Bab 23

Romance Series 36174

Malam kali ini kelihatan agak suram. Selalunya Izz akan bersama aku berbual dan macam-macam karenah yang dia buat demi menggembirakan aku, namun kali ini Izz entah kemana. Aku mengambil keputusan untuk turun kebawah. Luka di kaki aku sudah agak baik. Mana taknya Izz tak pernah lupa untuk sapu ubat 3 kali sehari pada kaki aku. Kadang - kadang aku tengah tidur pun dia masih merawat luka aku. Aku tahu rasa bersalah dalam dirinya membuatkan dia sanggup melakukan apa sahaja demi kemaafan aku.

Aku bangun dan berjalan perlahan-lahan keluar dari bilik tidur. Tergamam aku apabila melihat penuh kelopak bunga mawar disusun rapi dari atas tangga hingga ke bawah dihiasi pula lilin yang agak romantik mengiringi segenap ruang tangga.

Aku mengambil satu nota yang dilekatkan di kepala tangga. Sekeping nota yang berwarna pink dengan tulisan yang agak kemas.

{ Hati-hati turun, kaki awak tu tak pulih elok lagi }

Aku tersenyum melihat nota tersebut. Aku terus turun kebawah . Taburan kelopak bunga mawar terus disusun rapi sehingga kepintu swimming pool. Aku berjalan mengiringi kelopak bunga mawar tersebut. Aku terpana melihat kecantikan suasana. Swimming pool ditabur kelopak mawar dengan lilin yang terapung menampakkan lagi suasana yang romantik.

"Hai, suka?" sapa Izz dari arah belakang aku. Aku menoleh.

"Cantik sangat! Kenapa awak buat semua ni?" soalku.

Izz menghulurkan tangannya, aku hanya menyambut tangannya itu. Izz membawa aku kearah sebuah meja yang sangat cantik terhias elok ditambah pula dengan beberapa hidangan yang menarik. Yang aku pasti hidangan ini bukan Izz yang masak.

"Saya buat semua ni sebab saya nak minta maaf dengan awak. Saya nak awak tahu yang saya terlalu ikhlas nak minta maaf dengan awak. Saya harap awak sudi maafkan saya." ujar Izz penuh romantik setelah kami duduk di meja tersebut .

"Sebenarnya saya dah lama maafkan awak. Tapi saya sengaja nak tengok kesungguhan awak. Tapi tak sangka pula awak sanggup buat semua ni" jawabku dengan senyuman tak lekang di bibir.

"Kemaafan awak lebih penting pada saya." ujar Izz lalu menghulurkan sekuntun bunga mawar yang sangat segar dan cantik.

"Jap, betul ke yang depan saya ni Izz Rayqal?" Soalku sambil teragak-agak mengambil bunga mawar tersebut.

"Kenapa awak tanya macam tu?" soal Izz.

"Izz Rayqal yang saya kena bengis, ego , garang semua la. Tapi kenapa makin hari Izz Rayqal yang saya kenal sweet, caring. Pelik."

"Tak pelik pun. Ini memang memang diri saya yang sebenar. Tapi bila saya dikecewakan saya ubah diri saya.Saya sorok identiti saya sebab saya nak hanya orang yang layak sahaja dapat layanan yang selayaknya. Dan saya rasa awak orang yang layak terima layanan dari saya." ujar Izz penuh romantik.

Kenapa awak buat saya macam ni? Saya takut saya makin susah untuk lupakan awak. Awak buat saya makin sayangkan awak. Perkahwinan kita atas satu janji , janji yang perlu dilaksanakan.

" Terima kasih sebab awak hargai keikhlasan saya. Tapi saya harap awak jangan jatuh cinta dengan saya. Sebab..."

"Shuuu...saya tak nak dengan semua tu" ujar Izz sambil meletakkan jari telunjuknya di bibirku.

" Saya ada something nak bagitahu awak ni." ujar Izz lagi.

"Apa?"

"Awak rindu ayah kan? Esok kita pergi tengok ayah nak?" soal Izz.

"Serius la awak? Tapi macam mana nak balik kampung? Mak Cik Melati macam mana? Habis awak mesti banyak kerja dekat office. Kesian la dekat awak." bertubi-tubi soalan keluar dari bibirku.

"Ada soalan lagi? Banyak betul soalan awak jemuh nak jawab ni. Naura hear me, saya dah susun yang terbaik untuk awak. Awak jangan risau , pasal ayah saya dah uruskan yang terbaik , esok awak akan tahu. Pasal kerja saya jangan risau, ramai lagi boleh handle , lagipun lately ni kerja tak banyak sangat." terang Izz dengan sangat sopan. Soft spoken rupanya laki aku ni. Makin cair aku dengan mamat ni.

"Thanks."

"Everything for you. Dah jom makan" ujar dengan senyuman yang mampu buatkan sesiapa sahaja cair dengannya.

Suasana malam pada hari tersebut akan menjadi ingatan yang tak akan aku lupakan. Sesungguhnya takdir Allah itu lebih baik dari apa yang kita mahukan. Izz Rayqal, lelaki yang hadir tanpa diundang namun adakah dia akan pergi tanpa dipinta?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience