Bab 16

Romance Series 36174

"Sebenarnya, nenek yang langgar ibu Naura" ujar nenek.

"Nek, apa nenek cakap ni?" aku bagai tidak percaya dengan kata-kata nenek.

"Nenek minta maaf sangat. Lepas kejadian hari tu, nenek selalu perhatikan keluarga Naura. Nenek kesian dengan Naura. Nenek tahu semua yang berlaku adalah sebab nenek. Nenek nak sangat Izz kahwin dengan Naura sebab nenek nak tebus kesilapan nenek. Nenek tahu Naura mampu bahagiakan Izz dan nenek percaya Izz mampu bimbing Naura." terang nenek . Tanpa disedari air mata nenek sudah mengalir.

"Naura tak kisah pun nenek. Semua ni takdir dari Allah. Bukan niat nenek nak langgar ibu Naura tapi semuanya dah ditentukan. Tapi, Naura tak pasti yang Naura mampu jadi isteri yang baik buat Izz." jawabku pula.

"Kau dah jadi isteri terbaik buat aku. Cuma aku je gagal mengenali hati kau. Aku harap kau sudi bagi aku masa untuk aku terima kau." Izz pula bersuara setelah hanya menjadi pendengar dari tadi.

" Selagi saya masih isteri awak, saya akan ikut semua kemahuan awak. Nenek , Izz mesti lapar kan? Naura masak dulu eh" ujarku yang cuba lari dari keadaan yang membuatkan aku sendiri awkward.

"Naura memang anak yang baik.
Izz jaga Naura baik-baik. Nenek nak solat kejap nanti kita makan sama-sama eh" ujar nenek lalu terus mendaki anak tangga.

"Saya pergi masak dulu." ujar ku lalu terus kedapur.

"Biar aku tolong kau" ujar Izz lalu terus mengambil pisau dari tanganku lalu ingin memotong bawang.

"Awak ni bukan potong ni cincang namanya" ujarku setelah melihat keadaan bawang yang dicincang lumat oleh Izz.

"Errr...maafla aku tak pandai nak potong bawang ni"

"Takpa la awak duduk biar saya je buat" ujarku .

"Aku cuci pinggan la" ujar Izz lalu terus mencuci pinggan.

"Auchh!" adu Izz.

"Kenapa ni?" soalku apabila melihat Izz memejam rapat matanya .

"Pedih , masuk sabun" adu Izz lagi.

"Awak jangan bergerak" ujarku lalu meniup mata Izz sambil kedua dua tanganku memegang lengan Izz. Tanpa sedar wajah kami terlalu hampir.

Mata kami saling berpandangan apabila Izz membuka matanya. Aku segera melepaskan tanganku lalu mengenjak sedikit kebelakang.

"Ma..mata awak okay?" soalku.

"Okay" ujar Izz sambil menatap lama wajahku.

"Kalau macam ni hari-hari aku nak mata aku masuk sabun" gumam Izz.

"Awak pergi la rehat dulu, biar saya masak" ujarku lalu terus menyambung kerja memasakku.

*****

"Raisha wait!" ujar Iqmal tunang Raisha setelah melihat Raisha keluar dari sebuah cafe.

"You nak apa lagi Iqmal?"soal Raisha acuh tak acuh.

" Kenapa you asyik nak lari dari I. Sampai bila kita nak macam ni? Kita dah bertunang dua tahun bila nak kahwin?" desak Iqmal.

"What! Kahwin? Dengan you? Eh sorry la you tu nak beli makan minum sendiri pun takda duit ada hati nak kahwin dengan I. Silap-silap I yang tanggung you lepas kahwin" ujar Raisha.

"Raisha kita dah tunang lama tau. Pasal duit tahu la I cari. I love you Raisha. You tunang I so you juga akan jadi isteri I" desak Iqmal lagi.

"Tunang? so putus je la. Oh one more thing, ambil la cincin you ni. Setakat cincin murah ni I petik jari je dah boleh dapat" ujar Raisha lalu mencampakkan cincin yang diambil dari begnya.

"Raisha! You buat semua ni sebab you nak Izz balik kan?" soal Iqmal.

"Yes! I memang nak dia balik. And you please stop bothering me!" tegas Raisha bersuara.

"You tak akan dapat Izz. You pilih untuk hidup dengan I so you kena kahwin dengan I." ujar Iqmal lalu terus meninggalkan Raisha seorang diri.

"Biadap punya jantan. Ingat aku takut ke dengan kau" gumam Raisha.

********

"Lusa majlis sanding korang. Korang dah pergi tengok dewan ke belum?" soal nenek sewaktu kami bertiga di meja makan.

"Izz hajat nak pergi tengok esok." jawab Izz.

"Bagusla kalau macam tu. Naura nanti esok lepas tengok dewan tu nenek nak kamu cuba baju pengantin. Lagipun kamu tak pakai lagi baju tu" ujar nenek lagi.

"Okay nek" jawabku ringkas.

"Izz, ingat pesan nenek, lupakan kisah silam, mulakan hidup baru." ujar nenek lagi.

"Insyaallah nek, Izz cuba" jawab Izz.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience