Bab 32

Romance Series 36174

"Kenapa awal sangat balik ni?" soal datin Maria apabila melihat Izz dan Raisha di ruang tamu.

"Mama tanya la Raisha sendiri" ujar Izz lalu terus naik ke tingkat atas.

"Kenapa ni Raisha? Ada apa yang dah jadi?" soal datin Maria.

"Aunty, Izz marah Raisha. Dia asyik nak bezakan Raisha dengan Naura. Dia cakap Naura pandai hormat orang Raisha ni kurang ajar. Macam mana ni aunty , kalau Izz dah ingat Naura macam mana?" adu Raisha dengan wajah sedihnya.

"Naura? Dia selalu jumpa Naura ke?" soal datin Maria lagi.

"Pergi mana-mana mesti ada je perempuan tu. Raisha takut kalau Izz ingat balik siapa Naura" ujar Raisha .

"Berani dia munculkan diri depan Izz. Perempuan ni memang cari nahas la. Esok aunty nak Raisha ikut aunty" arah Datin Maria dengan tegas.

"Pergi mana?"

"Pergi ajar perempuan tu." jawab datin Maria.

*****

"Kenapa aku asyik fikirkan tentang Naura? Aku dah suka dekat dia ke? Kau jangan Izz dia tu isteri orang kau pula tunang orang. Tapi kenapa aku selalu nampak dia je dalam fikiran aku ni? Ya Allah jauhkanlah benda-benda macam ni" gumam Izz.

"Izz apa Izz dah buat ni?" lamunan Izz terhenti apabila disergah oleh datin Maria.

"Ada apa lagi mama?" soal Izz acuh tak acuh.

"Izz tanya mama ada apa? Kenapa Izz cakap macam tu dekat Raisha? Izz sedar tak yang Izz nak kahwin dengan Raisha berapa hari je lagi." bebel datin Maria.

"Mama , macam mana Izz boleh bertunang dengan Raisha. Izz dulu memang suka perempuan seksi, perempuan tak sopan macam tu ke?" soal Izz bernada serius.

"Izz cakap apa ni? Kalau Raisha dengar sakit hati dia. Izz yang pilih dia , sekarang Izz nak lepaskan dia macam tu je? Izz jangan berani nak buat hal. Jaga sikit maruah keluarga kita, nanti apa pula keluarga Raisha cakap." bebel datin Maria lagi.

"Izz rasa Izz tak mampu nak teruskan perkahwinan ni. Ni soal hati dan kebahagiaan Izz. " tegas Izz bersuara.

"What!? Izz dah gila ke! Habis maruah keluarga kita macam mana? Izz jangan pernah nak malukan mama. Mama tak setuju!" keras sahaja datin Maria menolak kata-kata Izz.

"Baik, kalau maruah mama lebih penting daripada kebahagiaan Izz, Izz akan teruskan. Tapi, kalau perkahwinan kami tak tahan lama, mama jangan pernah nak salahkan Izz." ujar Izz lalu terus keluar dari biliknya. Dia memasuki perut kereta lalu keluar dari pekarangan rumah datin Maria.

*******

Izz kini berada di taman berhampiran tasik yang cantik. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya saat ini. Namun dengan tiba-tiba seorang lelaki telah menumbuknya.

buk!

"Arghhh sakit la! Kau kenapa tumbuk aku?" marah Izz kepada lelaki yang menumbuknya itu.

"Raisha tu tunang aku bukan tunang kau! Kalau kau hilang ingatan sekali pun jangan la mudah sangat nak percayakan cakap orang!" marah Iqmal, tunang Raisha.

"Kau cakap apa ni? " soal Izz yang masih tidak dapat mencerna bait kata Iqmal.

"Aku cakap kau bodoh! Mudah sangat percayakan orang. Kalau kau nak bukti aku boleh tunjukkan" ujar Iqmal lalu menunjuk gambar tunangnya bersama Raisha.

"Tak mungkin. Tapi kenapa dia cakap dia tunang aku? Mama aku pun cakap benda yang sama" soal Izz yang masih tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

"Mudah je jawapan aku, sebab kau bodoh. Kau bodoh sebab terlalu percayakan permainan mereka. Aku rasa baik kau cari siapa diri kau yang sebenar." ujar Iqmal lalu terus meninggalkan Izz yang masih lagi tidak dapat menerima perbuatan mamanya dan Raisha.

Izz terus memandu keretanya untuk mendapatkan jawapan daripada datin Maria dan Raisha. Namun tayar keretanya pancit di bahu jalan.

"Shit! Masa ni la kau nak pancit." Izz mengambil phonenya untuk mendapatkan khidmat makanik namun tindakannya terhenti apabila melihat sebuah banglo mewah disebelahnya.

"Kenapa aku macam kenal je rumah ni? Ini rumah aku kan? Ye, ni rumah aku". Izz terus berjalan menuju kerumah yang tersergam indah itu.

" Arghh apa password rumah ni ehh?" gumam Izz yang cuba membuka password kunci rumahnya. Lama berfikir , Izz akhirnya berjaya membuka kunci rumah tersebut.

"Adakah ini petunjuk siapa sebenarnya diri aku?" gumam Izz lalu meneroka satu persatu ruangan rumah tersebut.

*******

"Kenapa tak tidur lagi ni Naura?" soal Sofia apabila melihat aku masih lagi berada di ruang tamu pada lewat malam.

" Naura cuma rindukan Izz. Kenapa perkahwinan Naura dengan Izz jadi macam ni? Salah ke Naura nak bahagia dengan Izz?" Ujarku kepada Sofia.

"Naura, Sofia rasa baik Naura bagitahu je siapa diri Naura yang sebenarnya." cadang Sofia.

"Tak boleh, nanti Izz akan bertambah sakit." jawabku.

" Izz akan bertambah sakit kalau dia gagal kenal diri dia yang sebenar. Naura tak kesian ke dekat Izz? Dia mesti nak sangat tahu siapa diri dia." Ujar Sofia.

"Betul juga apa kata Sofia. Terima kasih Sofia." ucapku lalu memeluk tubuh Sofia.

"Sama-sama, dah pergi tidur dah lewat ni." ujar Sofia.

"Okay jom tidur" jawabku lalu memimpin Sofia sama-sama memasuki bilik tidur masing-masing.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience