Bab 26

Romance Series 36225

" Wah ! Cantiknya pantai ni." aku terpegun dek kerana keindahan pantai Jungmun Seakdal .

"Tak cantik pun. Ha ni cantik" ujar Izz sambil memandangkan kearah aku.

"Mengada je lebih awak ni. Awak sini." ujar ku lalu menarik Izz agar bersebelahan dengan aku.

"Senyum," ujarku lagi sambil mengeluarkan telifon bimbit untuk menangkap gambar bersama Izz.

"Err awak ni bukan tangkap gambar, ni video la ." Tegur Izz apabila menyedari yang aku sedang merakam bukan menangkap gambar.

"Eh haah' la ni video, takpa la pandang sini saya nak rakam awak." ujarku sambil merakam wajah Izz.

" Hello saya Izz Rayqal , saya comel saya cute. I love you Naura." ujar Izz dengan memek muka yang buat-buat manja tapi sumpah comel.

" Ya Allah awak tengok muka awak ni, mengalahkan budak tadika." tersembur gelakku apabila melihat kembali video tersebut.

"Apa awak ni, comel la muka saya. Cute je mesti anak kita nanti cute macam saya kan. Dah la cute , comel tahap gaban pula" Izz memuji dirinya sendiri tanpa segan silu.

"Berlagak lebih la awak ni. Nanti anak kita akan ikut muka saya bukan muka awak. Nanti tak pasal-pasal berlagak macam awak." ujarku sambil menyimpan kembali telifon bimbit kedalam beg tanganku.

"Jadi awak tak kisah la kalau kita ada anak. Okay ni saya suka." ujar Izz sambil mendekatkan dirinya dengan aku sambil menayang wajah manjanya.

Apa aku cakap ni? Terlajak perahu boleh diundur kalau terlajak cakap tak ke buruk padahnya. Naura Naura cakap tak fikir dulu.

"Kenapa diam? Orang tua-tua cakap diam tu maksudnya setuju. Jom kita balik hotel sekarang la." ujar Izz lagi yang tetap menayang wajah manjanya.

"Awak jangan melebih eh. Saya salah cakap je tadi. Dah la saya nak balik hotel." ujarku lalu terus berjalan meninggalkan Izz di belakang.

"Tak sabar nampaknya tu. Nak balik hotel sampai lupa laki dekat belakang." usik Izz lagi.

"Saya nak balik sebab penat awak jangan nak fikir bukan-bukan." aku mempercepatkan langkahku.

"Arghhh" adu aku kesakitan apabila aku terjatuh di atas pasir dek kerana terlalu laju berjalan.

"Tu la balasan tinggal suami jalan sorang-sorang dekat belakang" ujar Izz lalu mengangkat aku menggunakan kedua belah tangannya.

"Awak turunkan saya la! Saya boleh jalan sendiri. Tak malu ke orang tengok?" aku meronta minta diturunkan. Depan orang ramai pun dia masih nak gendong aku.

"Biarlah orang nak tengok bukan angkat bini dia pun. Angkat bini sendiri juga." ujar Izz sambil meneruskan perjalanannya.

" Awak ni malu la orang tengok. Siap awak lepas ni kena awak saya kerjakan." ugutku agar Izz menurunkan aku.

"Nak kerjakan saya? Saya lagi suka" jawab Izz.

"Otak awak ni dah tak betul la benda tu je dia fikir." bebelku lalu memejam mata dek kerana malu apabila menjadi bahan tontonan ramai.

*******

Hari berganti hari, otak aku makin berserabut memikirkan kisah hidupku yang bakal tiba. 29 hari bergelar isteri kepada Izz Rayqal , adakah esok hari terakhir aku bersama dirinya? Kadang-kadang aku tertanya perlu ke aku ego untuk teruskan penceraian ini sedangkan aku tahu aku terseksa . Bukan sekadar aku tapi aku yakin dan percaya Izz juga terseksa.

Namun, aku rasa aku telah buat perkara yang salah iaitu mencintai Izz Rayqal. Kalau aku tak buka hati aku untuk terima dia mungkin aku tak akan stress macam mana yang aku rasakan hati ini. Tapi aku gagal jaga hati aku, aku serahkah hati aku dan segalanya kepada lelaki bernama Izz Rayqal. Patutkah aku berpegang pada janji? Janji yang perit untuk dilaksanakan.

"Kenapa awak tak nak makan?" soalan Izz mematikan lamunan aku.

"Saya takda selera nak makan. Kepala saya ni pening lagi. Takpa awak makanlah." ujarku dengan senyuman bagi menutup seribu satu perasaan yang bersarang di lubuk hati.

"Awak fikirkan tentang janji saya tu? " soal Izz yang baru sahaja ingin menjamah makanan yang dihidangkan.

"Awak makan la dulu. Rasanya tak elok bincang depan makanan." ujarku lalu menuangkan air untuk Izz.

Izz hanya tersenyum lalu meneruskan suapannya. Senyuman seribu makna. Adakah Izz turut rasa apa yang aku rasa? Bersalah, sedih , takut semua bersatu menyerang lubuk jiwa.

Usai Izz makan aku meminta diri untuk naik ke tingkat atas. Aku tak mampu memandang wajahnya , wajah itu yang telah membahagiakan aku dan wajah itu juga mampu menderitakan aku dek kerana janjinya yang dahulu kala.

Aku terduduk di luar balkoni bilik. Seribu satu perasaan mendiami jiwa. Kalau boleh diputarkan masa aku tak mahu perkara ini berlaku. Namun takdir menentukan segalanya. Mutiara jernih yang ditahan mengalir jua.

" Kenapa awak masih nak teruskan penceraian ni? Awak sendiri terseksa dengan semua ni dan saya nak awak tahu saya lagi terseksa. Saya rasa bodoh sebab buat janji yang tak sepatutnya. Salahkah kalau saya tarik balik janji tu? Awak tak bahagia ke hidup dengan saya? Awak mampu lupakan semua kenangan kita?" Izz bersuara lalu turut sama duduk di balkoni sambil menyandarkan kepalanya di kaca balkoni.

"Saya terlalu bahagia hidup dengan awak dan saya tak mampu nak lupakan semua kenangan kita. Tapi saya buntu, saya rasa apa yang kita buat ni salah. " ujarku sambil menyeka air mata yang keluar membasahi segenap wajah.

" Apa yang awak fikirkan lagi Naura? Salahkah kalau kita terus bina kehidupan kita? Saya bahagia bersama awak ." ujar Izz sambil mengesat air mataku dengan jarinya.

" Saya tak tahu apa yang saya rasa saat ni. Dan saya tak tahu apa kehendak saya. Tolong bagi saya ruang untuk saya tenangkan fikiran saya. Saya nak awak janji dengan saya selalu ada bersama saya walau siapa pun saya lepas ni. " ujarku sambil menunduk kebawah. Aku terlalu lemah untuk memandang wajah Izz.

"Kalau itu yang awak nak, saya bagi awak ruang. Saya tahu awak akan buat keputusan yang terbaik. Dan saya nak awak tahu, awaklah wanita yang mampu membuat saya bahagia, wanita yang mampu berdiri disisi saya waktu saya lemah. Kadangkala saya lupa yang segala yang kita ada belum tentu kekal jadi milik kita. Tapi biarlah saya terus larut dalam angan-angan yang awak tetap milik saya sehingga nafas terakhir saya. Saya sayang awak Naura." ujar Izz lalu mencium dahiku. Dapat aku rasakan air matanya mengalir saat mencium dahiku.

Izz bangun lalu terus keluar dari bilik tersebut. Namun mengapa aku rasa dia seakan makin jauh denganku. Perasaan yang aneh menyelubungi diri.

Kepala aku yang pening ditambah pula menangis tanpa henti dengan perut kosong memaksaku untuk memuntahkan segala isi perut. Usai segala isi perut dikeluarkan dapat aku rasakan yang aku amat memerlukan Izz saat ini. Adakah kerana aku mula perasan akan kehadiran malaikat kecil dalam rahimku? Patutkah aku turut memikirkan tentangnya dahulu sebelum membuat keputusan.?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience