Bab 3

Romance Series 36174

PINTU dikuak dari luar. Aku yang sedang mengemas barangku terus berpaling ke arah pintu yang menempatkan figura seseorang lelaki.

"Cepatla kemas. Aku tak suka tunggu lama lama." Izz yang berdiri disebelahku terus bersuara.

Aku kaku. Kenapa dia datang sini dan arah arahkan aku? Mana nenek?

"Yang kau pandang aku macam tu kenapa? Kau ingat aku ni driver kau nak tunggu kau lama lama? Kalau bukan sebab nenek kau jangan harap la aku hadap nak hantar kau balik" Fuhh berlagak next level. Aku tak suruh kau hantar aku balik pun yang kau nak marah marah aku kenapa. Dah la aku kena tahan wad sebab kau.

"Encik Izz, saya tak pernah paksa atau suruh Encik hantar saya. Saya boleh balik sendiri. Dan saya ni belum pulih sepenuhnya lagi tapi tup tup kena hadap bengis singa Encik tu. Kalau Encik rasa saya ni menyusahkan saya janji saya tak akan susahkan Encik lagi. So terima kasih je la. Saya boleh balik sendiri. " Haa kan dah kena dengan aku. Tu sikit baru . Kau ingat aku tak berani nak jawab mulut kau.

"Kau ni tak sedar dek untung lansung kan. Nasib orang dah bayar bil hospital hantar kau dekat sini lagi tu pun kau still nak keras kepala. Ehh aku tak hadap la hantar kau. Aku just ikut apa yang nenek suruh. And kau tahu kan nenek aku tu macam mana. Kalau itu yang dia cakap takda orang boleh bantah. So kau jangan banyak cakap. Aku dah lewat ni . Cepat sikit." Sumpah aku terasa dengan setiap bait ayat lelaki tu.

Aku malas nak cakap banyak, aku terus kemas barang barangku dan terus mengikuti lelaki tanpa hati perut tu.

Setelah lama kami hanya mendiamkan diri didalam kereta milik Izz, akhirnya Izz bersuara.

"Kau kerja je dengan nenek aku. Kalau aku tak bagi kan macam aku ni tutup periuk nasi orang. Dan aku tahu kalau aku halang pun nenek tetap berkeras. " ujar Izz yang masih fokus memandu.

" Err saya akan kerja dengan nenek sebab saya kesian tengok nenek bila dia selalu merayu suruh saya kerja dengan dia. Tapi boleh tak kalau saya nak minta izin balik dekat kampung saya dulu sebelum saya kerja?" Habis segala sopan dah aku bercakap. Tapi kalau kau still nampak aku bercakap macam nak tumbuk orang lagi tak tahu la.

"Yang tu aku tak boleh buat apa apa keputusan. Kau tanya la nenek sendiri. " jawab Izz dengan tenang namun wajahnya tak pernah kelihatan tenang. Tegang.

"Nenek, Naura nak minta izin balik kampung dulu sebelum Naura kerja dengan nenek. Boleh ke nenek?" aku bersuara setelah sampai di rumah nenek. Izz katanya sudah balik ke rumah mamanya. Bermakna nenek dan Izz tidak tinggal sebumbung.

"Nenek harap Naura kembali balik dekat sini. Nenek tak nak hubungan kita renggan Nenek sayang Naura " ujar nenek lalu memeluk tubuhku.

"Nek, Naura pun sayang nenek. Naura balik sekejap je. Naura nak tengok keadaan ayah Naura. Lagipun Naura bimbang takut ubat ayah Naura dah habis" ujarku pula lalu membalas pelukan nenek.

"Kampung Naura kat mana?"

"Dekat Kuantan nenek. Insyallah Naura balik dua hari je. Lepas tu Naura kerja dengan nenek ye." aku mula memujuk nenek.

"Naura, ambil ni. Tolong jangan tolak hadiah dari nenek. Guna je duit ni untuk beli ubat ayah Naura dan keperluan Naura" ujar Nenek lalu menghulurkan sepucuk sampul surat yang berwarna koko. Boleh kira tebal jugalah sampul surat tu.

"Ehh nenek, tak apa la. Naura dah banyak terhutang budi dengan nenek" tolakku dengan baik.

"Naura tolong terima duit ni kalau Naura sayang nenek. Nenek harap Naura terima walaupun nenek tahu tak seberapa" ujar nenek lagi.

"Baik nek. Terima kasih nenek. Nenek banyak tolong Naura. Naura sayang sangat dekat nenek." Aku mengambil sampul surat itu. Aku tahu nenek akan buat apa sahaja asal orang ikut apa yang dia nak. Dan aku tak nafikan yang nenek sangat baik.

"Naura jangan pernah rasa terhutang budi ke apa dengan nenek. Naura dah tolong nenek hari tu. So tak salahkan nenek tolong Naura pula." ujar nenek lalu mengulas lembut belakang tapak tangan ku.

"Terima Kasih nenek."

"Assalamualaikum." Aku terus memberi salam setelah kini aku berada di rumahku.

" Kau buat apa kat sini Naura?Takkan baru kerja dua hari dah kena pecat. Tapi tak hairan la kan perempuan macam kau ni mana layak nak kerja KL." Selamba sahaja Mak Cik Melati mengutuk aku.

"Naura balik kejap je Mak Cik Melati . Naura nak tengok ayah. Nanti Naura pergi KL balik.Ayah mana Mak Cik?" tanya ku. Aku malas nak berperang mulut dengan ibu tiriku ini. Aku sudah masak dengan sikapnya yang tak habis habis mencari kesalahan aku.

"Ayah kau tidur. Ubat dia habis. Ni alang alang kau balik ni bagus la. Tolong beli ubat dekat ayah kau tu. Barang dapur pun dah habis. Lagi satu yuran Mawar dengan Merry kau jangan lupa bayar tau. Mereka tu nak belajar. Bukan taraf diorang nak duduk kampung macam kau ni. Dan kau ni anak baik kan? Jadi takkan la kau sanggup tengok aku pakai baju sama je . Jadi tak salah kan kau balas jasa aku yang jaga kau dari kecil. Apa kata kau belikan aku baju baju yang cantik. Kerja KL kut takkan takda duit." Amboi bercakap mengalahkan aku ni bank. Aku baru kerja dua hari.
Bukan dua minggu. Gaji tak dapat lagi dah suka hati nak arah arahkan aku. Nasib nenek bagi duit dekat aku. Duit tu pun aku akan guna untuk ubat ayah bukan untuk Mak Cik Melati. Maaf ye.

"Naura masuk dulu ye Mak Cik. Naura nak tengok ayah." ujarku lalu meninggalkan Mak Cik Melati seorang diri.

"Kurang ajar punya budak. Aku tengah cakap dengan kau ni . Boleh kau pergi macam tu je. Biadap!" marah Mak Cik Melati lalu terus menghilangkan dirinya ke dapur.

"Ayah, Naura balik ni. Ayah sihat?"tanyaku setelah aku mendapatkan ayah.

" Yang kau balik kenapa? Nak bawa malang lagi. Kau dah tengok mak kau mati kan. Ke kau nak tengok aku mati pula? Aku baru je nak tenang kau duduk jauh dari aku . Ni tak sampai seminggu dah balik. Suhh suhh pergi. Aku nak tidur." marah ayah kepadaku lalu ayah terus menghalau aku.

Air mata yang tak dipinta kini telah keluar. Begitu sekali ayah membenci diri aku. Mengapa aku tetap dijadikan punca ibu aku meninggal?

"Ayah, Naura tak minta pun semua ni berlaku. Naura sayang ibu Naura. Naura sayang ayah. Salah ke Naura nak balik jenguk ayah? Naura dah takda ibu . Naura tak nak kehilangan ayah. Naura dah takda siapa siapa dah ayah. Semua benci Naura. Naura cuma nak menumpang kasih ayah je. Apa yang Naura perlu buat untuk ayah sayangkan Naura , Naura akan buat. Naura hanya perlukan restu ayah. Kasih sayang ayah. Salahkah Naura terima semua tu?" Air mataku sudah mengalir tanpa henti. Aku mengesat perlahan lahan air mataku.

"Kau boleh tak jangan nak berdrama dekat sini! Aku penat nak tidur. Kau faham bahasa tak! Berambus la kau! " tengkin ayah kepadaku lalu menolak kasar badan aku.

"Baik, Naura keluar. Ayah rehat la dulu. Naura sayang ayah" tanpa menunggu jawapan dari ayah, aku terus keluar dari bilik ayahku.

"Puas hati kau kena marah dengan ayah kau? So baik kau duduk je dekat KL tu. Semua orang bahagia." selamba sahaja Mak Cik Melati memerli aku.

"Naura nak beli ubah ayah ni. Mak Cik Melati nak kirim apa apa ke?" soal ku. Aku hanya mengabaikan sahaja kata kata Mak Cik Melati.

"Aku nak kau beli telur, beras, minyak , gula arghh kau beli je barang dapur yang selalu guna. Dah habis semua dah ni." arah Mak Cik Melati kepadaku.

"Baik Mak Cik Melati." aku terus meninggalkan Mak Cik Melati dan terus berjalan kaki ke kedai runcit.

"Ehh Naura bila balik? Bukan ke Naura kerja dekat KL ke? "

"Naura, apa khabar?"

"Lama tak tengok Naura"

Setibanya aku di kedai runcit, mak cik - mak cik yang menetap di kampung terus mendapatkan aku. Mereka memang mesra dengan aku.

"Naura sihat je. Naura balik ni sebab nak tengok ayah . Esok lusa Naura pergi balik" jawabku bagi bermanis muka.

"Bagus Naura ni . Walau macam mana sekali pun orang tua Naura layan Naura, Naura tetap baik dengan diorang." Mak Cik Kiah, mak saudaraku yang berada di sebelah ku terus bersuara. Mereka yang berada bersama aku ni sudah mengetahui kisah hidupku. Mereka juga la yang selalu menggembirakan aku apabila aku selalu didera oleh ayah dah ibu tiriku.

"Macam mana sekali pun, ayah tetap ayah Naura dan Mak Cik Melati tetap mak tiri Naura. " balas ku .

"Sabar ye Naura, Insyaallah Allah akan berikan Naura kehidupan yang baik. Sabar je , Allah tahu apa yang Dia lakukan." Mak Cik Leha pula memberi kata kata semangat kepada ku.

"Insyaallah, terima kasih Mak Cik Leha."

Setelah kami berbual riang, aku meminta diri untuk balik setelah siap membeli segala keperluan. Aku menempah grab kerana barang yang aku beli terlalu banyak.

"Banyaknya kau beli . Kau ambil duit dekat mana? Kau kerja baru dua hari kut takkan dah kaya. Ke kau kerja jual badan dekat KL tu" Mawar yang baru sahaja pulang dari sekolahnya terus menyampuk. Naura masih lagi bersekolah. Tahun ini dia merupakan pelajar tingkatan 6.

"Astagfirullah kau ni Mawar. Aku masih ada maruah tau tak. Aku tak gila nak buat semua tu. Aku beli semua ni sebab Boss aku baru gaji permulaan je. Aku bukan gila nak jual badan aku" aku terpaksa berdalih. Malas aku nak cerita perkara sebenar.

"Kau bukan boleh percaya pun. Kau memang perempuan murahan. Sebab tu lelaki kat kampung ni ramai yang suka dekat kau sebab kau goda diorang. Kau memang tak sedar diri. Takda maruah!" Mawar terus menyemburkan segala tidak puas hatinya kepadaku. Sebenarnya dia cemburu kerana lelaki di kampung ini selalu lebihkan aku dari dia. Sikap cemburu dia memang tinggi.

"Suka hati kau la Mawar. Aku penat" Aku terus meninggalkan Mawar seorang diri di dapur dan terus memasuki bilikku.

Begitulah kehidupan aku yang selalu dibenci oleh keluarga sendiri. Ni Merry belum balik lagi, kalau dia balik lagi teruk aku akan dimarahi dan dihina. Nasiblah Merry menyambung pelajarannya di Selangor.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience