Bab 17

Romance Series 36174

Hari berganti hari, hari ini merupakan hari persandingan aku dan Izz. Aku menghampiri koridor hotel dimana tempat aku di make-upkan. Izz masuk ke dalam bilik hotel, melihat aku sedang termenung.

"Jauh termenung bini aku ni. Sampai tak perasan aku kat sini" gumam Izz lalu mendekati aku.

" Jauh termenung, suami datang pun tak perasan " ujar Izz setelah berdiri disebelahku.

"Ehh awak dah siap? Maaf la tak perasan" sayu sahaja aku menjawab.

"Kenapa ni? Kenapa kau nampak sedih je?" soal Izz.

"Saya cuma bayangkan mesti indah kalau keluarga saya hadir pada hari bahagia saya ni. Tapi saya tahu yang saya ni dah macam takda family." mutiara jernih ditahan dari keluar. Tak pasal-pasal rosak pula make-up aku.

"Kau janganlah sedih, kau ada aku, nenek, ma..mama. Hurmm Insyaallah mama boleh terima kau nanti" pujuk Izz sekadar manghalau rasa sedihku walaupun dia kenal mamanya yang susah untuk menerima orang luar lebih-lebih lagi bertaraf miskin macam aku.

" Takpa, walau apa pun yang jadi, hidup kena teruskan. Jom la keluar, majlis dah nak mula" ujarku lalu terus berjalan ke pintu lalu membuka pintu.

"Mama. Mama buat apa dekat sini?" soal Izz apabila melihat Datin Maria berdiri depan pintu bilik.

" Boleh mama nak cakap dengan menantu mama kejap?" soal Datin Maria bersama wajah yang dipenuhi senyuman.

"Boleh je mama" ujar Izz riang.

"Aku dah agak , mama mesti boleh terima Naura" gumam Izz lalu terus keluar meninggalkan kami berdua.

"Mama" sapaku lalu menghulurkan tangan untuk bersalam. Namun sedikit pun tidak dipandang Datin Maria. Datin Maria duduk du birai katil dengan kakinya disilang.

"Aku tak suka kau panggil aku mama. Aku bukan mama kau. Ibu sendiri buang anak takkan aku nak ambil kau jadi anak aku pula. Aku nak kau panggil aku datin. Taraf kau ni tak layak nak panggil aku mama. Kau faham tak?" teserlah kebencian datin Maria terhadapku.

"Faham, da..datin" jawabku gugup sambil memandang lantai.

"Aku tak suka kau kahwin dengan Izz. Izz selayaknya untuk Raisha. Aku tahu anak aku pun tak hadap perempuan kampung macam kau. Aku benci perempuan murahan kahwin dengan anak aku." lantang sahaja hinaan keluar dari bibir datin Maria .

"Maafkan Naura kalau datin tak suka kehadiran Naura dalam keluarga datin. Tapi siapa Naura nak tolak jodoh ketentuan tuhan? Allah dah aturkan jodoh kami" aku cuba memberanikan diri mempertahankan hak aku walau aku tahu perkahwinan kami hanya atas satu janji.

"Kau tak payah nak berlagak alim la perempuan. Aku nak kau minta cerai dengan Izz. Izz sepatutnya kahwin dengan Raisha bukan kau!" tengkin datin Maria sambil mengenggam kuat pergelangan tanganku. Pergelangan tangan aku amat pedih apabila terkena labuci yang menghiasi bahagian baju pengantin.

"Datin lepas sakit la" rayuku apabila pergelangan tanganku makin sakit.

Ting Tong!

Aku berasa lega apabila seseorang mula menekan loceng bilik. Datin Maria terus melepaskan genggamannya lalu membuka pintu.

" Naura jom majlis dah nak mula" ujar nenek setelah pintu bilik dibuka. Aku terus menjauhi diri dari datin Maria.

" Naura turun dulu" ujarku lalu terus meninggalkan nenek dan datin Maria.

"Kau buat apa dekat Naura?" soal nenek kepada datin Maria.

"Saja berborak dengan menantu" ujar Datin Maria lalu terus keluar dari bilik tersebut.

-----

"Sorry" ujarku apabila aku terlanggar susuk tubuh seseorang dek kerana berjalan terlalu laju kerana ingin berjauhan dengan datin Maria.

"Kenapa kalut sangat ni?" ujar Izz

"Err awak rupanya. Maaf sebab langgar awak." ujarku pula.

"Takpa, saya baru je nak panggil awak. Majlis dah nak mula. Tetamu ramai dah hadir." ujar Izz dengan senyuman manis terukir.

"Saya?" soalku dengan penuh kehairanan apabila Izz mula mengelarnya saya selalunya aku.

"Sopan sikit. Jom" ujar Izz lalu memimpin pergelangan tanganku.

"Auchhh!" adu aku kesakitan.

"Kenapa? Sakit dekat mana?" soal Izz lalu membelek pergelangan tanganku.

"Ya Allah kenapa merah sangat ni? Awak okay tak?" soal Izz dengan penuh kerisauan.

"Tadi...tadi..saya ke...kena..."

"Kena apa sampai teruk macam ni." soal Izz lagi.

"Tadi saya kena pemanas air. Ha pemanas air. Saya nak minum air tapi terkena pemanas air pula" dalihku bagi menyembunyikan perkara sebenar.

"Lain kali hati-hati tau. Kita pergi sapu ubat dulu ye" ujar Izz lagi.

"Takpa, sikit je ni. Jom la lambat dah ni. Tetamu mesti dah ramai. " ujarku lalu terus masuk kedalam lif diikuti oleh Izz.

******

Majlis berlansung dengan lancar dan meriah. Ramai tetamu yang hadir memeriahkan majlis.

"Penat?" soal Izz setelah kami berada di. bilik hotel.

"Penat sangat." ujarku sambil menayangkan wajah penat.

"Ramai sangat tetamu tadi. Naura awak ingat tak kawan saya yang berbual dengan saya tadi dekat lobby hotel?" soal Izz.

"Ingat , kenapa?"

"Tu Danial, dulu dia pernah suka dekat awak tau. Masa nenek bawa awak ke office saya tu. Waktu tu segala jenis pujian dia puji awak. Tapi sekarang dia cakap dia redha orang yang dia suka jadi isteri kawan sendiri. Saya tahu dia kawan yang baik bukan suka rembat kawan punya." terang Izz satu persatu.

"La yeke? Tak perasan pula dia hari tu" jawabku.

"Dia pemalu sikit. Tapi dia jenis pantang tengok perempuan sakit hati sebab dia seorang pencinta wanita bukan buaya tau." ujar Izz lagi.

"Bagus lelaki macam tu. Mesti dia tak akan sakitkan hati wanita. "

"Tu la tak macam saya ni. Awak rehat la dulu esok mesti penat sangat dah" ujar Izz.

"Awak terasa hati ke? Maaf la."

"Tak, buat apa nak terasa hati. Saya cuma mengantuk la.Esok sambung cerita okay." ceria sahaja suaranya hari ini.

"Good night" ucapku lalu terus melelapkan mata.

"Terima kasih Ya Allah . Kau kurniakan aku isteri solehah isteri yang penyabar. Betapa banyaknya dosa aku terhadap Naura. Maafkan saya Naura" gumam Izz lalu melelapkan mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience