ini aku sengaja berjalan-jalan berhampiran sebuah restoran. Aku sudah sedia maklum bahawa Raisha dan Izz akan keluar makan di restoran tersebut.

Aku terus membuka langkah menuju kearah Raisha yang keluar dari restoran tanpa Izz disisi untuk menjawab panggilan.

"Hai, seronok keluar dengan suami orang?" perliku.

"Kau nak apa perempuan? Tak nak mengaku kalah lagi ke? Kau tu tunggu masa je Izz ceraikan kau!" jawab Raisha.

"Aku nak apa? Aku nak suami aku la. Kau tu yang nak apa? Tak malu ke rampas suami orang? Ohh, lupa muka macam kau ni memang suka rampas hak orang, jenis suka bekas orang. Kesiankan dekat kau, nak dapatkan Izz pun dengan cara tikus, nampak sangat yang Izz tak suka pun kau cuma kau terhegeh-hegeh sampai sanggup ambil kesempatan atas hilang ingatan Izz. Murahnya maruah kau." perli aku lagi.

" Kau ni memang biadap la!" bentak Raisha.

"Aku dididik dengan adab, tetapi aku memilih untuk biadap , bila berhadapan dengan manusia yang tiada adab!" tegas aku menjawab.

Raisha lantas mengangkat tangan untuk menampar aku namun aku sempat memegang tangannya lalu aku menamparnya kembali.

"Sakitlah!" marah Raisha sambil memegang pipinya yang merah kesan dari tamparan aku.

Aku menarik kuat tangan Raisha lalu meletakkan di pipi aku setelah melihat Izz keluar dari restoran. Dan aku juga sengaja memakai blusher yang agak terang di sebelah pipi sahaja.

"Raisha kenapa you tampar dia?" tegas sahaja suara Izz.

"Baby you percaya dengan perempuan ni? Dia yang tampar I you tengok pipi I ni merah tau" rengek Raisha.

"Eh perempuan kau jaga mulut sikit, dah sah-sah orang nampak kau tampar aku sampai merah pipi aku. Pipi aku ni baru merah betul bukan macam pipi kau merah sebab make-up 10 inci lepastu nak fitnah cakap merah sebab aku tampar. Aku tampar betul baru tahu." bebelku sambil memegang pipi aku yang cuba berpura-pura sakit.

"Baby dia cuba fitnah I. You percaya I kan?" Raisha mula gelabah takut-takut Izz percaya cakap aku.

"Dah la Raisha, jom kita balik. You ni jaga la sikit perlakuan you tu, jangan main suka hati nak tampar orang. Nasib tak ada orang nampak , kalau ada orang nampak tak viral nanti. Puan saya minta maaf atas sikap tunang saya. Kami balik dulu ye." bebel Izz lalu terus berjalan menuju kearah keretanya. Raisha menghentak kaki lalu mengikuti sahaja langkah Izz.

"Tiada sebab aku nak hormat manusia macam kau. Kau berangan la puas-puas nak jadi isteri Izz sebelum segalanya terbongkar. Kau masih tak kenal agaknya siapa Naura Mikayla. Lemah sebab hormat, lawan sebab musuh." Usai melunaskan sakit hati aku pada Raisha, aku terus pulang ke rumah Sofia. Danial pesan agar aku tinggal dahulu di rumah Sofia kerana dia tidak mahu aku tinggal berseorangan di KL.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience