Romance Series 36174

 Aku Naura Mikayla seorang gadis kampung yang mempunyai degree . Aku dibesarkan oleh bapa dan kakak kandung aku bersama ibu tiri dan adik tiri aku . Ibu aku meninggal dunia sewaktu aku berumur 4 tahun.

"Ayah, Naura minta diri dulu ye. Naura nak pergi interview esok" aku mengambil tangan ayah aku lalu menyalaminya. Ayah aku kini lumpuh kedua dua belah kakinya apabila terlibat dalam kemalangan 6 bulan yang lalu.

"Pergi la kau. Duduk kat rumah pun menyemak je aku tengok muka kau ni." marah ayah kepada aku.

Ayah aku Muhammad atau lebih dikenali sebagai Pak Samad amat membenci aku begitu juga kakak kandung, ibu tiri dan adik tiri aku.

Aku dikatakan punca ibu aku meninggal dunia . Sewaktu aku berumur 4 tahun , ibu telah menasihati aku agar tetap di bangku yang berada di sebelahnya kerana ibu aku hendak membeli minuman kepada aku dan kakak aku, Nasha Marissa atau nama glamournya di kampung Merry .

Namun apabila aku melihat seekor kucing berada di tengah jalan, aku terus mengejar kucing tersebut bagi menyelamatkan kucing tersebut dari dilanggar kereta. Namun malangnya nasib aku, sebuah kereta telah hampir dengan aku. Tapi segalanya berubah apabila ibu aku telah menyelamatkan aku dan menyebabkan dirinya dilanggar dan arwah ibu aku meninggal ditempat kejadian. Mulai saat itu aku mula fobia dengan haiwan berspesieskan kucing.

Ayah aku menyalahkan aku atas kepergian arwah ibu aku begitu juga kakak aku. Setelah 6 bulan ibu kandung aku yang bernama Suryati meninggal dunia, ayah membuat keputusan untuk berkahwin dengan Melati iaitu kawan baik ibu aku sendiri. Melati seorang gadis yang hots begitu juga mulut dia , double hots. Bab menyakitkan hati dia memang juara.

Makcik Melati juga membenci aku kerana pendapatnya juga sama dengan ayah dan kakak aku bahawa aku punca sahabat baiknya meninggal dunia.

Setelah setahun usia perkahwinan Makcik Melati dengan ayah aku, mereka dikurniakan seorang puteri yang bernama Mawar iaitu adik tiri aku. Mawar dididik dari kecil lagi untuk membenci aku.

Kehidupan aku bagai hidup atas ehsan sahaja. Sejak aku berumur 4 tahun aku sudah tidak merasai kasih sayang seorang bapa begitu juga kasih sayang seorang ibu. Namun lain dari kakak kandung dan adik tiri aku dimana ayah dah Makcik Melati menyayangi mereka bagai manatang minyak yang penuh.

Aku pergi pula mendapatkan Makcik Melati kerana ingin bersalaman dengannya.

"Makcik, Naura pergi dulu ye" Ujar ku sambil menyalami tangan Makcik Melati.

"Nanti dapat gaji jangan nak kedekut. Bagi semua dekat aku. Aku ni banyak tanggungan nak bayar ubat ayah kau lagi, yuran Mawar lagi. Merry pula nak sambung master guna duit banyak." selamba Puan Melati memberi arahan.

"Baik makcik Naura pergi dulu" ujarku lalu terus beredar dari rumah tersebut.

JAM sudah mengenjak pukul 8:30 pagi. Interview aku pula pukul 9:00 pagi ,namun teksi masih lagi tidak kelihatan.

Memandangkan aku sudah lewat untuk ke tempat interview , aku mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja. Dari rumah sewa aku ke tempat kerja mengambil masa selama 20 minit jika berjalan kaki. Jadi aku mengambil keputusan untuk berjalan kaki. Tubuh aku masih penat kerana semalam aku menaiki bas dari Pahang ke Kuala Lumpur untuk menghadiri interview dan aku menyewa ni rumah sewa yang berdekatan dengan office dimana aku bakal diinterview.

"Fuhhh" akhirnya aku sudah berdiri di sebelah jalan raya dimana diseberang jalan raya tersebut terletaknya office yang agak mewah.

Sewaktu aku hendak melintas jalan, aku terdengar suara seorang perempuan menjerit. Aku terus berpaling dan melihat dua orang lelaki sedang meragut beg tangan seorang makcik yang sudah agak berumur.

Walaupun aku sendiri gentar dengan apa yang berlaku, aku tetap ke tempat itu bagi membantu makcik tersebut. Walaupun interview aku sudah bermula namun bagi aku Makcik tersebut lebih diutamakan dan aku tahu bukan rezeki aku untuk mendapat kerja tersebut.

"Woi! Lepaskan dia" jerkah ku. Entah dari mana keberanian itu hadir dalam diri aku yang sememangnya dilabel sebagai 'penakut'.

Aku terus menarik makcik itu dan menyebabkan pisau yang diajukan terkena pada lengan aku. Makcik itu pula sudah jatuh kebawah apabila ditolak kasar oleh peragut dan peragut tersebut berjaya melarikan diri.

"Makcik okay tak ni? Saya bawa pergi hospital ye" aku terus memapah makcik tersebut dan mengabaikan luka dilenganku.

"Ya Allah Puan Kenapa ni?" seorang lelaki segak memakai sut mendekati makcik tersebut.

"Tadi ada peragut. Nasib anak ni dah tolong saya." ujar Mak Cik tersebut.

"Terima kasih Cik kerana telah selamatkan majikan saya" ujar lelaki tersebut.

Majikan? Jangan cakap yang aku panggil Makcik ni datin atau Puan Sri. Mati aku macam ni.

"Sama sama. Encik bawa la Puan ni ke hospital. Kesian saya tengok Puan kena tolak tadi" jelasku yang masih lagi memapah makcik tersebut.

"Adik ikut Mak Cik sekali eh. Luka dekat tangan adik tu teruk. " ujar Mak Cik tersebut.

Ya luka pada lenganku sangat teruk sehingga baju aku penuh terkena darah.

"Takpa Puan saya boleh naik grab je" aku menolak ajakan Mak Cik tersebut dengan baik.Aku tidak mahu kereta mewahnya yang diparking didepanku kotor terkana darahku.

"Ikut Mak Cik ye" tanpa menunggu persetujuan aku Mak Cik tersebut menarik aku kearah keretanya. Dia yang lemah namun sekarang dia yang menarik aku.

Setelah hampir sejam aku dirawat di hospital, begitu juga dengan warga tua itu, aku pergi mendapatkan Makcik tersebut.

"Puan, saya nak ucap terima kasih sebab bawa saya kesini. Saya balik dulu ye. " ujar ku lalu bersalaman dengan Mak Cik tersebut.

"Nama anak ni siapa" soalnya kepada aku.

"Naura Mikayla panggil Naura je." jelasku.

"Cantik nama macam tuan dia. Naura tak payah panggil Makcik Puan . Apa kata Naura panggil Nenek je. Sebab cucu nenek panggil nenek je" Nenek mula memberi cadangan.

"Baik ne..nek." aku cuba membiasakan panggilan tersebut.

"Naura nak pergi mana sebenarnya?" tanya nenek lagi.

"Sebenarnya Naura nak pergi interview tadi. Tapi bila tengok nenek dalam bahaya Naura rasa nenek perlu diutamakan." jelas aku dengan penuh keikhlasan.

"Baiknya hati Naura.Jap interview? dekat office seberang jalan tu?" tanya nenek lagi.

"Ye nek, Kenapa?" soal ku pula.

"Sebenarnya office tu office cucu nenek. Nenek pun nak pergi sana. " jelas Nenek tersebut.

"La yeke ?"

"Haah. Sebelum ni Naura kerja dekat mana?" Nenek menyoal lagi.

"Ni first kerja. Sebelum ni lepas habis degree terus jaga ayah dekat rumah. Ayah lumpuh dua belah kaki.Jadi Naura jaga ayah selama 6 bulan. Dan bila keadaan ayah dah baik sikit, baru Naura cari kerja." jelasku.

"Baik nya hati Naura ni. Untung ayah dan ibu Naura kan dapat anak baik macam ni" nenek memujiku.

Aku hanya mendiamkan diri. Ayah aku bukan seperti apa yang nenek beritahu. Ayah aku membenciku manakala ibu aku telah meninggalkan aku.

"Naura kenapa diam je ni?" tanya nenek apabila aku hanya mendiamkan diri.

"Naura okay je" jawabku sambil tersenyum.

"Naura jangan bimbang, nenek akan pastikan Naura kerja dengan cucu nenek. Tanpa Naura entah apa yang terjadi pada nenek." ujar nenek lalu menggengam tangan aku.

"Eh takpa nenek. Naura tak minta balasan pun. " tolak ku.

"Anggap je ini hadiah dari nenek ye." ujar Nenek lagi.

Aku hanya tersenyum dan akur.

Setelah beberapa minit berbual , aku meminta diri untuk pulang kerumah sewaku. Nenek pula berjanji akan mengambilku esok bagi membawaku ke office cucunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience