Bab 34

Romance Series 36174

"Kenapa ni ? Asyik tenung je makanan . Awak okay tak Naura?" soal Danial sewaktu aku dan dia serta Sofia berada di sebuah restoran.

"Macam mana nak okay kalau suami nak kahwin dengan orang lain." jawabku sayu.

"What!" suara Sofia bergema satu restoran sehingga semua pelanggan disitu memandang kearah kami.

"Ya Allah awak ni Sofia, malu la orang tengok. " ujar Izz sambil memejam matanya dek kerana malu menjadi perhatian orang ramai.

"Err, sorry. Izz nak kahwin dengan siapa? Jangan cakap nak kahwin dengan Raisha." soal Sofia dengan nada agak perlahan. Malu jika jadi perhatian ramai lagi.

"Dengan perempuan gedik tu la. Dia cakap lagi beberapa hari nak kahwin. Geram tau tak , dalam banyak-banyak lelaki dekat dunia ni , laki orang juga nak sapu." jawabku sambil menumbuk-numbuk meja makan bagi melepaskan geram.

"Awak tak bagitahu lagi ke Izz yang awak ni isteri dia?" soal Sofia lagi.

"Memang nak bagitahu, tapi tak sempat" jawabku.

"Okay jom kita pergi sekarang." tegas Danial bersuara.

"Pergi mana?" tanyaku dengan wajah yang pelik.

"Pergi bagitahu Izz la yang awak ni isteri dia. Ke nak Izz kahwin dulu baru nak bagitahu. Nak Raisha tu jadi madu awak? Ke nak Izz...." sebelum makin banyak bebelan Danial baik aku potong.

"Okay, kita pergi. Jangan la bebel kuat sangat, kita tengah sedih boleh pula dia jadi burung kakak tua kat sini. Jom la Sofia." ujarku sambil memimpin tangan Sofia kearah kereta milik Danial.

"Amboi, sedap dia je cakap orang burung kakak tua" bebel Danial.

"Macam takda orang je dekat rumah ni". ujarku setelah kami sampai di rumah datin Maria.

" Cuba tekan loceng dulu, mana tahu ada orang." cadang Sofia.

Setelah beberapa kali loceng ditekan akhirnya muncul figura seorang wanita.

"Sarah!" panggilku girang.

"Naura, lamanya tak jumpa. Naura buat apa dekat sini?" soal Sarah.

"Izz ada? Naura datang ni nak jumpa Izz" soalku.

"Err, sebenarnya...hari ni hari perkahwinan Izz dan Raisha. Lagi beberapa minit majlis tu akan berlansung. Mereka semua ada dekat rumah Raisha. Sarah harap Naura kuat. Rasanya masih sempat kalau Naura nak halang perkahwinan ini" sayu sahaja jawapan Sarah.

"Terima kasih. Jom Naura" ujar Sofia lalu menarik tangan aku masuk kedalam perut kereta. Aku hanya mendiamkan diri. Tidak sangka lagi beberapa hari yang dimaksudkan itu adalah hari ini.

*******

Izz teringat kembali kisah sewaktu keretanya pancit dihadapan rumahnya. Di situ segala jawapan terjawab.

Gambar perkahwinan dirinya bersama Naura memenuhi segenap dinding rumah.

"Ni bukan ke Naura? Aku kahwin dengan dia? Dia isteri aku?" satu persatu gambar kahwin yang disangkut ditatapnya.

Izz mula masuk kedalam bilik tidur. Dari situ dia terbayang-bayang kenangannya bersama Naura. Air matanya mengalir, gembira kerana berjaya mengenal dirinya sendiri, gembira bila dapat tahu anak yang dikandung Naura juga anaknya namun pada masa yang sama kecewa kerana diperbodohkan oleh ibu sendiri.

Izz mencapai sehelai kertas yang diletakkan di atas meja sebelah katil.
Kemas sahaja tulisan tersebut.

Izz, maafkan saya kerana
terpaksa tinggalkan awak. Saya
tahu waktu ini awak sangat
perlukan saya disisi awak.
Tapi saya terpaksa pergi,
kalau jodoh kita panjang insyaallah
kita jumpa lagi. Saya harap
darah saya yang mengalir dalam diri awak akan menguatkan lagi kasih sayang
saya pada awak.

Awak jangan benci mama awak,
mama awak baik. Jaga mama awak
baik-baik. Mungkin takdir saya
sememangnya tak layak
nak dapat kasih sayang
dari orang lain.
Saat awak baca surat ni,
saya nak awak tahu yang saya sedang
rindu awak. Maafkan saya Izz.

"Saya pun rindukan awak Naura." gumam Izz lalu terus keluar dari rumah tersebut untuk bertemu Naura. Namun saat itu Naura sedang bergelut dengan datin Maria dan Raisha.

"Izz dah siap ke?" lamunan Izz terhenti apabila disapa oleh ayah Raisha.

"Dah, Izz dah siap. Izz pergi depan dulu ye" ujar Izz lalu terus kearah tok kadi.

"Semua dah sedia?" soal tok kadi.
Setelah semua mengangguk tok kadi memulakan majlis.

"Stop!" halang Naura yang muncul di depan tetamu yang lain. Semua orang terkejut dengan kehadiran Naura . Amarah datin Maria dan Raisha mula membuak-buak.

"Naura" ujar Izz lalu terus berlari memelukku.

"Awak jangan tinggalkan saya. Saya tak sanggup tengok awak kahwin dengan orang lain. Saya sayang awak. Jangan buat saya macam ni. Saya tak kuat nak tempuh semua ni. Saya tak kuat nak hidup tanpa awak disisi. " aku menangis sebak dalam pelukam Izz.

"Jangan bimbang, Izz tak akan buat awak macam tu. Hari ni, saya yang akan kahwin dengan Raisha bukan Izz." sapa suara seorang lelaki yang mengejutkan semua tetamu yang hadir.

Izz teringat akan pertemuannya bersama Iqmal tempoh hari.

"Kau sayangkan Raisha?" soal Izz.

"Sayang sangat. Aku sanggup jadi macam orang bodoh demi nak kejar keikhlasan cinta dia." sayu sahaja jawapan Iqmal.

"Kau nak kahwin dengan dia?" soal Izz lagi.

"Kau cakap apa ni? Bukan ke kau yang akan kahwin dengan dia?" soal Iqmal penuh kekeliruan.

"Aku nak kau gantikan aku esok. Aku nak kau yang kahwin dengan Raisha bukan aku. Aku tak cintakan Raisha dan aku tak akan tinggalkan Naura." ujar Izz penuh keikhlasan.

"Baik, aku setuju. Tapi kalau Raisha halang semua ni macam mana?" soal Iqmal.

"Selebihnya kau buatlah keputusan. Tapi jangan disebabkan kau nak kahwin dengan dia sampai kau fitnah dia. Nak buat apa-apa biar bersikap jujur" ujar Izz lagi.

"Baik aku janji aku akan ikut arahan kau. Aku rasa aku dah ada rancangan dan aku yakin Raisha akan teruskan perkahwinan ni." jawab Iqmal bersungguh-sungguh.

"Good luck!" ujar Izz sambil menepuk bahu Iqmal lalu terus meninggalkan Iqmal. Lamunan Izz terhenti apabila suara Raisha bergema satu rumah.

"Iqmal? Kau buat apa dekat sini hah!" tengkin Raisha dengan penuh amarah.

"Aku datang sebab nak kahwin dengan kau la. Jadi boleh kita mulakan sekarang?" soal Iqmal lalu duduk dihadapan tok kadi.

"No! saya tak setuju. Izz I nak kahwin dengan you bukan dengan jantan tak guna ni!" marah Raisha.

"Kau kena kahwin dengan aku. Macam mana sekali pun kau kena kahwin dengan aku!" tegas Iqmal bersuara.

"Why?! Kenapa aku patut kahwin dengan kau? Aku tak suka kau!" jerkah Raisha.

"Why kau tanya? Kau nak tahu kenapa? Sebab kita dah terlanjur. Tok imam, kalau dah terlanjur tu patut kahwin kan?" soal Iqmal bernada sindiran.

Terdiam Raisha. Dia tidak sangka akan dimalukan sebegitu oleh Iqmal didepan orang ramai termasuk ibu bapanya.

Datin Maria turut terdiam. Tidak sangka Raisha berperangai sebegitu dan tidak sangka Izz sanggup malukan dirinya.

"Awak apa dah jadi ni?" soalku kepada Izz.

"Biarlah masalah diorang. Jom." ujar Izz lalu menarik aku keluar dari rumah Raisha.

"Nak pergi mana?" soalku.

"Pergi makan, saya lapar la." ujar Izz sambil menggosok perutnya.

"Habis majlis ni?" soalku lagi.

"Kita tak terlibat pun kan. Lagipun majlis ni tak penting. Jom la makan, saya lapar ni" rengek Izz dengan wajah manjanya.

"Okay , jom" .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience