Bab 21

Romance Series 36873

“Apa ni nenek?” Soal Izz.

“CCTV rumah mama Izz yang nenek pasang tanpa pengetahuan mama Izz”

“Nek, Izz tak salah tengok ke ni? Tak mungkin mama macam ni. “ ujar Izz sambil menggeleng kepala tanda tidak percaya apa yang dilihatnya.

“Izz tak salah tengok pun. Itu adalah kenyataan. Lain kali sebelum bertindak fikir dulu. Naura tak sabar nak tunggu Izz balik nak lepaskan segala penderaan pada diri dia. Tapi yang berlaku adalah sebaliknya. Sebaik mana sekalipun hati Naura dia pasti terluka dengan sikap Izz. Macam mana tergamak Izz marah Naura sedangkan terbukti depan mata Izz lebam dekat muka Naura tangan kaki semua berbalut. Lain kali bertindak guna akal” terhambur segala marah yang terpendam dalam diri nenek.

“Nek, Izz menyesal nenek.Apa yang Izz perlu buat? Nenek tahu kan Izz sayangkan mama , Izz percayakan mama. Tapi kenapa mama sanggup hancurkan kepercayaan Izz pada dia. Nek tolong Izz. Izz dah tak tahu apa yang sepatutnya Izz buat sekarang” rayu Izz dengan air mata lelakinya keluar membasahi segenap wajahnya.

“Sembuhkan hati Naura yang terluka sebab Izz. Nenek yakin Naura akan kecewa dengan Izz. Kalau nenek jadi Naura pun nenek akan buat perkara yang sama.” Ujar nenek.

“Izz balik dulu nenek. Izz nak minta maaf dengan Naura. Terima kasih sebab bantu Izz” ujar Izz sambil bersalaman dengan nenek lalu terus pulang kerumahnya.

———

“Naura, buka pintu ni . Saya minta maaf saya tahu saya salah. Naura maafkan saya please” Izz cuba membuka pintu bilik aku namun pintu itu terkunci.

“Saya tahu saya salah. Saya tak sepatutnya percaya mama saya. Tolonglah bagi saya peluang untuk tebus kesalahan saya.” Ujar Izz lagi. Izz mengambil keputusan untuk membuka pintu tersebut menggunakan kunci pendua.

“Awak nak apa lagi? Boleh tak jangan ganggu saya. “ ujarku yang sedang baring di atas katil membelakangi Izz.

“Maafkan saya. Saya tahu saya salah. Saya terlalu percayakan mama saya. Awak cakaplah apa sahaja awak nak asal awak boleh maafkan saya” rayu Izz lagi.

“Dah la saya penat dengan semua benda yang jadi pada saya. Awak sendiri cakap yang awak menyesal kenal saya. Saya nak awak tahu yang saya lagi menyesal mencintai lelaki macam awak. Saya rasa saya dah bazirkan banyak masa untuk mencintai lelaki yang tak pernah nak hargai saya. Saya cuba bertahan untuk tidak buruk-burukkan mama awak tapi apa yang saya dapat sebaliknya. Saya derita Izz. Derita sangat. Saya tak sabar nak tunggu awak balik sebab saya penat diseksa didera dihina tapi saya tetap rahsiakan apa yang berlaku sebab saya taknak hubungan awak dengan mama awak renggan. Tapi bila awak balik awak terus hancurkan kepercayaan saya pada awak. Saya benci awak!” Mutiara jernih keluar tanda dipinta. Aku ingin luahkan segala perkara yang terpendam dalam hati aku.

“Naura, saya sayang awak. Jangan buat saya macam ni. Saya tahu saya salah. Tolong maafkan saya.” Rayu Izz lagi sambil mengenggam erat tangan aku.

“Cukup la Izz saya dah penat dengan semua ni. Saya penat badan penat hati dan penat mencintai lelaki yang tak mampu menghargai saya. Saya redha dengan segala yang berlaku. Saya dah biasa hidup dalam kejian,cacian , deraan. Kalau awak nak cepatkan tempoh 30 hari awak tu pun lebih baik. Mungkin Allah takdirkan saya untuk hidup bersendirian lebih baik dari hidup dengan manusia yang tak pernah menghargai saya.”ujarku lalu menarik tanganku dari genggaman Izz.

“Untuk membenci awak jauh sekali inikan pula saya nak lepaskan awak pergi. Saya tahu saya tak layak dimaafkan. Tapi bagilah awak peluang untuk jaga dan rawat awak . Saya tahu awak sakit sekarang. Jom kita pergi klinik” Izz sudah tidak mendesak aku untuk memaafkan dirinya. Dia tahu waktu ini tidak sesuai untuk mendesak aku. Sebaliknya luka aku lebih penting padanya.

“Taknak”

“Kalau macam tu biar saya jadi doktor awak. Tunggu sini” ujar Izz lalu mencapai peti first aid dan kembali semula duduk disebelahku.

“Tak payah la. Saya boleh buat sendiri” ujarku apabila Izz mula membuka balutan pada kaki aku.

“Jangan bergerak nanti awak sakit”. Ujar Izz sambil menyapu ubat pada luka di kaki aku.

“Arghhh sakit” adu aku kesakitan.

“Sorry sorry. Awak okay tak ni? Aduhh macam mana ni. Awak tahan sikit eh kalau tak sapu ubat nanti makin teruk. Errr haa awak cubit je saya kalau sakit. Mana tahu boleh tahan sakit tu” idea Izz membuatkan aku ingin tergelak. Namun aku hanya mengawal tawanya agar tidak terkeluar. Mana taknya tadi marah siap nangis ni nak gelak pula.

“Awak okay tak ni? “ soalan Izz menyentakkan aku dari lamunan.

“Saya okay” jawabku ringkas.

“Kesian awak, kaki awak dalam sangat luka. Tangan awak muka awak pun sakit juga. Saya memang suami tak guna kan sebab tak dapat nak lindungi isteri sendiri. Saya memang layak terima hukuman.” Ujar Izz sambil membalut luka di kaki aku.

“Okay done. Awak tunggu sini saya masak. Jangan nak ngada-ngada turun bawah. Lepas masak saya bawa makanan tu naik atas.” Ujar Izz lalu bangun untuk ke dapur.

“Izz tapi...”

“Jangan banyak cakap, rest je dulu” ujar Izz lalu terus keluar dari bilik aku.

Tapi Izz tak pandai masak. Potong bawang pun gagal. Kalau dia masak boleh hancur dapur.

Setelah hampir dua jam di dapur Izz kemudiannya naik ke atas membawa dulang yang berisi makanan.

"Awak makan la dulu. Mesti awak lapar kan sebab tak makan lagi." ujar Izz lalu meletakkan makanan di meja sebelah katil.

"Makanla? Janganlah merajuk dengan saya sampai tak nak makan." ujar Izz lagi apabila aku hanya memandang wajahnya.

"Awak masak?"

"Errr...Sebenarnya saya dah cuba masak. First masak tu hangit second masak tak rasa macam nasi pun last sekali saya order grab food je nasi ayam ni. Sorry saya memang nak masak untuk awak tapi awak tahu la kan saya ni macam mana. Tu kira first time saya masak walau tak boleh makan." ujar Izz membuatkan aku serba salah dengan dia. No Naura kali ni kau kena keras sikit dengan dia. Baru dia tahu nak hargai kau.

"Takpa saya tak kisah." ujarku lalu menjamah makanan yang disediakan.

"Awak saya nak tanya boleh?' soal Izz ketika aku sedang ralik menikmati nasi ayam.

" Apa?"

"Awak betul-betul bencikan saya ke?" soal Izz. Aku memberhentikan suapan ku.

"Entah" jawab ku selamba.

"Alaa betul-betul la" ujar Izz sambil menayang wajah manjanya.

Dah kenapa mamat ni. Boleh tak hormat situasi aku sekarang. Aku ni tengah marah ,sedih tapi kenapa dia ubah perasaan aku? Tak pasal-pasal aku diserbu perasaan lawak, serba salah. Alahai Encik Suami pandai pula kau ambil hati aku eh.

"Awak ni kenapa? Tak payah buat muka macam tu la. " ujarku.

"Kenapa? Comel sangat ke?"

"Poyo" jawabku.

"Jangan benci saya tau. Sebab saya tak mampu nak seksa diri saya bila saya mencintai orang yang tak cintakan saya." ujar Izz .

Saya tak benci awak, cuma saya kecewa dengan sikap awak. Tolong jangan kucar kacirkan hati saya. Saya takut makin susah untuk saya lupakan awak nanti. Perpisahan kita makin hampir. Betul cakap awak dulu, jangan jatuh cinta dengan awak nanti saya menderita. And yes saya memang sudah derita. Ya Allah kalau dia jodoh aku jagakanlah hubungan kami, tapi jika dia bukan jodohku lupakan dia dalam ingatanku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience