Bab 20

Romance Series 36174

"Nek, Izz rasa tak sedap hati la. Macam ada sesuatu tak kena. Kalau kita balik awal tak boleh ke nek?" ujar Izz setelah mendapatkan neneknya.

"Nenek ingatkan nenek je rasa tak sedap hati rupanya kamu pun rasa macam tu juga." jawab nenek lalu menutup komputer ribanya bagi memberi ruang untuk Izz bercakap.

"Nenek rasa macam Izz rasa juga? Habis kita nak balik awal ke macam mana?" soal Izz lalu duduk bersebelahan neneknya.

"Pergi la kemas barang kamu. Kita balik sekarang. Projek tu nanti nenek boleh wakilkan orang lain." ujar nenek.

"Baik nek." jawab Izz lalu terus memasuki biliknya untuk mengemas pakaian. Izz mencapai phonenya lalu menghubungi Naura.

Kring...Kring...

Phone aku berbunyi, namun waktu itu aku sedang mencuci pinggan.Walaupun tangan aku amat pedih apabila luka terkena air, akan tetapi aku terpaksa melakukan kerja rumah agar tidak didera oleh datin Maria lagi. Phone aku pula berada di ruang tamu.

"Hello Izz. Ada apa call?" soal datin Maria yang menjawab talian tersebut.

"Naura mana mama? Kenapa mama yang jawab?" soal Izz.

"Salah ke mama nak jawab. Hurmm takpa la kalau macam tu." ujar datin Maria dalam nada yang sedih.

"Eh boleh je mama. Izz cuma tanya je. Izz nak cakap ni yang Izz balik hari ni. Petang nanti sampai la." ujar Izz dari talian.

"What! Kenapa awal sangat?" soal datin Maria cemas.

"Kenapa tak boleh balik ke?"

"Eh takda apa la. Okay la Izz mama banyak kerja ni. Have a save flight sayang." ujar datin Maria lalu menamatkan talian.

Aku lansung tidak mengetahui akan perbualan mereka. Mana taknya aku berada di dapur menahan pedih tangan aku serta terpaksa berdiri lama dengan kaki aku yang luka.

"Kenapa aunty?" soal Raisha yang duduk di sofa ruang tamu.

"Izz dia balik hari ni"

"Bagus la macam tu. Tapi kenapa aunty cemas je?" soal Raisha lagi.

"Kenapa la aunty tak fikir sebelum buat apa-apa. Kalau Izz tanya pasal lebam dan luka Naura macam mana? Habis la aunty macam ni."

"Auntu rilek jangan la takut. Aunty tahu kan Izz tu sayang sangat dekat aunty. Semua aunty cakap dia ikut . Jadi Raisha ada idea bernas sangat." ujar Raisha lalu membisikkan sesuatu di telinga datin Maria.

"Bagus la Raisha ni. Bijak." puji datin Maria sambil tersenyum lebar.

"Raisha nak balik dah ni. Tapi Raisha nak jumpa Naura kejap ye." ujar Raisha lalu terus kearah dapur.

"Woi betina, kesiannya dekat kau. Dulu kau boleh sombong dengan aku, nanti kau tahu la nasib kau. Oh lupa, kaki kau dah okay?" ujar Raisha sambil memijak kuat kaki aku.

"Argghhhh! Sakit la." adu aku kesakitan lalu menarik kaki aku dari dipijaknya. Sungguh aku tidak mempunyai kudrat untuk melawannya saat ini. Kaki aku yang masih dalam balutan mula mengeluarkan kembali darah.

"Opsss, sorry tak sengaja." ujar Raisha gedik lalu terus pergi meninggalkan aku di dapur.

Aku menahan kesakitan. Darah makin rancak keluar. Aku terus kebilik untuk merawatnya lagi.

****

"Naura!" panggil datin Maria dari arah ruang tamu.
Aku terhinjut-hinjut keluar ke ruang tamu.

"Ada apa datin?" soalku.

"Aku nak kau pakai cantik- cantik , naik dekat bilik atas. Kau pergi la rehat ke tidur ke suka hati kau la" arah datin Maria.

"Kenapa saya kena buat semua tu?" soal aku hairan.

"Pergi je la!" marah datin Maria.

Aku hanya menurut arahan datin Maria. Aku sudah tidak mampu melawan. Kalau aku melawan aku juga yang dapat sakit.
Perlahan-lahan aku mendaki anak tangga. Sampai sahaja dibilik atas aku membaringkan badan. Penat yang amat menyebabkan aku terlelap.

Jam menunjukkan pukul 6 petang. Pancuan empat roda mula memasuki pekarangan rumah datin Maria.

"Ya Allah kenapa ni mama?" soal Izz apabila melihat datin Maria duduk dilantai memegang mop sambil menangis.

"Mama penat sangat Izz. Sepanjang Sarah cuti ni semua kerja mama yang buat. Mama penat sangat-sangat" ujar datin Maria sambil menangis teresak-esak.

"Naura tak tolong mama ke?" soal Izz .

"Mama bukan nak buruk-burukkan Naura, tapi sepanjang Naura dekat sini dia duduk dalam bilik je. Dia tidur kalau lapar dia marah mama suruh masak. Semua benda dia paksa mama buat. Mama dah tak ubah macam hamba dia." dalih datin Maria dengan wajah meraih simpatinya

"Takkan Naura nak buat semua tu? Takkan Naura lena tidur sedangkan mama aku penat buat kerja" gumam Izz.
Izz terus mendaki anak tangga menuju ke bilik untuk bertemu Naura.

"Naura" panggil Izz lalu membuka pintu bilik.

"Naura!" Izz meninggikan suara menyebabkan aku tersedar dari lena.

"Izz, awak dah balik" ujar aku lalu menitiskan air mata . Waktu ini aku rasakan segala penderaan terhadap aku berakhir.

"Naura, aku percayakan kau selama ni. Tapi bila aku dah mula sayang kau, ini kau balas pada aku. Aku suruh kau duduk dengan mama untuk tolong mama rapatkan hubungan kau dan mama. Tapi yang berlaku sebaliknya. Kau sanggup dera mama buat mama macam hamba kau tapi kau boleh senang-senang je tidur. Aku kecewa dengan kau Naura. Aku menyesal percaya orang macam kau!" tengkin Izz dengan juraian air matanya.

"Izz, apa awak cakap ni? Selama ni saya yang derita tapi kenapa saya dipersalahkan?" air mata dibiarkan sahaja keluar membasahi pipiku.

"Apa yang derita! Sekarang ni aku yang derita. Aku derita sebab kenal dan percaya kau! Aku ingat kau perempuan yang baik, tapi aku silap. Kenapa aku selalu diuji dengan manusia macam kau!" marah Izz lagi.

Awak hanya nampak derita awak. Habis derita saya siapa pernah nampak. Saya lebih derita dari awak.

"Izz! Apa Izz cakap ni? Naura isteri Izz. Nak cakap tu jagalah hati Naura. Jangan nak main cakap tanpa bukti!" marah nenek yang kini berada di belakang Izz.

"Dah la nenek semuanya dah terbukti. Izz penat nek. Penat nak percaya orang yang khianati Izz." ujar Izz lalu terus menuruni anak tangga.

"Naura, sabar sayang. Nenek janji nenek akan selalu ada dengan Naura." pujuk nenek sambil memelukku.

"Apa salah Naura nek? Kenapa berat sangat dugaan Naura? Hina sangat ke Naura ni. Naura tak layak nak disayangi ke? " bertubi-tubi soalan keluar dari bibirku.

"Tak Naura tak salah. Naura okay tak ni? Kenapa dengan muka Naura ni? Ya Allah tangan Naura, kaki kenapa semua ni?" soal nenek cemas.

"Takda apa la nek. Nenek, Naura nak balik." ujarku sambil mengesat air mata.

"Kemas pakaian Naura , nenek hantar Naura balik ye. Ingat nenek akan tegakkan kebenaran" ujar nenek sambil memeluk tubuhku sekali lagi.

"Terima kasih nenek.Naura turun bawah dulu, nak kemas baju." ujarku lalu berdiri dari duduk.

"Nenek tolong Naura ye" ujar nenek lalu memapahku turun kebawah.

Setibanya aku di tingkat bawah, aku melihat Izz sedang memujuk datin Maria. Entah apa yang dipujuknya. Aku yang lalu dihadapannya dibiarkan sahaja.

Beberapa minit kemudian aku pergi mendapatkan nenek di ruang tamu sambil menarik bagasi kecil yang berisi pakaianku.

"Jom Naura balik. Maafkan nenek sebab tinggalkan Naura dengan manusia yang tak berhati perut." perli nenek. Datin Maria dan Izz hanya mengabaikan sahaja perlian nenek. Nenek memimpinku keluar dari rumah tersebut lalu menghantar ku pulang.

****

"Izz ikut nenek sekarang!" arah nenek yang berada di rumah datin Maria setelah menghantarku pulang.

"Nak pergi mana? Izz taknak pergi. Izz nak jaga mama." ujar Izz sambil menyuap Datin Maria.

"Ikut nenek sekarang!" tegas nenek lalu terus memasuki perut kereta yang dipandu oleh pemandunya. Izz akhirnya menurut arahan nenek dan memasuki perut kereta yang sama.

"Kenapa nenek bawa Izz datang office ni? Nenek tahu kan mama sakit dekat rumah tu" ujar Izz yang menunjukkan ketidakpuasan hatinya.

"Mama sakit? Jangan mudah tertipu Izz. Sekarang nenek nak Izz tengok sendiri siapa yang sakit. " ujar nenek lalu membuka clip video dalam komputernya.

"Apa ni nenek?" soal Izz.

"CCTV rumah mama Izz yang nenek pasang tanpa pengetahuan mama Izz."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience