Aku mencapai tuala bagi membersihkan diri. Fikiran aku lebih tenang setelah mandi. Aku duduk ni birai katil, termenung. Apa lagi yang aku mahukan? Kebahagiaan? Keikhlasan Izz? Semua aku dah lama dapat. Dan aku rasa aku sudah dapat jawapan untuk semua perkara ini.
Ya, kami sepatutnya teruskan kehidupan ini , aku tak mahu malaikat kecil dalam rahimku ini tidak mendapat kasih sayang yang secukupnya seperti mana aku kekurangan kasih sayang.
Aku mencapai telifon bimbit lalu mendail Izz. Beberapa saat sahaja penggilan disambung.
"Izz, awak balik la saya dah ada jawapan yang terbaik untuk kita." ujarku dengan senyuman. Hati aku saat ini lebih tenang.
"Puan ni isteri pemilik nombor ni ke?" soal suara garau yang semestinya tidak diketahui orangnya.
"Ya, saya Isteri dia. Encik ni siapa?" soalku pula. Hati aku berdebar hebat saat ini. Perasaan takut menyelubungi jiwa.
" Saya pihak hospital, suami puan excident tadi ,sekarang suami puan kritikal dan dibawa ke hospital. Jadi saya harap puan dapat segera ke hospital. " lantang sahaja suara garau itu berkata.
Aku kelu. Air mata keluar tanpa disedari. Aku amat takut saat ini. Takut kehilangan lelaki yang aku cinta. Otak , hati segalanya sudah tidak tentu arah. Aku terus memakai tudung lalu keluar dari rumah untuk ke hospital. Aku menyekat teksi yang lalu di kawasan perumahan .
Izz, tunggu saya datang ni. Awak kena kuat demi saya demi anak kita. Saya sayang awak Izz. Tolonglah kuat.
Tangisan aku makin rancak. Aku biarkan sahaja pemandu teksi menyaksikan kesedihanku.
Aku bergegas ke bilik pembedahan Izz setelah sampai sahaja di hospital. Kelihatan Datin Maria mundar mandir disitu namun tiada pula kehadiran nenek. Aku memberanikan diri untuk bersemuka dengan datin Maria. Keadaan Izz adalah keutamaan aku saat ini.
"Kau buat apa dekat sini! Kau balik sekarang!" tengkin datin Maria.
"Naura datang sini sebab Izz . Izz suami Naura dan Naura berhak ada disisi dia saat dia perlukan Naura." jawabku .
"Semua ni punca dari kau! Kau..." kata-kata datin Maria terhenti apabila melihat figura seorang doktor lelaki keluar dari bilik pembedahan Izz.
"Doktor macam mana keadaan suami saya?" soalku cemas.
"Buat masa sekarang pesakit kekurangan darah. Jadi ada tak diantara puan berdua yang sama darah dengan pesakit?" soal doktor dengan keadaan kalut.
"Apa jenis darah anak saya?" soal datin Maria pula.
"AB negative"
Terdiam datin Maria. Darah Izz tidak sama dengan darahnya hanya arwah papa Izz yang mempunyai darah yang sama dengan Izz.
"Doktor ambil je darah saya. Darah saya AB negative" ujarku bersungguh.
"Darah kau tak layak untuk anak aku. Kau tu sehina-hina binatang! Doktor tolong cari penderma lain. Saya sanggup bayar berapa pun" ujar datin Maria.
"Maaf puan kita tak ada banyak masa. Puan ikut saya sekarang." ujar doktor itu kepada ku.
"Aku tak setuju!" bentak datin Maria lalu merentap kuat tanganku.
"Datin, tolong fikirkan keadaan Izz . Jangan pentingkan diri sendiri. Tak kesian ke Izz terseksa sedang bertarung nyawa?" soalku tegas.
"Okay fine! Kau boleh derma darah kau tapi lepas je kau derma darah kau, make sure kau tinggalkan Izz. Jangan pernah kau berani munculkan diri kau depan Izz!" ujar Datin Maria.
"Baik Naura janji , Naura sanggup berkorban demi nyawa Izz." ujarku lalu terus meniggalkan datin Maria seorang diri lalu mengikuti langkah Doktor tersebut.
****
"Doktor , macam mana keadaan suami saya sekarang? " soalku setelah pemindahan darah berjalan lancar.
“Alhamdulillah keadaan suami puan sekarang stabil. Buat masa ini kita tunggu dahulu pesakit sedar. “ terang doktor yang ditugaskan untuk merawat Izz.
“Doktor, boleh saya nak minta satu permintaan?” Soalku.
“Permintaan apa?”
“Saya nak jumpa suami saya, dan tolong jangan sampai mak mertua saya tahu yang saya jumpa dengan suami saya. Saya harap doktor boleh tunaikan permintaan saya” ujarku dengan nada sebak.
“Baik, puan boleh jumpa suami puan. Hati-hati puan masih lemah, puan baru je derma darah” Ujar doktor tersebut. Doktor memandang aku dengan penuh kesayuan.
“Terima kasih”
Pintu bilik pembedahan Izz dikuak dari luar. Tubuh Izz penuh dengan wayar. Luluh hatiku saat melihat keadaan Izz yang terlantar sakit. Aku kuatkan diri menghampiri Izz. Tangan Izz diambil perlahan lalu dikucupku.
“Awak, maafkan saya sebab terpaksa tinggalkan awak. Saya cuba untuk teruskan hubungan kita namun saya gagal bila tengok awak sakit. Insyallah kalau awak jodoh saya kita akan bersatu lagi. Saya ada berita gembira nak bagitahu awak, saya pregnant. Saya doakan wajah anak kita nanti sama macam awak, biar hari-hari saya dapat tatap wajah awak” ujarku sambil mengusap perlahan perutku. Sebak yang amat , namun tidak aku berdaya untuk mengubah hidup ini.
“Awak, nanti awak sedar jangan lupa saya tau. Saya harap darah saya yang mengalir dalam diri awak akan buatkan awak selalu ingat saya. Saya dah lambat ni, saya kena pergi. Kisah kita tak sama macam orang lain, perkahwinan tanpa restu seorang ibu itu rumit. Saya doakan awak cepat sedar . Kalau awak sayang saya , cari saya. Saya akan tunggu awak sampai bila-bila. Saya sayang awak. “ ujarku sambil mengucup lembut dahi Izz. Selamat tinggal Izz.
Aku menggagahkan diri bangun untuk meninggalkan Izz. Terasa berat sangat dugaan aku. Mampukah aku tinggalkan Izz? Izz mesti perlukan aku saat ini. Maafkan saya Izz , saya pun tak mahu semua ini berlaku. Tapi saya percaya akan ketentuan Allah. Saya doakan jodoh kita hingga akhir hayat saya.
Perlahan-lahan aku berjalan keluar dari bilik pembedahan Izz. Tidak sedikit pun aku pandang belakang. Biarlah aku pergi jika ini sahaja yang mampu menyelamatkan nyawa Izz.
*******
Aku mengambil pakaianku lalu memasukkan ia kedalam bagasi. Air mata aku biarkan sahaja keluar. Aku mencapai sekeping kertas dan pen. Segala isi hati aku luahkan. Aku selitkan kertas itu di meja sebelah katil. Semoga Izz perasan akan kehadiran luahan aku ini.
Aku kuatkan hati, kentalkan jiwa keluar dari rumah yang memberi seribu satu kenangan. Aku buntu, dimanakah patut aku pergi.
********
“Aunty, macam mana keadaan Izz sekarang?” Soal Raisha yang duduk ditepi Izz.
“Dia...dia stabil. Tunggu dia sedar je sekarang” jawab datin Maria dengan gugup.
“Are you okay , aunty?” Soal Raisha lagi setelah melihat perwatakan datin Maria yang pelik.
“Sebenarnya Izz excident sebab aunty”. Gugup sahaja jawapan datin Maria.
“What?! Aunty cakap apa ni?” Soal Raisha dengan nada terkejut besar.
“Aunty sebenarnya upah orang untuk culik Naura. Tapi dia minta setengah juta sebagai ganjaran. So aunty tak terima aunty batalkan rancangan aunty dengan dia. Aunty tak tahu la pula dia marahkan aunty sampai dia balas dekat Izz. Dan aunty tak tahu yang dia penagih dadah.” Terang datin Maria dengan wajah ketakutannya.
“Aunty gila ke? Habis kalau nenek tahu macam mana?” Soal Raisha dengan nada marah.
“Nenek tak akan tahu semua ni. Lagipun nenek pergi outstation sekarang. Dia pergi Brunei 2 minggu. Raisha tolong rahsiakan pada nenek ye” pujuk datin Maria.
“Boleh, tapi pastikan Raisha jadi isteri Izz” ujar Raisha.
“Baik, aunty setuju”
Melirik senyum Raisha. Impiannya makin tiba.
“Mudahnya aku nak gunakan kau mak datin. Aku cuma nak anak kau bukan kau.” Gumam Raisha.
Share this novel