Bab 8

Romance Series 36225

"Nenek, rumah siapa ni?" soalan pertama yang aku tanya setelah aku , nenek dan Izz berada dihadapan rumah mewah yang sangat cantik.

Selepas nenek menjemput aku di hospital, kami terus kerumah ini. Sepanjang perjalanan kesini nenek dan Izz hanya mendiamkan diri.

"Kita masuk dulu ye Naura" jawab nenek. Izz sudahpun masuk kedalam rumah itu. Wajah Izz dari tadi hanyalah tegang.

"Naura, ni rumah Naura dengan Izz. Korang dah kahwin jadi korang kena duduk sekali bukan duduk dengan orang tua" terang nenek setelah kami bertiga duduk di sofa ruang tamu.

"Nenek mama mesti tak setuju punya. Nenek tak kesian ke dekat mama duduk sorang-sorang? Izz ni baru je kahwin biar jela Izz duduk dengan mama." Izz mula bersuara setelah lama mendiamkan diri.

"Pasal mama biar nenek settlekan. Izz kesian kan mama Izz duduk sorang-sorang? Habis nenek ni duduk sorang-sorang Izz tak kesian pun. Nenek ni dah la tua. Izz kena fikir yang Izz tu dah kahwin jangan nak buat hidup tu macam zaman bujang lagi." nenek mula membebel. Aku hanya mendiamkan diri sahaja.

"Suka hati nenek la. Izz dah penat cakap dengan nenek. Semua benda Izz kena ikut cakap nenek." bentak Izz lalu terus mendaki anak tangga.

"Naura, kalau Naura nak apa apa cakap dengan nenek je. Nenek balik dulu ye. Nenek nak jumpa kawan pula." ujar nenek.
Aku hanya mengangguk lalu menyalami nenek.

***

Laparnya. Si Izz duduk dalam bilik tak nak keluar, makanan dekat dapur pun takda . Habis aku nak makan apa?

Satu persatu ruangan dapur aku teroka mencari makanan. Namun satu makanan pun tidak dijumpai.

Mata aku terarah kepada Izz yang sedang turun dari tangga. Tahu pula nak keluar bilik. Ingat nak hidup dalam bilik dia je.

"Awak nak pergi mana?" soal ku apabila melihat Izz sudah berpakaian cantik.

"Urusan kau ke?" acuh tak acuh Izz menjawab sambil menyarungkan kasut pada kakinya.

"Kalau awak nak keluar, boleh tolong belikan makanan untuk saya? Saya lapar la" Aku terpaksa tebalkan muka aku minta tolong dengan Izz agar aku tidak lagi mengalami gastrik yang teruk.

"Kau ingat hidup aku ni nak sara kau makan ke? Kau lapar ke tak ke bukan urusan aku. Nasib aku bagi kau tinggal dekat sini tu bersyukur la. Kalau aku suruh kau tidur dekat luar macam mana? Kau jangan nak lebih lebih eh.!" Izz mula memarahi aku.

Aku terasa dengan kata kata Izz. Aku terus mendaki anak tangga lalu memasuki bilik tidurku.

***

Plak,

Pintu bilik aku dibuka dari luar. Aku tersedar dari tidur lalu mencapai phoneku bagi melihat waktu sekarang.

10.30 p.m

Bermakna aku baru sahaja tidur 30 minit selepas dimarahi oleh Izz.
Aku memandang kearah pintu bilik . Kelihatan Izz sudah berdiri disitu.

"Turun bawah sekarang. Aku dah belikan kau makanan. Cepat sikit turun nanti makanan sejuk." arah Izz dari arah pintu.

"Takpa la. Saya dah kenyang." tolakku. Aku sudah hilang selera makan dengan kata kata Izz sebentar tadi.

"Kau nak turun sendiri ke nak aku yang turunkan kau?" soal Izz.

"Awak nak turunkan saya?" soal aku pula.

Izz terus mendekati aku dan mengangkat aku dengan kedua dua belah tangannya lalu menuju keluar kearah pintu.

"Ishh awak lepaslah" aku meronta ronta agar Izz menurunkan aku.

"Tahu pun tak suka . Lain kali aku cakap ikut la. Jangan nak jadi macam cinderella pula kena dukung bagai." ujar Izz lalu menurunkan aku dari dukungannya.

"Tapi tak payah la nak angkat saya bagai. Saya tahu nak jalan sendiri." aku mula tidak puas hati dengan tindakan Izz.

"Suka hati kau la minah. Cepat la turun aku lapar ni" ujar Izz lalu menuruni anak tangga.

Minah? Sedap kau je panggil aku minah. Aku lempang juga mulut jantan ni.

***

"Mommy kenapa mommy pandai-pandai arahkan Izz tinggal dengan bini dia?" Datin Maria bersuara setelah mendapatkan nenek di ruang tamu rumahnya.

"Tahu pun Naura tu bini Izz , so biar la diorang tinggak sekali bukan berdosa pun."jawab nenek.

" Mommy Izz tu anak Maria bukan anak mommy. Hidup Izz Maria yang berhak tentukan bukan mommy. Mommy dah paksa Izz kahwin dengan perempuan kampung tak sedar diri tu dan sekarang mommy nak diorang duduk sekali pula. Mommy tak kesian ke dekat Izz. Dia tersiksa mommy. "Datin Maria mula mempertahankan Izz.

" Maria sedar tak apa yang Maria cakap ni? Perempuan kampung tak sedar diri tu la menantu Maria dia la yang selamatkan mommy. Maria jangan ingat mommy tak tahu rancangan Maria. Maria tak suka Izz kahwin sebb dia dah balik kan? Maria dah lupa ke dia buat apa dekat anak Maria sendiri?" terang nenek dengan suara yang agak meninggi.

"Apa pun yang terjadi Maria akan tetap pastikan segala kehendak Maria tercapai. Mommy jangan paksa Maria untuk pastikan mommy dan Izz takkan jumpa Naura lagi!" Datin Maria bersuara dengan suara yang tinggi lalu terus mendaki anak tangga ke bilik tidurnya.

"Nasib aku. Anak dan cucu sama je. Dua dua kurang ajar. Aku akan pastikan korang akan menyesal dengan kata kata korang ." gumam nenek.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience