Bab 35

Romance Series 36225

Setelah semua tetamu pulang dari rumah Raisha, papa Raisha terus mendapatkan Raisha.

Pang!

"Sakitlah papa. Kenapa papa buat Raisha macam ni! Papa tak pernah pukul Raisha!" bentak Raisha sambil memegang pipinya yang sakit dek kerana tamparan papanya.

"Sebab aku tak pernah pukul kau la kau sanggup malukan aku! Mana aku nak letak muka aku hah!? Kau memang anak tak guna, sanggup kau malukan aku!" jerkahan papa Raisha bergema satu rumah. Iqmal yang turut berada disitu hanya memerhati dengan senyuman dibibir.

"Papa yang malukan papa jantan tu! Jantan tak guna tu dah malukan papa bukan Raisha! " tengkin Raisha sambil menunjuk kearah Iqmal.

Pang!

Satu lagi tamparan kuat melekat di pipi Raisha.

"Kau jangan nak salahkan orang lain kalau kau sendiri tak tahu nak jaga diri. Yang kau bodoh serahkan badan kau dekat lelaki tu kenapa?" ujar Papa Raisha dengan penuh amarah.

"Arghhhhhh! Papa kalau jantan tak guna ni tak bagitahu hal sebenar semua ni tak akan berlaku. Kau memang sial Iqmal!" ujar Raisha sambil memukul dada Iqmal berkali-kali.

"Kau masih nak salahkan orang lain? Sudahlah Raisha, aku kecewa ada anak macam kau." ujar papa Raisha lalu terus meninggalkan anaknya yang sudah tidak terkawal itu.

"Aku benci kau Iqmal! Kenapa kau buat aku macam ni? Kau memang sial!" tengkin Raisha.

"Aku buat semua ni sebab aku dah penat jadi orang bodoh terhegeh-hegeh kejar cinta kau. Dan aku tak rasa yang aku masih cintakan kau. Aku kahwin dengan kau pun sebab aku nak kau rasa macam mana deritanya aku dulu." jawab Iqmal lalu turut meninggalkan Raisha seorang diri.

"Izz kenapa you tinggalkan I? I sayangkan you. Aunty Maria pasti boleh tolong aku. Ya, aunty Maria akan tolong aku." gumam Raisha lalu terus memandu menuju ke arah rumah Datin Maria.

********

"Welcome to our home sayang" ujar Izz sambil membuka pintu rumah.

"Kenapa pandang saya macam tu ?" soal Izz apabila melihat aku hanya memandangnya dengan pandangan yang sayu.
Aku terus memeluk tubuh sasa Izz.

"Saya rindu awak. Awak jangan tinggalkan saya lagi ye. Saya macam tak percaya yang kita dapat bersatu balik. Awak jangan tinggal saya ye, saya tak boleh hidup tanpa awak." ujarku tanpa disedari air mataku menitis setitik demi setitik.

"Ala, jangan la nangis. Saya janji tak tinggalkan awak. Comel je muka budak ni" pujuk Izz lalu mencubit pipiku.

"Okay tak nangis dah. Tapi, satu syarat." ujarku sambil menunjuk jari angka satu

"Ada syarat juga? Okay-okay apa syaratnya?" soal Izz penuh teruja.

"Malam ni awak kena masak , boleh?" soalku dengan wajah manja.

"Boleh tu boleh tapi awak kena sediakan pemadam api la. Takut juga saya karang terbakar dapur ." gurau Izz.

"Alaa awak cuba la masak please. Kalau tak saya merajuk seminggu." ujarku sambil membuka muka merajuk.

"Okay la saya masak. Nanti tak pasal-pasal seminggu hidup bujang" jawab Izz sambil mencubit lagi pipiku.

"Tapi, tapi, tapi , kejap"

"Tapi apa? Banyak sangat tapi tu" soal Izz.

"Tapi awak kena masak banyak-banyak" ujarku.

"Kita makan berdua je kan? Kenapa nak masak banyak-banyak?" soal Izz penuh kehairanan.

"Saya nak ajak Danial dengan Sofia makan malam sekali. Lagipun diorang banyak tolong saya tau. Boleh eh " pujukku lalu mencium pipi Izz.

"Ni lemah ni kalau main pujuk macam ni. Ye la sayang oi, kalau tak sedap tu telan je la." jawab Izz dengan nada pasrah.

"Yeyy! Thank you. Okay la saya nak naik mandi dulu. Masak sedap-sedap tau" ujarku lalu terus mendaki anak tangga naik ke bilik.

"Tabah je la. Nak masak apa aku ni? Takkan nak jamu orang dengan telur goreng je? Nak goreng telur pun aku masih tak lepas lagi." monolog Izz seorang diri.

******

"Aunty, tolong Raisha aunty. " ujar Raisha lalu terus memeluk datin Maria.

"Lepas la!" datin Maria terus menolak tubuh Raisha sehingga terjatuh di lantai.

"Aunty jangan buat Raisha macam ni. Raisha dah tiada siapa-siapa. Aunty tolong la Raisha." rayu Raisha sambil memeluk kaki datin Maria.

"Buat apa aku nak tolong kau lagi? Aku rasa menyesal sangat sebab nak kahwinkan Izz dengan kau. Aku bersyukur sangat kau tak jadi kahwin dengan anak aku. Dulu kau terhegeh-hegeh datang dekat aku merayu nak aku terima kau balik. Kau cakap kau insaf la tapi last-last kau malukan aku! " marah datin Maria lalu menarik kakinya dari pelukan Raisha.

"Aunty, Raisha minta maaf. Raisha dah takda siapa-siapa sekarang. Semua orang dah benci Raisha."Rayu Raisha lagi sambil menangis teresak-esak.

" Bagus la kalau kau tahu semua orang benci kau. Dan aku juga nak kau tahu yang aku pun benci kau! Jadi boleh berambus sekarang!" halau datin Maria.

Raisha bangun lalu terus masuk kedalam perut keretanya.

"Arghhhhhhhh! Semua ni punca kau Iqmal. Aku benci kau. Kau ingat aku tak boleh balas apa yang kau dah buat pada aku? Kau silap la Iqmal, kau tunggu balasan aku." gumam Raisha lalu terus memandu pancuan empat rodanya.

*******

"Jemput la makan. Semua ni Izz yang masak." pelawaku kepada Danial dan Sofia.

"Serius la kau masak semua ni Izz? Sumpah aku tak percaya. Setahu aku kau ni goreng telur pun tak pandai." usik Danial.

"Hello saudara, dulu bujang lain sekarang dah kahwin kena belajar la masak walaupun intai pakcik google." jawab Izz.

"Dah la tu jom makan. Saya dah lapar ni. Tapi kan awak, saya rasa mengidam nak makan nasi minyak orang tu la" ujarku sambil memandang kearah Danial dan Sofia.

"Fuh, teruk betul mengidam dia. Naura awak jangan macam-macam. " ujar Danial.

"Alah kau dah suka tu cakap baru gentleman. Sofia tu tunggu kau masuk meminang je" usik Izz. Blushing teruk muka Danial dan Sofia .

"Jom makan. Lapar dah ni. Nanti sejuk pula lauk ni" ujar Sofia bagi menukar topik.

"Orang dah malu tu , jom la makan." ujarku pula. kami terus menjamu makanan yang disediakan. Nasib malam ni semua yang Izz masak sedap sangat.

*******

"Saya pergi kerja dulu tau. Kalau ada apa-apa call cepat" ujar Izz . Aku bersalaman dengannya.

Beberapa minit kemudian, seseorang yang tidak dikenali datang kerumahku.

"Ni rumah Puan Naura Mikayla ke?" soal seorang lelaki tersebut.

“Ye saya, ada apa?” Soalku

“Ni ada bunga untuk puan dari Encik Izz Rayqal” ujar lelaki tersebut lalu memberiku sejambak bunga.

“Terima kasih” ucapku lalu terus kembali kedalam rumah.

‘Sempat dia kirim bunga dekat aku’
Aku mengambil kad yang diselit pada bunga tersebut.

‘Pakai cantik-cantik pergi dekat hotel **** bilik 126. Saya dah sediakan dinner istimewa untuk kita. Jangan lambat saya tunggu awak sekarang. Love you’

‘Amboi cakap nak pergi kerja, sempat lagi dia buat suprise'.

Aku terus bersiap untuk ke hotel yang diberitahu Izz.

*******

“Yang kau seksi-seksi sangat dah kenapa?” Soal Iqmal.

“Iqmal, I nak minta maaf dengan you. I tahu I salah. Mulai saat ni , I nak jadi isteri you yang baik. Ouh by the way, kejap” ujar Raisha lalu menulis sesuatu pada sehelai kertas.

“I tunggu you tau” ujar Raisha lalu terus keluar meninggalkan Iqmal.

Iqmal membaca kertas tersebut. Senyumannya meleret sahaja.

‘Jumpa ni Hotel **** bilik 126. Love you’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience