Bab 2

Romance Series 36174

SETIAP saat setiap detik aku inginkan kasih sayang daripada orang lain,
Namun aku terima takdir yang itu semua hanya angan angan.
Dimana aku berada , kasih sayang tidak pernah hadir,
Salahkah aku mengharap kasih sayang yang mampu membuatkan aku bahagia?
Mengapa aku harus dihina dan dibenci?

Aku mengalihkan pandanganku ke luar tingkap menikmati keindahan bangunan pencakar langit sambil bersarapan sebelum ke office.

Hari yang mampu mengubah kehidupan aku akhirnya tiba. Dimana aku terpaksa menjadi PA kepada lelaki yang tidak beradab dan tiada perasaan. Mengapa nasib aku begini?

Usai menikmati sarapan, aku segera ke office setelah grab yang ditempah sudahpun tiba. Keadaan di office tersebut masih lengang dek kerana masih belum ramai pekerja yang hadir pada waktu itu.

"Maafkan saya, Cik ni Cik Naura ke?" tanya seorang perempuan yang hadir dari arah belakangku.

"Ye saya Naura" jawabku lalu menghadiahkan sebuah senyuman yang semestinya membuatkan sesiapa sahaja senang denganya.

"Mari ikut saya. Saya akan tunjukkan tempat Cik Naura" ujar perempuan itu lalu berjalan dihadapanku menuju kesebuah meja dimana betul betul ditempatkan di hadapan bilik Izz.

'Izz Rayqal bin Dato' Hasyim' nama tersebut terlintas dalam hatiku apabila aku terbaca nama yang terpapar di pintu bilik Izz.

"Cik, ni meja Cik. Kalau ada apa apa boleh bagitahu saya ye" ujar perempuan tersebut dengan pandangan peliknya.

"Terima kasih. Err.. tapi boleh saya nak tanya?" aku perlukan jawapan dari wanita tersebut.

"Boleh, apa dia?"

"Kenapa Cik pandang saya pelik je? ada benda tak kena ke?" Sebelum aku salah faham dengan pandangan wanita itu baik aku ambil keputusan selamat.

"Err.. Sebenarnya saya pelik. Tuan Izz tak pernah ambil perempuan sebagai PA dia melainkan dulu Cik Raisha yang jadi PA dia . Maaf la kalau saya tanya ni. Cik Naura girlfriend Tuan Izz ke?" tanya perempuan tersebut yang inginkan kepastian.

"Err.. Taklah. Saya pun tak kenal Tuan Izz. Saya kerja dekat sini pun sebab nenek Tuan Izz . " Ada ke patut dia cakap aku ni teman wanita lelaki biadap tu. Sorry la aku memang tak hingin.

"Maafkan saya sebab salah faham." wanita itu meminta maaf kepadaku dan meminta diri untuk pergi.

Nasib aku memang sentiasa malang. Aku baru sahaja ingin duduk bagi mengemas apa yang patut, satu suara yang kurang sopan sudah menegurku. Dah la salam tak bagi main redah je.

"Masuk bilik aku sekarang! " tegas Izz mengarah aku tanpa memandang wajah aku. Beradab ke macam tu? Sebelum dia naik singa , aku terus memasuki bilik dia.

Macam biasa, nasib aku malang. Nasib malang sudah sebati dalam hidup aku . Dimana ada aku disitu ada malang. Kenapa aku cakap malang? kerana waktu aku melangkah masuk ke bilik Izz aku tersadung dengan kaki aku sendiri dan menyebabkan aku terjatuh didepan bossku itu.

"Auchhhh" adu aku kesakitan lalu menggosok lututku yang sememangnya sakit.

"Eh cepat la datang sini! Kau ingat aku bodyguard kau nak tunggu lama-lama? Aku banyak kerja lagi ni!" Izz menaikkan suaranya kepadaku apabila melihat aku masih lagi duduk dilantai.

Lelaki ni memang nak aku bunuh ke macam mana? Tak nampak ke aku jatuh ni. Bukan nak tolong ke nak tanya okay ke, ni boleh marah marah aku pula. Hati perut dia tinggal dekat rumah agaknya.

"Yang kau duduk situ lagi kenapa? Kau nak jadi mop lap lantai bilik aku ke? " perli Izz apabila melihat aku masih tidak lagi beranjak dari tempat tersebut.

Aku terus bangun dan duduk dihadapannya walaupun aku berjalan perlahan lahan sambil memegang lututku. Aku malas nak mendengar ceramah free dari lelaki dihadapanku ini.

"Boleh pun jalan. Ingat kaki tu dah tak berfungsi" perli Izz lagi.

Jantan ni memang tak sayang mulut ke? Dah rasa tak sabar nak makan penampar aku agaknya. Kang tak pasal pasal timbul isu pekerja tampar bossnya.

"Ni aku nak kau siapkan semua. Aku nak laporan hari ni juga .Kau jangan gatal nak balik kalau kau tak siap. Aku nak guna esok." jelas Izz lalu menghempapkan 5 buah fail dihadapanku.

Kau biar betul banyak kut. Aku ni baru je kerja mana la aku tahu selok belok syarikat ni. Ni bagi kerja macam aku ni dah berpuluh tahun kerja. Nak pula hari ni. Nampaknya tidur kat sini la aku malam ni.

"Kau memang tak reti nak keluar ke? Nak jadi patung dalam bilik aku ni? Kau ingat bilik aku ni tempat lepak ke?" perli perli perli itu sahaja yang ada dalam fikirannya.

"Tuan Izz, err.. saya baru je kerja. Mana saya tahu sangat selok belok syarikat ni. Lagipun banyak sangat ni. Sempat ke siap?" Ya aku perlu berani mempertahankan kebenaran. Aku takkan biarkan Izz buli aku.

"Masalah aku ke? " Wow sah nak makan penampar. Mudahnya dia jawab. Memang bukan masalah kau tapi tolong la berhati perut.

"Yang kau pandang aku macam tu kenapa? Tak puas hati? Dah keluar sekarang. Semak je aku tengok muka kau ni" Dengan kejamnya dia halau aku keluar dari bilik dia.Macam aku hadap sangat nak pandang muka bengis dia tu.

Sebelum kemarahan aku tidak boleh dikawal, aku segera mengangkat fail fail itu lalu keluar dari bilik yang penuh dengan kekejaman itu. Aku masih lagi berjalan terhinjut- hinjut dek kerana lutut aku yang masih sakit.

"Laparnya.." keluhan demi keluhan keluar dari mulutku. Jam ditangan dikerling sementara, menunjukkan tepat pukul 8 malam. Tapi, aku belum makan dari pagi lagi memandang aku terpaksa menyiapkan tugasan yang diberikan oleh Tuan Izz. Badan aku sudahpun kehilangan tenaga. Penat yang teramat.

Aku melangkah ke pantry office bagi menbancuh kopi dan mengambil beberapa keping biskut bagi menambahkan kembali tenaga aku.

Namun segalanya terhenti apabila aku terasa kepalaku sangat berat. Pandangan aku tiba tiba kabur.

Bing!

Akhinya tubuhku telah terjatuh di lantai . Keadaanku yang terlalu penat dan tidak cukup rehat menyebabkan aku pengsan.

"Izz dah buat apa ni! Izz buli Naura kan? Mana hati perut Izz?" nenek mula memarahi sikap cucunya yang tidak pernah berhati perut dengan mana mana perempuan.

"Izz tak tahu la sampai jadi macam ni. Izz cuma nak dia siapkan laporan je" Izz masih membela dirinya.

Suasana yang riuh rendah telah menyedariku dari pengsan. Perlahan lahan aku membuka mataku dan mula meneroka setiap sudut kawasan persekitaranku. Aku tahu yang aku kini berada di hospital tapi bukan di bilik yang biasa , malah bilik yang aku diami sekarang adalah bilik yang agak mewah . Orang kampung macam aku memang tak mampu nak bayar bilik semewah itu.

"Naura, Naura okay tak ni" nenek segera mendapatkan aku apabila melihat aku mula tersedar.

"Naura okay nenek. " balasku lalu memberikan senyuman kepada nenek. Mataku beralih pula pada lelaki bengis yang berdiri tidak jauh dari aku dan nenek.

Mesti dia bahagia kan sebab buat aku macam ni. Kenapa dia benci sangat aku ni?

"Nenek," aku memanggil nenek yang sedang khusyuk mengusap belakang tanganku.

"Ye Naura"

"Naura nak letak jawatan boleh? Bukan apa , Naura cuma rindukan rumah Naura dekat kampung. Kalau boleh Naura nak cari kerja dekat kampung je" Aku sedaya upaya memberi alasan agar nenek tidak terasa hati dengan keputusan aku.

"Naura nak letak jawatan sebab tak tahan dengan perangai cucu nenek kan?" nenek cuba meneka isi hati aku. Ternyata segalanya adalah benar.

"Err.. Tak la nenek. Naura memang rindu kampung Naura pun" aku masih lagi dengan keputusan aku.

"Macam ni la Naura, kalau Naura tak keberatan, apa kata Naura kerja dengan Nenek. Jadi PA nenek. Naura tak perlu lagi kerja dengan Izz. Nenek harap Naura terima cadangan nenek." Nenek masih lagi memujuk aku.

Dengan keadaan aku sekarang aku memang perlukan kerja untuk bayar ubat ayah aku, nak tampung Merry dan Mawar lagi tapi, aku harap bukan kerja dengan nenek mahupun dengan lelaki tidak berperasaan tu .

"Err takpa la nenek. Terima kasih." aku menolak cadangan nenek dengan elok berharap nenek memahami aku.

"Boleh la Naura. Naura just ikut je nenek nak pergi mana. Cukup bulan nenek bayar gaji Naura. " Nenek tetap dengan pendiriannya.

"Nenek, biar je la dia pergi. Tak payah la paksa dia. Izz pun dah rimas la tengok muka dia." selamba badak sahaja Izz mengeluarkan isi hatinya.

Kau ingat aku tak rimas ke tengok muka bengis, garang, takda hati perut kau tu. Aku pun tak hadap la.

"Izz jangan nak kurang ajar. Nenek just nak dia kerja dengan nenek. Ni belum lagi nenek paksa Izz kahwin dengan Naura. Izz kenal kan nenek macam mana. Kalau itu yang nenek nak nenek akan pastikan ia berlaku."

Sumpah terkejut beruk aku dengan pernyataan nenek sebentar tadi. Aku kahwin dengan lelaki singa tu? Oh no no. Minta jauh la.

" What! nenek jangan nak buat kerja gila. Cukup cukup la nenek atur hidup Izz. Izz dah besar nenek. Izz tahu buat keputusan sendiri. " Izz mula membantah keras pernyataan neneknya.

"Izz cukup-cukup la dengan apa yang Izz dah buat. Cuba Izz lupakan yang dah lepas. Sampai bila Izz nak bekukan hati Izz? Takkan sebab Raisha Izz nak berubah sampai macam tu sekali!" nenek mula memarahi cucunya.

Raisha. Macam pernah dengar nama tu. Ooo aku ingat dah. Raisha PA perempuan Izz yang pertama. Apa hubungan mereka sebenarnya?

"Nenek, cukup la ungkit benda yang lepas. Izz dah rimas dengan semua ni. " jelas Izz lalu duduk di sofa yang bersebelahan dengan katilku.

"Nenek, Naura nak balik. Mana phone Naura ? Naura nak call grab." Aku terus bangun lalu mencari telefon bimbitku.

"Naura kenapa dah nak balik? Naura kan baru je sedar. " nenek mula memujukku.

"Naura... Nauraa.." aku kehilangan kata kata. Sebenarnya aku ingin pulang kerana aku tahu semakin lama aku disini makin mahal bil hospital. Aku ni gaji pun tak dapat lagi, inikan pula nak bayar bilik mewah ni.

"Naura duduk je sini dulu. Tenangkan fikiran. Nenek dah bayar bil hospital untuk Naura. Kalau Naura nak makan apa apa cakap kat nenek je." jelas nenek. Nenek seakan akan dapat membaca fikiran aku.

"Terima kasih nenek. Naura banyak terhutang budi dengan nenek. Terima kasih nenek. Akhirnya Naura rasa juga disayangi selepas 20 tahun Naura tak rasa disayangi." aku meluahkan segala yang terpendam. Nenek dan Izz terus memandang ke arah aku apabila aku menyatakan segalanya. Aku tahu aku sudah terlepas cakap.

"Apa maksud Naura? 20 tahun tak rasa disayangi? " Nenek mula mengorek rahsia aku.

"Err. Takda apa la nenek." aku hanya tersenyum bagi memberitahu yang aku okay.

U

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience